Wednesday, November 5, 2014

Blog Opened

Assalamualaikum 

Hai, bersua kembali kita di blog picisan aku ni. So, dah agak lama aku privatekan dia atas alasan kononnya nakkan sedikit privasi. Tapi engkau tahulah kan, aku rindu sangat-sangat dekat blog usang ni. Lagi-lagi bila tiba cuti sem macam ni. Mulalah tangan ni gatal nak menaip. Sebenarnya, privasi tu atas diri kita. Kita yang control apa yang kita taip dan publish. Makanya, aku membuka kembali ruangan putih tempat aku berceloteh ini. Rindu nak menaip, rindu nak bermonolog, berblog-walking dan bermadah pujangga dengan perkataan yang cantik indah tersusun. Berbahasa indah bersastera puitis. Ya, itulah obsesi aku. Obsesi seorang aku.


Kadang kala, pernah jugak terasa bahawa blogging ni macam dah outdated. Sebab yelah, sekarang apa je yang tak ada. Twitter, instagram dan macam -macam lagi. But then, aku sedar, blogging ni bukanlah ketinggalan sangat pun. Setia lah berblog. Nanti, aku jugak yang nak baca hasil tangan aku di kemudian hari. Persetankan orang lain. Hak mencoret, hak engkau kan.


Sebab banyak jugak ilmu yang aku dapat hasil berblog-walking sebenarnya. Tak adalah tertutup sangat minda ni daripada dunia luar. Dah lah duduk dekat rumah, bilik je jadi medan engkau meghabiskan masa sehari-hari. Takkanlah engkau nak biarkan otak tu pun terkelepet celah katil tu. Buka minda sikit, tengok juga dunia sekeliling. Look forward, lupakan apa yang buat engkau terluka ke, kecewa ke apa. Belajarlah melepaskan sesuatu yang telah pergi. Ceh, tetiba.


Baiklah, dengan ini saya merasmikan semula pembukaan blog ini dengan lafaz bismillah. Selamat membaca.