Saturday, February 1, 2014

Entah

Assalamualaikum 

I battle with my feelings. I battle with myself. I battle with soft evil words inside me and even I battle with soft courageous whispers to me in one time.

Eh entah kenapa tiap kali rasa stress mesti ayat bahasa omputih keluar dulu. Tapi ye, sometimes I feel weak. Rasa takde courage. Useless, rasa nak menangaih. Eeeeh please lah cukup keluar bahasa omputih. You know, the moment when we feel no one loves us. Arghh, see? Keluar lagi. Biarkan.

Banyak kan masalah dalam hidup ni. Kadang, tiap kali aku rasa jatuh, falling apart, selalu je cakap pada diri. No, I must be strong. Sikit je lagi. I can do it. I'm strong. Baik kan hati? Selalu je pujuk diri. Tapi yelah, adakalanya kita rasa penaat sangat. Penat dengan perasaan. Penat dengan belajar. Penat dengan semuanya. Bosan. Regret. Tapi, bila kita stop buat sesuatu perkara dan legakan rasa penat kita, apa kita dapat? Takde apa pun, malah kita cuma akan tambah perkataan "tangguh" dalam masalah kita and yes, procrastination is always a temporary relief. At the end of the day, kita akan sedar sebenarnya kita kena continue back what we had left behind just now. So, takde maknanya nak "Hmm, biarlah dulu, rehat jap lagipun aku tengah stress ni tak boleh nak buat kerja, takde mood, aku tengah broken heart blablabla what the fish pegi mati laah kan." Move on girl. What is it with the lame excuses?

Aku jatuh, aku sedih, aku terluka. Then, aku kuatkan diri, bisik pada diri untuk terus berdiri. Pujuk diri sendiri and then energized back. Jatuh lagi, ulang benda sama. Buat kesilapan, menangis, menyesal, fikir jalan keluar. Fikir macam-macam alternative just untuk sedapkan hati and hope for the best reason behind it. But then, we realized, kita sebenarnya cuma nak sedapkan hati. Kita cuma nak pujuk diri sendiri supaya kuat kembali and start the things all over again. Tapi you know, susah sebenarnya kita nak bina semangat untuk buat sesuatu. Lagi susah nak bina semangat after kita jatuh. Nak start over buat something dengan penuh semangat dan berkualiti. Ingat senang ke? Takde orang akan paham kita melainkan diri kita sendiri. Hubungan kita dengan diri kita ni, dia macam negative feedback mechanism. Bila sedih, bila jatuh, selalu je ada kekuatan dalaman yang membina. Bila tengah happy, surrounding factors affect kita. Lastly, kita moral down. 


Haha, aku takde idea pun tentang apa yang aku taip ni. Benda ni dari hati. Dan aku tahu takkan ade orang faham. Sebabnya semua benda, semua masalah, aku compile sekali dalam essay yang kau tengah baca ni. Biarlah, at least bila dah curah sikit takdelah menda ni nak main lumba lari dalam kepala otak aku. Time moral down, macam-macam boleh jadi. Celaru. Bercampur-baur. Rasa benci diri, rasa kurang, rasa tak disayangi, rasa dikhianati, rasa tak penting, rasa jahat, rasa dipermainkan, rasa bodoh, rasa eh tak baik pula cakap macam tu kat diri sendiri. Hm, conclusion dia, aku always co-operate dengan  diri sendiri untuk terus bermotivasi. Untuk hapus perkataan berhenti. Aku kuat sebab aku percaya diri. Biar tak dapat apa aku nak sekarang, biar orang tak sayang, biar hidup aku tak macam orang, biar aku tak jadi macam orang. Just simply because, aku adalah aku. Sedih, aku gembirakan diri. Kecewa, aku rawat hati. Tak dapat apa aku ingini, aku usaha sendiri. Sebab, aku adalah aku dan aku tak nak jadi orang lain. Juga aku tak nak jadi "macam" orang lain. I better set up my own side of me. This is me, not you. This is my life, not yours. I have my own pattern to design it. Well, the most importantly, I have Allah as the reason for me to stay alive.


And now, you see aku sedang pujuk diri sendiri. Okay dah, aku suka engkau. Eh, kaitan?

Bye.