Thursday, August 11, 2016

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi

Assalamualaikum 

Sekian lama kan aku tak update blog. So hi people. Alhamdulillah aku telah tamatkan pengajian Diploma Sains di UiTM Kuala Terengganu selama 3 Tahun (6 Semester) pada April 2016 baru-baru ini. So, after this tunggu aku update pasal Hari Jubah 1.0 bulan doblas nanti okay.


Asasi dulu takde pun hari jubah sebab tak sempat habis pun. Kalau habis pun memang takde hari jubah gak. Dapat transcript je. Aku sempat sampai semester 2 minggu kedua sahaja atas sebab-sebab tertentu. Aku tak nak explain dah pasal ni cukuplah korang tahu aku ada masalah kesihatan dan warded dekat hospital and kena consume ubat selama 3 bulan. Next step, pihak asasi uruskan aku untuk ke program diploma. Aku dapat Diploma Farmasi dekat Penang tapi tak dapat kolej sebab kolej dah penuh. Aku takde sanak sedara dekat Penang. Jauh dari family dan keadaan kesihatan membataskan, so pihak Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) suggest aku ambik Diploma Sains dekat UiTM Kuala Terengganu. Alhamdulillah dekat dengan family, senang nak jenguk dan boleh follow-up dekat hospital yang aku warded. Pihak hospital dah buat surat untuk follow-up dekat Hospital Sungai Buloh tapi aku rasa this is the better way sebab punca penyakit aku tu pun ada kena mengena dengan stress belajar asasi doctor cakap. So yeah, dari Asasi Sains ke Diploma Sains. Semua benda aku rasa. Asasi, diploma, sekolah menengah biasa, sekolah berasrama penuh (SBP) and soon, degree. Alhamdulillah banyak pengalaman.


Today result penerapan UiTM dah keluar tepat jam 3.00 petang and alhamdulillah aku dapat sambung ke Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di UiTM Pahang selama 3 tahun/6 semester. Tu tak buat pengecualian credit (PC) lagi. Kalau buat PC pun aku boleh dapat kurang satu sem je kawan aku cakap. So jadi 2 tahun setengah je inshaa Allah. And, aku still lagi dalam Fakulti Sains Gunaan (FSG) tak curang walau sedikit pun hehe.


Akan ku bawa semangat dan passion aku belajar Biology time sem dua diploma dulu ke degree nanti inshaa Allah. Masuk degree memang nak azam baru. Nak dekan, nak first class degree, tak nak bayar PTPTN. Tu azam aku. Okay people, sampai sini je dulu. Nanti masuk belajar aku update pasal UiTM Jengka dan pasal kos ni eh:


“Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi”
“Bachelor in Science (Hons) Biology”


Cewah cantik kan? Baru nak start belajar dah berangan jadi degree holder. Lagi 3 tahun kita jumpa di entry Hari Jubah 2.0 pulak ye inshaa Allah. Ohye, entry kat bawah ni dah lama tulis (about three years ago weuuu) tapi baru post. Baru perasan dalam draft. Ingatkan dah post dulu. Kalau korang perasan, gaya bahasa dan penulisan pun lain sangat dah hehe. So yeah, based on that entry, as expected Allah pilih and puts me dalam antara jalan cerita yang aku lakar in 'my future and back-up plans' 3 years ago. 'Pilihan yang terakhir' tu. Kalau korang tak baca memang takkan faham. So baca lah dulu ye entry ni. Tapi warning la. Entry tu panjang gila. Kau sanggup kau baca. Enjoy!

20 comments:

NURUL NABILAH said...

akak, yuran untuk degree bio bape ?

Zetty Zuharizam said...

RM700+ untuk yuran pengajian kalau tak silap.

Nur Syazwina said...

Ade update terbaru tak pasal course niii ... Sye nk tahu pengalaman akak

Nur Syazwina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nieniey Daniey said...

Sis, kalau kita dah habis dip sains kita boleh apply vourse medic terus kan?

Nieniey Daniey said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nieniey Daniey said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zetty Zuharizam said...

Boleh 😊

Anonymous said...

Kalau ambil diploma mikrobiologi , boleh apply course nie tak ?

Student biologi uitm said...

dip mikrob, food tech, farmasi boleh apply degree in biology

Aisyah Yusof said...

Kalau pointer 3.0 ada chance tak utk dpt course ni?

Student biologi uitm said...
This comment has been removed by a blog administrator.
wonu said...

akak boleh tk share pnglmn sbg pelajar sarjana muda biologi ni ? satu lagi, ijazah ni kt pahang ke kuala pilah .. ?

Sarah said...

Salam. kalau pointer asasi sains 3.78 ada harapan tak untuk dpt course degree in biology ni??

Zetty Zuharizam said...

Boleh 😊

Zetty Zuharizam said...

Betul 😊

Zetty Zuharizam said...

Ada chance inshaa Allah 😊

Zetty Zuharizam said...

Inshaa Allah cuti sem ni akak sambung menaip. Ijazah ni ada both dekat pahang dan kuala pilah 😊

Zetty Zuharizam said...

Wasalam.

Ada harapan sangat-sangat inshaa Allah 😊

Zetty Zuharizam said...

Akak akan update every cuti sem pengalaman akak. If anything just email me ya dear 😊