Friday, January 27, 2017

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Biologi UiTM Pahang

Assalamualaikum 

Habis sudah satu semester degree aku dekat UiTM Jengka, Pahang dan sekarang ni tengah cuti semester. Alhamdulillah habis jugak final exam yang berlangsung selama sebulan and all papers aku sit dekat Dewan Indera Segara (DIS). Yang kelakarnya, semua paper aku duduk seat paling depan cuma paper last je aku duduk belakang sebab kawan aku ajak duduk dekat. Bukan apa, time exam aku tak suka di’psycho’ oleh sesiapa. Tengok orang tak boleh jawab paper ke, tengok orang over confident gila jawab paper ke, orang menggedik kaki ke, main pen ke, mintak kertas lebih ke, siap awal pastu keluar awal ke, orang tanya inviligator soalan ke. Banyak lagi lah kalau nak senarai. Aku tak suka tengok semua tu. Sebab tu aku decide duduk depan. Tak payah terpengaruh, tak payah tengok orang ke or fikir pape. Just kau dengan diri kau je masa tu. Cuma satu jela aku tak suka duduk depan ni. Satu je. In case kau tak cukup masa, kau tak boleh ambil masa lebih untuk jawab. Sebab pengawas akan kutip kertas kau dulu sekali *sobs*.

Jadi, seperti yang dijanjikan, aku akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai kos aku ni:

“BACHELOR OF SCIENCE (HONS) BIOLOGY”

Okay, first sekali aku nak bagitahu yang, aku adalah lepasan Diploma in Science so masa aku untuk buat degree ni adalah 2 TAHUN SETENGAH sahaja sebab boleh transfer credit. Kalau lepasan asasi or matrik dan lain-lain, tempoh pengajian anda adalah selama 3 TAHUN. Untuk pelajar lepasan diploma sains, anda boleh buat pengecualian kredit untuk 6 subjek iaitu:

No.
Kod Kursus Pengecualian Kredit
Nama Kursus Pengecualian Kredit
Kod Kursus Terdahulu
Nama Kursus Terdahulu
1
HBU111
National Kesatria
-       HBU111
-       HKR111
-       HKR221
-       National Kesatria
-       Management of Family I
-       Management of Family II
2
CHM420
General Chemistry
-       CHM160
-       CHM270
-       Principals of General Chemistry
-       Physical Chemistry
3
MAT421
Calculus I
-       MAT183
-       Calculus I
4
CTU551
Islam & Asian Civilization
-       CTU101
-       CTU151
-       CTU211
-       Fundamentals of Islam
-       Islamic Thought
-       Science & Technology
5
PHY400
Physics for Non-Major
-       PHY110
-       PHY210
-       PHY150
-       Mechanics I
-       Mechanics II & Thermal
-       Electricity & Magnetism
6
BIO460
Biodiversity
-       BIO320
-       BIO200
-       Introduction to Biodiversity
-       Introduction to Tissue

Okay, kat atas ni ialah senarai subjek yang korang boleh buat credit transfer from apa yang korang dah pernah belajar dekat diploma dulu. Tapiii, untuk credit transfer ni pun dia ada syaratnya. Dia ada certain gred untuk membolehkan korang buat credit transfer ni. Contoh, dia nak minimum B- ke apa ke. Lupa dah berapa gred minimum bagi setiap subjek. Dia lain-lain tau. Tapi, korang jangan risau sebab nanti akan ada satu kelas khas untuk buat credit transfer ni and coordinator program akan conduct. Untuk korang yang ambik diploma tu, jaga gred untuk subjek-subjek kat atas ni ya. Sebab ada one of my friend tak dapat pengecualian untuk subjek BIO460 sebab diploma dulu dia tak perform and tak dapat minimum gred untuk course tu so, dia kena belajar balik subjek yang sama masa diploma and exam balik – gitu. Nak ke belajar benda sama banyak kali?

So setel dah pasal credit transfer. Now, nak cerita pasal subjek course ni. Subjek semua sekali ada 43 subjek throughout 3 years belajar kos ni. Here is the course outline:





Maaf UiTM. Jap, privacy statement? Emmm, aku takleh post ke sebenarnya eh? Hmmm maaf saya tak tahu huhu. Kalau betul tak boleh post, akan patik delete gambar ni. Okay, zaman aku dulu takde pun nak jumpa benda-benda macam ni dekat internet di saat aku curious gila nak tahu nanti belajar apa kan. Excited gila kot. So, untuk memudahkan korang yang curious and eager tashabar nak masuk belajar tu, aku cerita sedikit sebanyak kat sini. Sebagai balasannya, korang doakanlah aku dipermudahkan segala urusan, murah rezeki, dapat dekan every sem, grad on time and dapat kerja best-best.

Back to the topic, senarai kat atas tu, cohort lama punya. Aku cohort baru. Maksudnya, dalam senarai subjek tu, dia dah bagitau situ kau akan ambil subjek tu masa part berapa. Tapi cohort baru, dia tak ikut pun table kat atas tu. Macam aku, sem satu dah belajar Financial padahal Financial tu belajar masa part 5. Haaa gitula. Harap paham apa yang aku cuba sampaikan ni. Basically, sem satu aku ambil 6 subjek:

1.    BIO411 – Cell Biology
2.    CSC425 – Introduction to Programming
3.    ELC590 – English for Oral Presentation
4.    ECO415 – Economics
5.    CTU555 – Malaysian History
6.    BIO510 – Ecology

Bagi aku, subjek yang paling tough ialah CSC425. Haha takut gila kot subjek ni. Harap la lulus. Subjek ni, kunci dia kena baca buku dan faham. Kau tak baca, memang out. Susah sikit sebab subjek ni kita belajar bahasa komputer. Pastu buat program. Bagi orang lain mungkin senang. Ini aku bagi pendapat aku la. Satu lagi, nak study CSC, jangan study sensorang. Kau kena study dengan kawan-kawan kau or lagi baik buat grouping. Macam aku, dah nak final exam baru buat discussion dekat library. Kawan aku yang master sikit ajar kat depan pastu discuss then baru la faham.

Financial, mengira. Takdela susah sangat sebenarnya. Kuncinya, kena banyak buat past year and hafal semua formula. Aku last-last sem after buat semua past year and hafal formula baru la master financial ni. Subjek ELC590 pulak, korang tak ada final. And aku takde buku or nota pun. Kerja kau pergi kelas, speaking, speaking, speaking and presentation.

Banyakkan tengok Toastmaster la haha. Kelas ni aku suka sebab tak payah study sebab takde exam. English kau okay, present meletop, jalaaaan. Exam kau nanti presentation dalam kelas tu la. Ada dua part –  Informative Speech, Persuasive Speech. Pastu nanti ada quiz sikit. Tu je.


Lepas tu, BIO510 banyak membaca and menghafal. Like, menghafal yang real punya. Ada 14 chapters semua sekali nak kena hadam. Menangis lah kau. Biasa la kan, nama pun bio. Lebam mata esoknya nak final paper tu. Hmmm, subjek lain okay je semua. Nak tanya pape komen je, nanti aku balas kalau ada masa inshaa-Allah. Lastly, rasanya sampai setakat tu jelah untuk kali ni. Untuk sem dua, nanti aku update lagi lepas habis semester dua. Doakan result aku cemerlang dan mencapai target. 

Rokok & Perokok


Assalamualaikum 

 *entri ni ditulis lama dah sejak dekat diploma lagi cuma lupa publish*

Tak menyempat-nyempat rasanya. Keluar bilik mandi, bersiap, terus capai laptop. Rasa berbuku yang aku rasa perlu untuk dilegakan. Biasa lah, time mandi tu la duk fikir macam-macam and this time rasanya agak mendalam sebab hati aku rasa sesak.

Kenapa aku tak suka rokok dan perokok? Persoalan yang aku sendiri pun tak tahu. Salahkah aku rasa macam tu? Tak rasionalkah aku? Tak open-minded kah aku? Perempuan kolot kah aku? Entah. Tapi, dalam keluarga sendiri pun, abah aku asalnya bukan perokok. Ada jugak la time aku kecik dulu dia on off rokok. Mungkin atas pengaruh kawan but now, abah memang tak merokok. Lega rasanya. Masa kecik dulu pun, tengok abah merokok, rasa tak suka tu secara semulajadinya ada. Alhamdulillah juga, adik-beradik lelaki semuanya tak merokok setakat ni.

You know, when you are growing older, melalui fasa bercinta dan sebagainya. I mean, setakat ni majority ex aku tak merokok alhamdulillah. Senang rasa hati. Yang paling melegakan, ada sorang ni yang cakap, “Saya tak buat sesuatu yang merosakkan badan saya”. Maggie tak makan, carbonated drink tak minum. Bagus gila. Segan pulak rasanya sebab aku pun tak menjaga sampai macam tu bab makan. Rasa macam tak layak pulak dengan dia. Tapi dalam hati, sumpah kagum. But ada seorang rasanya, tapi yang ni tak pernah pun keluar dengan dia. Perokok tegar jugak la. Pernah larang, pernah suruh berhenti tapi, dia tetap tak nak. Dengar dia batuk macam tu je la dalam telefon. Tak mampu nak cakap apa. Karang tak pasal mood dia kemana, dengan aku sekali ditelannya. Dia sakit, tapi sakitkan lagi diri dia dengan menatang rokok tu. Tapi yang ini tak rasa apa sangat sebab aku takde kot rasa cinta or sayang mendalam tu kat dia. Lantak pi. Tu yang kurang memberi kesan kot. But now, there’s someone. Mungkin sayang, sebab tu rasa macam ni. Entahla. Sorry sangat aku jenis yang memang bukan cigarette or smoker tolerance. One of the thing that I hardly tolerate. Kau faham tak perasaan tu bila tengok orang yang kau sayang sedut sesuatu yang boleh merosakkan organ dalaman dia? Lagipun aku tak nampak satu benda positif pun dari rokok ni. Tengok orang merokok pun, eh macam mana kau nilai moral dia? Dalam agama sendiri pun dah difatwakan rokok itu haram. Sebab menatang (walaupun rokok tu bukan sejenis binatang) tu membahayakan tubuh badan, serta orang sekeliling. Eh ke kau tak sayang nyawa? Tapi aku sayang kau. Marah sungguh rasa. It’s tearing inside. I’m sad. Aku broken tahu. Memang la dia tak merokok depan aku. Okay, bagus la sikit. But still, kau orang yang aku sayang. Aku tak nak kau dapat harm. Aku tak nak kau buat benda yang aku tak suka tapi, aku tak boleh halang. Aku tak boleh buat apa-apa. Hanya boleh biar perasaan sedih dan kecewa meliar dalam dada. Entah. Sorry but I don’t see anything good in rokok. I’m sorry. Dulu pernah tau, berangan nak cari suami yang tak merokok. Keras-kerasan okay. Siap masuk dalam list bagai. Utamakan yang tak merokok dalam memilih pasangan. But you see, siapa boleh pilih jodoh? Cuba kau cakap. Betul lah, kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang tentukan.

Pernah, masa sem 1 dulu. Laila cuba betulkan persepsi aku. “Zet, kau kena faham. Lelaki memang macam tu lah. Lumrah, lelaki merokok. Kita kena terima. Lagipun cool apa”. Tak.Tak cool bagi aku. Aku tetap tak dapat terima. Tapi, sedikit sebanyak nasihat tu mengubah jugak la aku. Daripada benci, jadi tak suka je. Sedih tahu tak. Sedih. Macam mana kau nak biasakan diri dengan husband sendiri nanti? Datang dekat, bau rokok. Kau rasa nak menangis. Sebab kau sayang dia. Peluk engkau, nak cium kau, tapi kau rasa nak muntah dengan bau rokok. Sedih tahu. Crying inside. Rasa macam nak peluk, nak merengek menangis, “Awaaak, jangan la smoking. Saya sayang awak please..”. Hm tapi aku tak boleh buat macam tu. Hanya mampu berdoa, dia akan berhenti.