Saturday, October 12, 2013

Semester Break

Assalamualaikum 

Setelah sekian lama menyepi, meh nak coret sikit belog usang ni walaupun aku takde mood nak menyonteng. Takde mood, tapi ada masa kira okaylah tu lepak sini jap.


So, aku dah habis berperang dengan study week atau lebih berfungsi sebagai lazy week. Final exam pun dah settle semuanya alhamdulillah. Ohh I did so bad, ahaha but at least it's over *insert smiley mintak pelempang here*. Takde apa, cumanya berharap result baik-baik belaka lah. Tarikh result released dimaklumkan 1 November ni. Cepat bebenor rasanya. Biarlah, nak juga tahu macam mana rupa result aku. Sem ni macam banyak lalai sikit. Tak reset matlamat, tak boost semangat. Hancurlah. Tapi yang penting, last paper Physics semalam boleh jawab la jugak walau ada dua soalan aku rasa macam tak pernah belajar pun. Terbang 6 markah. Menangis.


Ishh, lama tak mengarang otak jadi berkarat tak tau nak bebel apa. Konklusinya, yeah sem break akhirnya! Rasa macam baru masuk, tapi dah pun habis pun satu sem. Nak top-up segala rehat tidur blablabla. Tak kiraaaaah. Okay, tu je untuk kali ni. Hal lain, no comment buat masa sekarang hihi.

Mission accomplished.

Muka happy tak reti menipu.

Okay dah.

***


Nota kaki: Anis, kemain hang suruh buka blog and update. Masalahnya hang je pembaca setia rasanya.

No comments: