Sunday, November 24, 2013

Semester Baru

Assalamualaikum 


Welcome new semester. Now guwa berada di Kolej Kerawang, menyemak dekat bilik Sim dalam masa seminggu sebabnya tak apply college. Terpaksa tunggu rayuan lah dulu. Tu lah sem lepas duk kalut bergelut dengan exam sampai lupa nak buat permohonan.

Malaysia tengah mengalami musim winter sekarang. Musim sejuk. Hahaha. Sampai ke tulang rasa sejuknya. Sebenarnya guwa sangat malas nak menaip entry. Tapinya bila difikirkan balik, sebelum biarkan belog ni bersarang, ada baiknya guwa buat je entry baru sebab after this mesti dah busy nak melayan belog ni lagi.

Harini first day lecture. Memang seperti yang dijangka, lecturer gerenti tak masuk punya. Plan awal memang tanak pergi langsung. Tapi gitulah kan, nak tengok gak suasana cemana. Classmates apa semua. Ye, classmates sem ni ramai laki. Para lelaki group B semua masuk group A. Heart attack kejap sebab sah-sah lah group B semua perempuan. Jadinya, berlaku limpahan pelajar lelaki dekat kelas guwa. Hmm macam awkward je. Macam awkward je. Lepas tengok kelas, classmates apa semua, apa lagi. Blah la. Beli makanan, naik bilik. Lepak. Kalau ikutkan akal jahat, mahu je guwa pergi holiday memana dulu minggu pertama ni.

Google sayangi diri ini. Hihi.

Today jugak officially umur guwa dah meningkat satu angka. Takde rasa apapun, nothing special. Cuma kesimpulannya, ni saat-saat terakhir guwa bergelar remaja. Takde hal, tak tua lagi kalau masih belasan. Hmm, tahun ni gak first time Hencik Lebah tak menjadi orang pertama yang wish birthday. Bagus, satu perubahan yang baik, dia dah beransur-ansur hilang dari kehidupan guwa. Selalunya dia yang jadi orang terawal ucap birthday. Sebelum pukul doblas pun dah wish kononnya takmau terlepas jadi orang pertama. Kini tiada lagi.


So, Syamim je yang mengacau tidur nyenyak guwa semalam. Baik punya orang, pukul 3.00 pagi baru call semata-mata nak wish. Haha at least ada effort, and ingat. Mekasih bebanyak ye, dengan suara ngantok gitu entah apa yang guwa merapu semalam pasal kolej lah, esok kelas awal pagi lah. Tetibe. Tu lah sapa suruh call tetengah malam masa orang tidur dah hahahah. Anyway, thanks for reminding. Ohye, yang wish dekat Facebook tu pun terima kasih jugak kerana menyudikan jari menaip dua patah perkataan HB tu. Nampak bebeno malasnya kan.

Kek lain tak best, one day nak kek ni je satu. Baru syok hahaha. Hebat ah sesapa buat kek burger ni. It really suits my taste!



So, tu jeh cerita harini. Malas dah nak turun pergi kelas. Buat penat la. Lainlah kalau lecturer ada. Time to hibernate yeayy.


Bye.

1 comment:

Meera Ishak said...

amboii. haha. nak burger jugak. btw happy birthday sis^^ haha late birtday wish. may Allah bless you and have a blast.