Monday, September 26, 2016

UiTM Pahang Kampus Jengka

Assalamualaikum 

*maaf entri ini beremosi sebab ditulis dalam keadaan sangat beremosi*

As promised itu hari, aku akan bercerita serba sedikit dengan pengetahuan yang aku ada mengenai UiTM Jengka ni. Sebab aku baru dalam dua minggu je dekat sini. Nanti ada pape aku tambah lagi. Haa kalau bab explore kampus or location kampus aku tak tahu sangat lagi sebab seriously i tell you kampus dia agak besar la. Tak ter'explore' lagi. Nak compare dengan UiTM Shah Alam besarnya tu, aku tak berapa sure jugak sebab never been there huhu.

Hari pendaftaran adalah 4 September 2014. Malamnya tu aku dah bertolak from Terengganu. Sampai pagi, bersih-bersih diri terus ke UiTM. Yes, seperti yang orang cerita, dikelilingi kelapa sawit, hutan. This is UiTM Pahang Kampus Khazanah Alam.


Selamat datang.

Masuk je terus pastu belok kanan (akan nampak tempat parking kereta). Terus je sampai jumpa padang pastu belok kiri, teruuus je sampai kau jumpa Kolej Mat Kilau. Daftar kolej sini untuk pelajar degree. Aku siap bagi direction tau sebab aku and family blur gila kot datang sini. Memula masuk ni pun aku panas dah. Hangin je tau. Kau bayang la. Aku mana pernah datang sini so memang zero. Secara jujurnya banyak aku tak puas hati and aku nak complaint. Signage kurang greetings kurang. Tak ada fasilitator or PMDS. I mean ada tapi sikit je dan tak membantu sangat. Pengurusan dia sini memang fail. Okay aku bagi contoh. Time edar borang Aku Janji tu kan, aku tak tahu la macam mana tapi banyak kot tak cukup pastu kena tunggu dorang copy banyak kali. Pastu kitorang kena isi pastu sorang demi sorang pergi mintak cop pegawai A dekat satu kaunter. Kau beratur la tunggu turn. Why not dia standby copy bebanyak and, lepas edar then kitorang isi tu, why not sorang PMDS ke kumpul semua pastu hantar dekat kaunter untuk cop? Tak ke mudah macam tu? Kenapa susah sangat kau nak mudahkan kerja orang? Jimat masa orang? Nanti Allah mudahkan kerja kau tahu tak. Tak cerdik jugak bab ni hmm. Ada lagi yang belum dapat, ramai kot pastu benda tu berlalu begitu sahaja. Dan, aku salah sorang yang tak dapat tu. Ikutkan hati memang taknak hantar. Tapi nanti pendaftaran aku tak complete. Bebudak ni pun bising cakap kitorang kena pergi mintak sendiri kat pejabat. Beberapa hari lepas tu berkejar la aku ke HEP untuk mintak pulak borang tu (nak cari bangunan HEP kat mana tu dah satu hal).


Okay lupa bagitahu kemasukan aku adalah from penerapan diploma UiTM. Aku faham lah tak ada MDS kan (Minggu Destini Siswa) tapi please la make it better. I've been to many UiTMs (as a student and also PMDS) and I would say this is the worst UiTM ever for urusan pendaftaran pelajar. Maaf, but i have to say. I've been to UiTM Puncak Alam and UiTM Kuala Terengganu as a student. Been to UiTM Dungun as a PMDS (two times) and once in UiTM Kuala Terengganu. Sangat lah berbeza. Kolej Mat Kilau agak besar i mean banyak bangunan kan. So sejujurnya aku tak tahuuu pun mana blok nak pergi daftar tau. Aku tanya orang je. Jalan kaki naik bukit sikit daftar situ. Dia macam kompleks pelajar Kolej Mat Kilau (aku bantai je bagi nama sebab tak tahu nak panggil apa sebab takde nama). Pejabat kolej? Maaf, sampai hari ni pun aku tak tahu dekat mana. Aku tahu la, dah masuk degree kena survive sendiri. But please people, proper lah sikit.


Tiba masa nak daftar, memang clueless gila. Again, takde pun orang akan tolong ke or bagitahu kau pape. Meja pendaftaran ada dua je and orang bertugas ada dua tiga orang je. Maybe sebab dorang expect budak penerapan ni sikit je. Cuba la kau pandai nisbahkan sikit. Kitorang beratur reramai panjang-panjang. Sampai aku pegi tanya dekat PMDS tu, kena ambil fail ni ke? 'Hmmmm, pastu isi pastu baru beratur hantar sini'. Lama gila okay dekat sini saja. Failed memang failed tahu tak. Selesai daftar, ambil kunci semua, pergi ke kereta dengan family, angkut barang. Yes, kereta takleh masuk. Kena angkut bebarang yang berat tu ke kolej. Kau daki la sikit. Pastu kalau dapat aras dua or tiga kau daki lah tangga pulak. Macam aku aras dua, tapi takpe sekali round je sebab aku bawak askar angkut barang (adik-adik lelaki aku tiga orang). Yang ni selamat. Selamat pun menggigil jugaklah otot lengan aku sehari dua sebab angkat barang. Padan muka ko siapa suruh bawak barang macam pindah rumah.


Kolej Kediaman


Kolej Mat Kilau ada tiga blok. Blok 1 untuk pelajar degree lama kot. Blok 2 pelajar baru campur lama. Blok 3 pelajar lelaki. Satu lagi blok aku panggil kompleks kemudahan pelajar je kot. Situ ada surau, kafe (banyak tapi yang buka ada satu or dua sahaja),and mesin air Dr Sukida. Pasal blok aku, satu aras ada satu je toilet (dalam tu ada bilik mandi, jamban, tempat basuh baju, ampaian, mesin basuh). Toilet terletak paling hujung. Aku dapat bilik nombor 15 (bilik paling hujung) so memang jauh gila dengan tandas. Setiap aras ada tempat iron (biasa iron dalam bilik je), ada pantry (makan pun dalam bilik), sinki dekat tengah-tengah. Ampaian ada lam bilik tapi kecik jela. Ampaian baju yang besar sikit dalam toilet. K, yeee, dalam toilet. Itu je. Aku cuak nak jemur situ sebab tempat basah kan pastu tertutup takut nanti baju lembap pastu hapak. Tapi bebudak ni main sebat je jemur kat tangga ke memana. Aku biasanya basuh baju pakai tangan, sangkut dekat ampaian bagi air turun, esoknya baru jemur dalam bilik. Kalau medobi guna mesin basuh senangg je jemur je terus dalam bilik. One more thing, tong sampah. Setiap aras takde even satu pun tong sampah ok. Kau kena sangkut plastik sampah dekat rak kasut and gilir la sape kena buang sampah everyday dekat aras paling bawah (tong sampah SULO warna hijau).



Kolej Mat Kilau

Kolej Tok Gajah

Cun kan? Doa sem depan aku dapat sini hihu.

Roommate

Boleh berpakat. Masa daftar tu kau beratur la sama-sama. Inshaa Allah dapat sebilik. Kalau cuak jugak takut tak dapat, ko mintak je dengan PMDS tu cakap saya nak sebilik dengan kawan saya. Dia bagi je rasanya.


Bilik

Bilik sederhana besar tapi bagi aku kecik. Tak mozek, simen biasa. Kipas yang kecik tu yang boleh pusing dekat siling tapi bukan kipas siling lah emm cane ek nak cakap. Ah, papelah. Sebilik berapa orang? Enam orang weh. Katil double decker. Locker, maaf cakap, kecik. Tapi alhamdulillah la ada. Daripada takde kan. Meja, kerusi, whiteboard, softboard akan dapat sorang satu. Plug terhad. Kome cari lah ye. Tapi wajib bawak extension tau. Ampaian dekat ala-ala balkoni satu pastu penyidai tuala dua. Rak kasut ada dua. 


Katil

Locker

Meja study


Barangan Elektrik

Aku bawak iron, heater, kipas (beli dekat MR DIY tak sampai RM20). Kipas tu aku guna time diploma lagi. Seludup masuk. Pernah sekali kena rampas haha. Tapi sini macam okay je bawak kipas. Siap kipas meja lagi dorang bawak. Ko kalau skema sangat, tidur la ko dalam kepanasan ye. Next, periuk nasi pun ada bawak. Terkejut weh dulu mana boleh bawak. Black out satu aras. Bagi aku tak payah la kot periuk nasi tu. Risiko. Emmmm lagi, printer, laptop blabla. Nanti akan ada kena bayar barang elektrik kot. Isi borang, declare kome bawak apa, nanti bil akan generated online. Bayar dekat ATM je.


Dobi

Bilik dobi ada dekat aras paling bawah. Ada satu je mesin basuh untuk blok ni. Lagi satu rosak. Pepandai la tunggu giliran. RM2.00 sekali basuh baju. Guna duit syiling 50sen baru. Kalau takde duit syiling, situ ada mesin money changer. Masuk je duit kertas dalam mesin tu nanti dia bagi ko syiling. Setel.


Wifi

Macam biasa ada student wifi. Nanti daftar je online. Pergi dekat portal UiTM Pahang, scroll bawah sekali. Klik bahagian wifi tu. Lain-lain, ada CelcomWifi+, kalau ko duduk kat kampus ada MuafakatWifi (dok library amat la laju).


Library

Ada dua library. Perpustakaan Al-Bukhari 1, Perpustakaan Al-Bukhari 2 (belakang Al-Bukhari 1, tapi kecik sikit). Perpustakaan Al-Bukhari 2 ni stores journal-journal research only. Ada surau, kemudahan komputer, printing, cafe library dll. Lain-lain kemudahan aku taknak cerita sebab banyak sangat. Nanti ada talk, kau dengar.


Jadual library.

Makan

Kolej Mat Kilau ada kafe tapi satu dua je yang bukak. Tak banyak pilihan sangat. Biasa aku pergi kafe Kolej Tok Gajah. Sini kafe dia besar amat. Tapi jauh la sikit. Exercise la dik non oi buang lemak kau. Kalau hari kuliah biasa, beli je makanan dekat kafe-kafe dalam kampus. Banyak kafe. Cool Blog pun ada. Nanti kau akan tahu. Tapi kawan aku cakap makanan dekat kafe dalam kampus mahal sikit. Wallahualam. Vendor machine banyak je, bersepah kot. Ohye, time budak diploma cuti sem, semua budak degree kena makan luar. Takde satu pun kafe dalam kampus or kolej akan buka (berdasarkan cerita senior aku). Duduk kat Jengka ni makanan mahal sikit. Bajet la dalam RM 15 sehari. Barang pun mahal sebab susah nak reach Jengka kan. Dalam hutan huhu. Nak beli roti ke jajan ke pape ada je macam kedai runcit camtu dekat Kompleks Tok Gajah. Kedai kek pun ada situ kalau teringin nak makan kek. Ala-ala Secret Recipe gitu. Satu slice hari tu aku tanya RM 8. Boleh la buat tahan craving ko sementara nak cekik SR sebenar balik hometown nanti kan.


Antara makanan dekat kafe Tok Gajah. Aku selalu beli nasi sepinggan tak pernah lebih RM 5.


Dah makan separuh baru nak snap.

Burger Alumni Corner dekat kafe Kolej Mat Kilau. RM 2.00 only.


Printing

Library ada. Everywhere dalam kampus ada. Dekat Kompleks Tok Gajah ada. Tapi rate printing sini mahal. 20 sen sehelai. Double side, 30 sen huhu. Dekat library pun sama. Nak murah bawak la kertas sendiri. Nak lagi murah bawak printer sendiri. Senang.


Transport

Untuk ke pekan, akan ada perkhidmatan van Kosiswa UiTM (van putih). Ko tunggu je depan kolej. Nak balik tu pergi je kat Jengka Sentral balik. Van ni sentiasa ada sampai pukul 11 malam. Jangan lewat sangat nanti van takde. Tambang dia RM 1.20 sehala ke pekan. Pekan Jengka ni amatlah kecik ye. Kau jalan kaki je pusing bandar dia. Ada Watsons, Mary Brown, KFC, 7E, Kedai ECO RM2, Ten Ten, kedai-kedai lain, klinik-klinik, kedai makan, bank-bank dll. Market ada dua je. PDM (Pasaraya Darul Makmur) dengan U-Mart. Kereta? Boleh bawak. Tapi aku tak suggest bawak. Sebab kalau kau bawak pun, kau kena parking dekat dataran parking dekat pintu masuk utama UiTM tu tadi. Pergi kelas kau tetap kena jalan kaki. Nak bawak boleh je, pastu jemur jelah dekat dataran tu ye. Motor boleh bawak, basikal pun boleh. Yang paling relevan, motor la. Aku? Bawak kaki je. Sedar diri tu gemuk so kasi exercise sikit. Emmmm untuk berjimba rasanya ada perkhidmatan kereta sewa. 


Bas TransMalaya.

Terminal Bas

Jengka Sentral. Naik je van pergi pekan dia akan berhenti dekat Jengka Sentral. Beli la tiket balik kampung kau. Untuk balik ke Terengganu, ada dua je company bas. Jengka Liner dengan TransMalaya. Yang lain aku tak tahu. Perjalanan ke Terengganu ambil masa 7 jam paling lama. Ohye, jarak dari Jengka ke Shah Alam cuma 2 jam 30 minit (just info) mana tahu kau nak pergi berjimba ke. Kuantan pun boleh.


HEA/HEP dan Unit Kesihatan

HEA terletak tepi library. Kalau dari pintu masuk utama tu, straight tu terus bangunan dia gedabak situ. HEP tepi padang sederet dengan Kolej Tun Fatimah (KTF). Sebelum sampai KTF, kau akan jumpa HEP dulu. Atas bukit sikit. HEP ni aku kena bagitahu jugak sebab aku sesat kot berpeluh lecak ketiak mencarinya dek nak mintak borang Aku Janji dengan surat pengesahan pinjaman kau tahu. Serik aku, so aku tak nak korang face benda sama. HEP ni pun satu. Dah tahu bangunan penting, letak la signboard besar gedabak sikit. Ini kan dah menyusahkan orang. Unit Kesihatan tu dia dekat banguna lama sikit. Belakang Kolej Tun Teja. Kolej Tun Teja tu dekat aje dengan pintu utama, area tepi library tak silap. Kau sakit ke apa datang sini. Medical check-up? Kau buat je. Nanti dorang kan mintak. Dorang akan ambik x-ray kau bawak tu. Borang medical nanti dia bagi balik suruh kita simpan. Pelik sikit sini.


Taklimat akademik.

Kelas aku dekat Blok Bidara. Aku panggil kelas kapal selam.


Kelas first.

Hmm setakat ni je aku boleh cerita kat korang. Ini pun dah panjang berjela. Nanti ada masa aku coret entry pasal kos aku pulak ye. Sehingga berjumpa lagi. Sekian. Ada persoalan, kau tanya ye.