Tuesday, November 12, 2013

Cuti Sem Yang Bosan

Assalamualaikum 

Ye. Hari yang bosan sebab hari-hari ulang rutin sama sepanjang cuti semester ni. Kan best kalau hari ni main tenis, besok daki gunung, lusa pergi pulau. Tapi apakan daya. Takde daya. Makanya harus terima lah jadi full time housewife sebulan lebih ni. Hm text dengan Hencik K pun dia dah naik boring dah. Ye, saya boring dan memboringkan cane saya nak buat saya pun tak tahu. Kalau ada pape awak gitau je kat saya, boleh saya tau apa salah saya. Takpe Hencik K awak tido dulu, mesti awak penat sangat after a long journey. Biar saya ngomel jap dekat sini sambil-sambil awak tido ye.


Kerja saya pagi ni tak tahu nak buat apa. Online pun macam membosankan. Bukak cerita kang nanti cerita tu tengok saya. Nak makan, dah selamat saya buat nasi goreng kampung pedas perghh sedap kat dapur tu. Orang pun takde kat rumah. Tinggal adik laki sorang je tak pergi sekolah, so bilik adalah destinasi terbaik. Eh apa panjangnya pulak merapu. Memang nak merapu pun ni. Ohye, tak buat lagi entry pergi wedding dekat Noor Arfa Craft Complex hari tu. Letak gambar je lah malas nak buat entri khusus sebab gambar pun tak banyak. Cane nak tangkap gambar bila kat tangan ade si budak kecik comel sedap tido ni hehe.

Baru perasan mata keturunan Cina tu dah mula menyerlah dia punya sepet rupanya. Terima kasih arwah Tok Ayah ngasi kita mata Cina ni.



Adik perempuan kita pun macam Cina. Mata dia lagi sepet kulit dia lagi cerah, jeles kita.


Sedap ye kau tidur nak. Lenguh bahu dah ni.
Dengan beca pun engkorang menjakun.






Suka sangat pose Kimi time ni. Kecik je dia tu.

Taktau nak tengok tang kamera mana.


So, tu jelah gambar ye anak-anak sekalian. Jemput nengok. Namanya je wedding tapi takde satu pun gambar pelamin, pengantinnya tah mana gambar haha. Tak sempat nak snap sebab perginya dah pun lambat. Pegang dak kecik ni satu ke hal lagi. Sampai je terus salam-salam pastu makan. Pelaminnya comel, pengantinnya lawa hensem tapi sayang tak snap gambar.


Minta maaf le kualiti gambarnya sangat-sangat hodoh sebab memasing tangkap pakai fon je. Takdenye kamera. Ada pun pergi rosakkan sapa suruh. Maklumlah mak ni bukanlah orang kaya-raya. Eh tetiba feeling mak-mak mentang semua gambar duk dukung baby. Mengada je kan. Tudung senget benget takyah cerita la bila anak ada kat tangan ye. Takdenya mak nak pakai shawl belit-belit. Sambar tudung bawal plain warna senada pun jadi le. Haha, watak ibu-ibu dia dah muncul dah. Sila abaikan. Okay, kenyang sudah makan nasi goreng kampung air tangan sendiri. Makanya selesai jugalah entri kali ini. Kekdahnya pulak, berkait apa makan dengan entri ni kaan.


Bye.

No comments: