Friday, November 15, 2013

Istimewanya Jalen Buatku

Assalamualaikum 

Masa blogwalking tadi terjumpa something dekat belog Mat Gebu so, let me buat entri pasal ni lah sikit hihi. Memandangkan tak tahu nak buat entri apa kan. JALEN. Pernah dengar tak? Sebenarnya, aku memang suka sangat dengan produk Jalen ni. Mula kenal jenama ni pun masa stay dekat Johor Bharu dulu. Time tu umur aku baru 10 tahun. Kalau tak silap, jenama Jalen ni pun origin dari Johor.


First produk yang membuatkan aku kenal jenama Jalen ni adalah kicap Jalen. Hihi. Family boleh dikatakan penggemar kicap. Kicap Jalen memang sedap, dan sampai hari ni jugak atas meja makan dekat rumah mesti ada kicap Jalen ni. Kiranya pengguna setia lah ni. Tapi, dulu terputus kejap bekalan kicap jenama Jalen sebab susah nak dapat dekat Terengganu. Tapi, sekarang tak lagi. Boleh didapati dekat pasaraya dan kedai runcit. Harga dia pun sangat berpatutan, murah je. Size botol dia besar, tu yang berbaloi. Kicap manis 325ml baru harga RM3.10. Tak nyesal beli sebab sedap. First time makan dulu abah buat sambal kicap taruk bawang putih untuk cicah makan tempe goreng. Memang rasa dia perghhh. Masa tu hari-hari abah beli tempe, dan kicap Jalen ni lah jadi mangsanya hahahah. Haaa, lupa cuka kat dapur tu pun guna jenama Jalen. JALEN, pastinya pilihan anda. Gituuuu, try lah mesti suka punya.




Ek ehhhh, macam cantik je. Macam comel je. Pelbagai warna ada. Ni diari dan buku nota 2014 comel dari Jalen. Untuk korang, nak tak? Caranya mudah saja. Tak susah macam kerja dekat bendang pun *macam pernah je* Okay merapu. Jom ikut step yang mudah ni. Sambil duduk melopong depan skrin laptop tu rajin-rajinkan lah exercise jemari runcing tuh ye.

1. Pertama, 'follow' dulu blog Jalen. Then korang buat satu entri kreatif berkaitan dengan produk Jalen dekat blog memasing, tak kesah lah pasal kicap ke, kordial ke atau apa-apa saja produk Jalen.

2. Lepas tu dalam entri korang tu, wajib letak atau selitkan link Facebook Jalen, laman web Jalen dan blog Jalen. Tu je ceritanya. Boleh kan? Tak susah pun. Kan dah gitau awal-awal tadi.

3. Bila dah siap tulis and korang berpuas hati, sila tinggalkan link blog korang yang ada entri pasal Jalen dekat SINI, tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 November 2013. Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2013. Cecepat jangan tunggu lagi, buku nota comey tu. Nanti boleh salin notes dalam lecture. Tak pun buat salin resipi memasak.


Tanak la menang sensorang kan, biar ramai-ramai kongsi baru best.


Bye.

No comments: