Thursday, August 11, 2016

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi

Assalamualaikum 

Sekian lama kan aku tak update blog. So hi people. Alhamdulillah aku telah tamatkan pengajian Diploma Sains di UiTM Kuala Terengganu selama 3 Tahun (6 Semester) pada April 2016 baru-baru ini. So, after this tunggu aku update pasal Hari Jubah 1.0 bulan doblas nanti okay.


Asasi dulu takde pun hari jubah sebab tak sempat habis pun. Kalau habis pun memang takde hari jubah gak. Dapat transcript je. Aku sempat sampai semester 2 minggu kedua sahaja atas sebab-sebab tertentu. Aku tak nak explain dah pasal ni cukuplah korang tahu aku ada masalah kesihatan dan warded dekat hospital and kena consume ubat selama 3 bulan. Next step, pihak asasi uruskan aku untuk ke program diploma. Aku dapat Diploma Farmasi dekat Penang tapi tak dapat kolej sebab kolej dah penuh. Aku takde sanak sedara dekat Penang. Jauh dari family dan keadaan kesihatan membataskan, so pihak Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) suggest aku ambik Diploma Sains dekat UiTM Kuala Terengganu. Alhamdulillah dekat dengan family, senang nak jenguk dan boleh follow-up dekat hospital yang aku warded. Pihak hospital dah buat surat untuk follow-up dekat Hospital Sungai Buloh tapi aku rasa this is the better way sebab punca penyakit aku tu pun ada kena mengena dengan stress belajar asasi doctor cakap. So yeah, dari Asasi Sains ke Diploma Sains. Semua benda aku rasa. Asasi, diploma, sekolah menengah biasa, sekolah berasrama penuh (SBP) and soon, degree. Alhamdulillah banyak pengalaman.


Today result penerapan UiTM dah keluar tepat jam 3.00 petang and alhamdulillah aku dapat sambung ke Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di UiTM Pahang selama 3 tahun/6 semester. Tu tak buat pengecualian credit (PC) lagi. Kalau buat PC pun aku boleh dapat kurang satu sem je kawan aku cakap. So jadi 2 tahun setengah je inshaa Allah. And, aku still lagi dalam Fakulti Sains Gunaan (FSG) tak curang walau sedikit pun hehe.


Akan ku bawa semangat dan passion aku belajar Biology time sem dua diploma dulu ke degree nanti inshaa Allah. Masuk degree memang nak azam baru. Nak dekan, nak first class degree, tak nak bayar PTPTN. Tu azam aku. Okay people, sampai sini je dulu. Nanti masuk belajar aku update pasal UiTM Jengka dan pasal kos ni eh:


“Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi”
“Bachelor in Science (Hons) Biology”


Cewah cantik kan? Baru nak start belajar dah berangan jadi degree holder. Lagi 3 tahun kita jumpa di entry Hari Jubah 2.0 pulak ye inshaa Allah. Ohye, entry kat bawah ni dah lama tulis (about three years ago weuuu) tapi baru post. Baru perasan dalam draft. Ingatkan dah post dulu. Kalau korang perasan, gaya bahasa dan penulisan pun lain sangat dah hehe. So yeah, based on that entry, as expected Allah pilih and puts me dalam antara jalan cerita yang aku lakar in 'my future and back-up plans' 3 years ago. 'Pilihan yang terakhir' tu. Kalau korang tak baca memang takkan faham. So baca lah dulu ye entry ni. Tapi warning la. Entry tu panjang gila. Kau sanggup kau baca. Enjoy!

#2 Adakah Dentistry Masih Menjadi Pilihan Saya?

Assalamualaikum 

*entry ni ditulis pada September 2013*

Sebenarnya aku ada trauma sejak kecil. Masa sekolah rendah. Guru besar sekolah aku ada sorang anak yang cacat, syndrome down. Ceritanya, time balik sekolah aku selalu lalu depan rumah guru besar dan anak dia tu selalu ada main dekat laman. Everytime balik sekolah mesti dia kejar aku dengan adik aku! Selalu takut sangat bila nak lalu situ. Umi pun tahu. Bila sampai je depan rumah guru besar mesti terus buka langkah seribu. Pecut laju-laju. Macam kelakar, tapi serius sampai sekarang aku masih trauma.


Now on, aku hanya ada tiga pilihan kata umi:


Pilihan pertama, berdegil pilih dentistry. Doa kat Allah minta Dia kuatkan semangat. Banyakkan solat malam untuk minta kekuatan dan selalu buat solat hajat. Jangan putus kebergantungan kepada Allah. Dia mampu ubah segalanya. Mana tahu nanti jalan-jalan lepas tu tersepak batu terhantuk kepala. Bangun tu terus jadi Zetty yang lain. Yang tak penyegan dah. Yang kuat semangat. Hahaha. Aku ketawa sendiri. Mustahil. Hmm, kata umi lagi aku sendiri pun kena berubah. Kentalkan hati, didik dengan semangat yang kuat. Ubah rasa takut tu. Fikirkan matlamat utama, aku nak jadi dentist untuk selamatkan nyawa orang. Aku nak jadi dentist untuk berkhidmat demi masyarakat, agama dan negara. Fikir, nak selamatkan nyawa. Itu pesan umi


Pilihan kedua. Haaa, ini sangat bernas. Intelligent umi! Tak pernah terfikir pun sebelum ni. Ada alternatifnya. Jadi Pensyarah Pergigian. Umi tengok aku sesuai jadi tenaga pengajar. Dalam pada masa yang sama aku tak perlu lupakan bidang yang amat aku idamkan.  Brilliant! Kata umi, walaupun lecturer ni kerjaya semi-professional tapi aku still pegang bidang idaman dan berkhidmat untuk masyarakat. Didik anak bangsa dengan ilmu yang ada. Lahirkan para dentist berguna. Itu lebih mulia. Tapi, setelah diselidik, nak jadi lecturer pun kena ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan at least dua tahun then buat Master, lepas tu baru pass jadi lecturer bertauliah. Senyumku tetiba mati. 


Pilihan yang terakhir, iaitu pilihan ketiga. Hmmm, ini sangat sadis dan menyedihkan. Tamatkan pengajian Diploma Sains and after that further mana-mana bidang degree yang menarik dan ambil masa yang singkat untuk grad. Lupakan dentistry. And I was like, what?? Uwaaaa, are you serious mom? Tapi kebaikan ini satu je, boleh kahwin awal. Weeee. Hmm, tengoklah keupayaan diri. Semuanya berhikmah. Aku pernah bagitahu umi. Jangan terkejut kalau aku dapat pointer 3.8 keatas tapi tak pilih bidang pergigian. Sebab umi tahukan aku macam mana. *sigh*


Bercakap soal ni sangat memberi effect buat aku. Termenung sepanjang hari. Fikiran melayang jauh. Berfikir sampai kadang-kala berkerut dahi ni. Macam mana penyelesaiannya. Bagaimana pengakhirannya. Aku ni dah macam orang putus cinta. Malah lebih dari tu. Macam mati laki. Tetiba rasanya aku rasa sedih nak menangis. Perasaan tu bercampur baur. Penuh kegusaran.


Pergigian merupakan minat aku sedari kecil. Dipupuk dengan rasa cinta, diasah dengan dorongan padu dari umi. Tak pernah luntur sehingga aku dewasa. UPSR aku dapat 4A 1B. Kecundang subjek Sains. Tapi mujurlah dapat masuk sekolah berkonsepkan asrama penuh dan berada di aliran Sains. Di sini ilmuku diuji. Maka PMR aku berjaya merangkul straight A’s. 8A penuh. Alhamdulillah. Mampu menebus kegagalanku tika UPSR dahulu. Aliran Sains berjaya aku kuasai. Aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh yang sekarang merupakan sekolah kluster. Di sini aku masih memilih aliran Sains Tulen. Ilmuku diuji lagi. SPM aku berjaya dapat 7A 2B. Kecundang subjek Physics dan Additional Mathematics. Sir Naiman lantas berkata, Zetty kena lupakanlah dentistry lah nampaknya. Memang betul, sebab Physics syaratnya paling rendah aku kena dapat B+ untuk masuk Asasi Pergigian. Tapi aku hanya mampu meraih B. Mungin Allah nak bagi hint. Mungkin juga pandangan sir betul. Guru mana yang tak kenal anak didiknya. Tapi hanya aku yang buta cinta terhadap bidang pergigian. Tetap berdegil. Kata Cikgu Sharifah Manisah, guru Matematik aku. Zetty, nanti nak sambung apa? Buatlah TESL. Zetty berbakat. Sungguh kuat instinct cikgu. Sungguh tepat naluri umi. Umi pun dah suggest buat bidang mengajar setelah lihat kemampuan aku. Tak kiralah guru atau pensyarah. Sesuai dengan karakter aku katanya. Nak teruskan dentist pun boleh tapi kenalah kuat semangat. Degil sungguh aku untuk tetap dengan kemahuan diri. Sebabnya aku takut seandainya aku pilih bidang pendidikan atas pendapat orang lain dan mengabaikan kemahuan aku sejurus itu lantas aku gagal. Semestinya ia memberikan aku kekecewaan yang amat besar!


Banyak kenangan ketika SPM. Berpenat lelah menelaah. Berjuang sehabis baik bersama rakan. Berganding bahu untuk genggam cita-cita yang sama untuk jadi dentist. Baiti, terima kasih kerana sudi bersama mengulangkaji, sama mengambil berat, sama ingat memperingati dan berkongsi matlamat yang sama. Cita-cita kita nak jadi dentist. Kita tetap saling memperingati aim kita. Kita tetap bersama menggalas cita-cita yang sama! Di situlah salah satu kekuatanku. Sahabat yang baik dan memahami. Baiti berjaya ke matrikulasi aliran Sains. Aku tetap berdegil dengan matlamatku. Asasi Sains, Universiti Teknologi Mara Puncak Alam. Tapi, perjuangan tak seindah perancangan. Banyak dugaan yang aku hadapi. Sejurus, aku tidak berhenti setakat itu. Bidang Sains tetap diburu. Berdegil melanjutkan Diploma Sains. Masih berbaki tiga tangga yang perlu aku tuju. Degree, Masters, PhD. Namun tangga yang kritikal perlu aku buru sehabis dendam ialah tangga Degree. Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian menjadi sasaran utama yang entahkan aku boleh mensasar target entahkan tidak. Mampukah aku mencapainya dengan segala kelemahan yang aku ada? Wajarkah impian yang satu itu aku lupakan hanya kerana pelbagai ketidakupayaan aku ini? Aku tidak tahu bagaimana rezeki aku nanti. Semuanya dalam perancangan yang Maha Kuasa. Aku akan terus berdoa, tetap bergantung hanya pada-Nya.


So, apa aku nak dalam hidup ni sebenarnya?  Apa yang aku kejarkan dan apa yang aku nak capai? Secara normalnya, aku nak jadi wanita terpelajar, terdidik dengan ilmu agama, mencapai kejaya yang diidamkan, kahwin, ada anak, bahagia sampai akhir hayat. Mencapai kejayaan dunia akhirat. Cliche right? Tapi, itulah sebenarnya. Hakikatnya hidup sangat singkat. Atau aku nak buang masa belajar lama-lama? Sakitkan kepala? Bazirkan usia muda? Ehh, membazir ke belajar? Tak lah. Belajar tu kan ibadah apa. Kahwin. Nanti habis belajar pun boleh kahwin. Kalau ada jodoh inshaa Allah. Tengok, ke situ pulaknya.


Now, rasa relieved sangat-sangat. Perkara yang aku murungkan rasa dah lepas. Sekarang, Zetty Hiddayah binti Zuharizam yang kuat semangat, bermotivasi, kental, comel *ihik*, serta berfikiran positif kena belajar bersungguh-sungguh. Habiskan diploma dan lihat apa yang terbaik Allah aturkan selepas ini. Yang penting, kena buka minda, kuatkan hati jiwa perasaan semua tu, solat lima waktu jangan tinggal, rajinkan diri bangun solat malam, solat hajat banyak-banyak, al-Quran jangan lupa baca dan fahami, taati ibu bapa, jaga hubungan dengan Allah serta manusia dan pandang ke hadapan. Hidup mesti diteruskan. Walau apa pun terjadi, Allah sure puts you in His perfect way. Cewah nasihatkan diri sendiri. Be positive! Keep trusting and keep moving. Doakan saya semua. Zetty ulaskan lagi soal ini lepas tamat pengajian diploma dan lepas dapat tawaran degree nanti inshaa Allah.


Klik untuk baca entry terdahulu #1 Adakah Dentistry Masih Menjadi Pilihan Saya?