Sunday, November 17, 2013

9 Days Early Birthday Party

Assalamualaikum 


I want to sleep more. Give me more time to sleep soundly please. Nak dekat bukak sem ni serius rasa macam nak appreciate setiap saat untuk tidur dan tidur je. Sebab aku sangat tahu nanti biological clock akan set masa balik, and I must obey the time. Yelah, walaupun most of the time selalu je overnight buat report apa semua. Aku pernah tak tidur dua hari sebab kena siapkan lab report yang berlambak dengan tutorials, I tell you. Lastly, end up stress all the day, pening kepala and lepas tu nangis sebab nak tidur. Yelah, malamnya memang bancuh white coffee. Mata boleh lah tahan sampai cerah tapi badan rasa macam nak pecah tak larat gila. Term baru aku, 'zombiefication'. Memandai buat term sendiri ye, harap tak boleh tambah dalam dictionary je.


Bila duk rumah macam ni minda selalu menghasut kata-kata murni. Kononnya tak kisah lah nak makan banyak mana pun sebab nanti bukak sem, boleh sibukkan diri. Kalau tak sibuk, sibukkan. Kalau sibuk, sibukkan lagi. Haha. Tudia dia punya kata penyedap hati. Tips sama aku guna masa asasi. Tapi lepas dipraktikkan, aku sendiri tak boleh jamin jadi ke idak tips tu hahaha. Sebabnya aku sendiri tak boleh beza aku ni gemuk ke tidak. Asal berat badan tak lebih daripada angka 55kg, then it is okay. Setakat ni tak lebih lagi daripada range tu lah. Sebolehnya nak maintain 50kg kebawah, tapi macam selalu je exceed. Paling rendah pun 52kg. Time zaman sekolah menengah rendah dulu bolehlah maintain angka 48kg or 49kg. Sekarang ni entah kenapa, tang makan je mesti nak balun semua.


Bercakap pasal makan, semalam family buat birthday party untuk semua anak-anak yang lahir bulan November. So, birthday aku disambut 9 hari lebih awal. Sebabnya, 24 November ni aku dah start kuliah. Buat family gathering sekali, tapi ada je yang tak dapat datang. Makanya, berlaku lah limpahan makanan yang amat banyak. Konsepnya western food, sebab itu adalah kepakaran abah. Antara hidangan yang ada ialah spagetthi, mashed potato, mushroom soup, salads, two big cakes, ice creams. Tak masuk lagi dengan barbecue chicken, crab, fish, squid, sausages. Makanan banyak sangat, family lain yang dijemput tak dapat hadir. Tu yang agak mengecewakan sebab plan pun tak perfect sangat. Yang penting tokki dengan mak ada. Abang Farid pun ada datang. Ehh bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni time semua orang takde agenda. Tapi yang tak dapat datang jugak tu, dah nak buat macam mana.

Kek warna putih yeay.


Ice cream cake trend masa kini. Sumpah sedap.


Request from le kids. Nak kek Spongebob. Haha kemain tak sabar dorang nak makan.


Disebabkan ke-eksaited-an bersama family, memasing dok sibuk bermain je kat luar. Ada yang layan movie, mak sedara duk berborak, aku sibuk nolong abah kat dapur. So, tak banyak sangat gambar sempat snap. Very enjoy the moment sampai le camera pun was left behind. Bukan tak ingat, ingat tapi malas. The moment spent was much more exciting. We choose to keep them in our heart rather than in picture. Cewah kau.


Bye.

No comments: