Friday, January 27, 2017

Rokok & Perokok


Assalamualaikum 

 *entri ni ditulis lama dah sejak dekat diploma lagi cuma lupa publish*

Tak menyempat-nyempat rasanya. Keluar bilik mandi, bersiap, terus capai laptop. Rasa berbuku yang aku rasa perlu untuk dilegakan. Biasa lah, time mandi tu la duk fikir macam-macam and this time rasanya agak mendalam sebab hati aku rasa sesak.

Kenapa aku tak suka rokok dan perokok? Persoalan yang aku sendiri pun tak tahu. Salahkah aku rasa macam tu? Tak rasionalkah aku? Tak open-minded kah aku? Perempuan kolot kah aku? Entah. Tapi, dalam keluarga sendiri pun, abah aku asalnya bukan perokok. Ada jugak la time aku kecik dulu dia on off rokok. Mungkin atas pengaruh kawan but now, abah memang tak merokok. Lega rasanya. Masa kecik dulu pun, tengok abah merokok, rasa tak suka tu secara semulajadinya ada. Alhamdulillah juga, adik-beradik lelaki semuanya tak merokok setakat ni.

You know, when you are growing older, melalui fasa bercinta dan sebagainya. I mean, setakat ni majority ex aku tak merokok alhamdulillah. Senang rasa hati. Yang paling melegakan, ada sorang ni yang cakap, “Saya tak buat sesuatu yang merosakkan badan saya”. Maggie tak makan, carbonated drink tak minum. Bagus gila. Segan pulak rasanya sebab aku pun tak menjaga sampai macam tu bab makan. Rasa macam tak layak pulak dengan dia. Tapi dalam hati, sumpah kagum. But ada seorang rasanya, tapi yang ni tak pernah pun keluar dengan dia. Perokok tegar jugak la. Pernah larang, pernah suruh berhenti tapi, dia tetap tak nak. Dengar dia batuk macam tu je la dalam telefon. Tak mampu nak cakap apa. Karang tak pasal mood dia kemana, dengan aku sekali ditelannya. Dia sakit, tapi sakitkan lagi diri dia dengan menatang rokok tu. Tapi yang ini tak rasa apa sangat sebab aku takde kot rasa cinta or sayang mendalam tu kat dia. Lantak pi. Tu yang kurang memberi kesan kot. But now, there’s someone. Mungkin sayang, sebab tu rasa macam ni. Entahla. Sorry sangat aku jenis yang memang bukan cigarette or smoker tolerance. One of the thing that I hardly tolerate. Kau faham tak perasaan tu bila tengok orang yang kau sayang sedut sesuatu yang boleh merosakkan organ dalaman dia? Lagipun aku tak nampak satu benda positif pun dari rokok ni. Tengok orang merokok pun, eh macam mana kau nilai moral dia? Dalam agama sendiri pun dah difatwakan rokok itu haram. Sebab menatang (walaupun rokok tu bukan sejenis binatang) tu membahayakan tubuh badan, serta orang sekeliling. Eh ke kau tak sayang nyawa? Tapi aku sayang kau. Marah sungguh rasa. It’s tearing inside. I’m sad. Aku broken tahu. Memang la dia tak merokok depan aku. Okay, bagus la sikit. But still, kau orang yang aku sayang. Aku tak nak kau dapat harm. Aku tak nak kau buat benda yang aku tak suka tapi, aku tak boleh halang. Aku tak boleh buat apa-apa. Hanya boleh biar perasaan sedih dan kecewa meliar dalam dada. Entah. Sorry but I don’t see anything good in rokok. I’m sorry. Dulu pernah tau, berangan nak cari suami yang tak merokok. Keras-kerasan okay. Siap masuk dalam list bagai. Utamakan yang tak merokok dalam memilih pasangan. But you see, siapa boleh pilih jodoh? Cuba kau cakap. Betul lah, kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang tentukan.

Pernah, masa sem 1 dulu. Laila cuba betulkan persepsi aku. “Zet, kau kena faham. Lelaki memang macam tu lah. Lumrah, lelaki merokok. Kita kena terima. Lagipun cool apa”. Tak.Tak cool bagi aku. Aku tetap tak dapat terima. Tapi, sedikit sebanyak nasihat tu mengubah jugak la aku. Daripada benci, jadi tak suka je. Sedih tahu tak. Sedih. Macam mana kau nak biasakan diri dengan husband sendiri nanti? Datang dekat, bau rokok. Kau rasa nak menangis. Sebab kau sayang dia. Peluk engkau, nak cium kau, tapi kau rasa nak muntah dengan bau rokok. Sedih tahu. Crying inside. Rasa macam nak peluk, nak merengek menangis, “Awaaak, jangan la smoking. Saya sayang awak please..”. Hm tapi aku tak boleh buat macam tu. Hanya mampu berdoa, dia akan berhenti.

No comments: