Saturday, January 10, 2015

Ceritanya Lah Kan

Assalamualaikum 

Ceritanya lah kan, aku dah pun kehabisan cuti mid sem. Lepas tu lah kan, dia punya rasa malas nak balik kolej tu kan, dah melepasi tahap dewa. Ini pun, esok nak balik, hari ni baru kemas barang. Itu pun kan, dalam keterpaksaan yang amat. Gediknya lah kan? Ayatnya kan?

Sampai masanya last day bercuti ni lah baru nak ingat assignment apa nak kena buat. File apa yang campak masuk bagasi masa nak balik cuti hari tu kononnya nak buat bekal study, tapi sudahnya langsung tak ditelaah sampai ke hari ini? Ke laut lah semuanya angan nak jadi best student tu. Tak bagus betul perangainya kan.

But above all, hari ini hari yang happy. Family riuh satu rumah. Mak sedara, sepupu sepapat kecik cinonet semua ada. Riuh rendah rumah aku, meriahnya sangat ketara. Tak adanya pun aktiviti kebabom ke apa. Cuma, tonton cerita Pee Mak Pranakong yang entah keberapa puluh kali diulang, tapinya dia punya desibel ketawa tu tak ada jatuhnya. Gamat. Bahagia. Tak lama lepas tu, Abang Farid datang bawak dua bucket KFC. Makan ramai-ramai. Bahagia. Lepas tu, macam biasa lah ada sesi bercerita, menyakat, berkongsi cerita dan macam-macam lagi. Cerita calon isteri Farid, cerita Akif masuk Sekolah Sukan Bukit Jalil, cerita esok semua balik asrama dan kolej masing-masing, cerita sekolah dah bermula, cerita Izzat kerja kedai hardware sementara tunggu result SPM, cerita Yaya masuk sekolah baru tempat ibu mengajar, cerita ibu yang disuruh beli telefon baru, cerita Kimi pandai membaca. Hm, macam-macam. Lepas tu, yang lelaki taraf remaja dah lesap pergi main bola dekat padang. Yang taraf kekanak riang berangkat ke taman permainan. Tiba waktu solat, semua dihambat ke surau belakang rumah, bersolat jemaah. Makanan atas meja tak habis bertukar ganti, air minuman tak putus aku sediakan. Namun, aku gembira walaupun penat. Gembira. Sebab, masa berkualiti bersama keluarga tu, ada.


Kali ni, cuti mid sem jadi 'ter'panjang akibat bencana banjir yang melanda seluruh Malaysia. Cuti pun di'extend'kan lagi seminggu. Memang dalam sejarah betul. Banjir terbesar selepas dah berpuluh tahun tak dilanda banjir besar. Alhamdulillah, rumah aku serta para keluarga lain tak terlibat. Masa gelombang pertama dulu je naik air sikit dalam rumah. Itu pun, berlaku sewaktu aku tak ada kat rumah. Masa tu aku bertugas jadi fasilitator Minggu Destini Siswa (MDS) dekat UiTM Dungun. Umi yang call mintak jaga diri dan suruh bersiap sedia selamatkan dokumen penting apa semua. Al-fatihah buat yang terkorban dalam bencana ini. Takziah aku ucapkan buat yang kehilangan nyawa dan harta benda. Sumpah, sebak yang teramat sangat dalam dada ni tiap kali tengok berita. Tahun 2014 meninggalkan beribu memori pahit.

Sedar tak sedar, celik tak celik. Kita dah pun berada di tahun 2015. Sekejap je masa berlalu dan entry aku pun boleh kira berapa jari je saban tahun. Eh. Hehe maaf-maaf. Sibuk benar dengan belajar dan kehidupan seharian. Sedar tak sedar, celik tak celik juga, dah berjela rupanya entry aku ni. Pada asalnya, niat nak menaip sepatah dua kata. Lain pula jadinya kan? Hehe. Kan? Gedik.


Makanya, ingin aku akhiri taipan jemari ini dan semoga tak terlambat lagi untuk aku ucapkan, SELAMAT TAHUN BARU 2015! Angka umur pun, sedar tak sedar dah masuk 21 tahun. Di usia 21 tahun inilah, umi mengandung dan melahirkan aku. Terima kasih umi kerana telah lahirkan anakmu ini sihat sempurna. Terima kasih umi sepanjang cuti ni umi tunaikan segala apa yang aku nak makan. Sebut je, terus ada. Tak hari ni, esok. Tak esok, lusa. Terima kasih umi, izinkan aku beristirehat dan tidur lebih sepanjang cuti ni. Terima kasih umi. Umi terlalu baik dan penyayang. Sayang umi.

Sekian sahaja.


No comments: