Wednesday, October 30, 2013

Baby Zaara

Assalamualaikum 

Hari ni masuk hari kedua stay kat rumah baru mak sedara dekat Kuala Ibai. Hari Sabtu ni inshaa Allah baru balik rumah. Saja duduk sini sebab bosan lepak kat rumah. Boleh main dengan baby yeayy. Nak tunggu adik memang takde dah. Umi dengan abah dah masuk umur 40 tahun this year. Nak tunggu anak sedara, memang takyah berangan nak ada before aku kahwin. Kecuali kalau adik aku langkah bendul. Nak tunggu anak sendiri, laaambat lagi. So, sabar je. Bila dapat sepupu kecik macam ni, memang super happy. Tak lama lagi dapat sorang lagi anak sepupu. Tunggu masa nak meletup je. Sepupu aku kahwin Febuari haritu. Umur dia setahun je tua dari aku, tahun ni dah dapat baby. Huhu tahniah Noni, teman sepermainan masa kekecik.


Engagement Day.



Majlis persandingan.




Now dah pregnant alhamdulillah. Tak sabar nak main dengan baby.


Eh tengok dah melalut tah ke mana. So, ceritanya hari ni duk main dengan baby je. Tadi ikut Mak Teh pergi sekolah dia kejap SMK Panji Alam sebab ada kerja. Sempat snap gambar dengan baby Zaara masa dalam kereta.


Baru berusia 45 hari. Baby tidur je memanjang.


Geram nak gigit lengan baby Zaara. Berketak-ketak.


Nur Ezzaty Ezaara



That's all for today yeah. Well, pictures speak louder than words kaan. Kbai.

No comments: