Thursday, October 24, 2013

#2 Perangai Comel

Assalamualaikum 

Nak tahu tak apa perangai comel kali ni? Sebenarnya dah dua tiga hari buat tapi hari ni baru perasan perangai comel baru ni. It's pakai legging dalam rumah! Err, berdosa tak pakai legging dengan baju besar time duduk kat rumah and terperap dalam bilik? Hmm. Aku rasa selesa pakai legging sebab tak panas dan tak rimas. Senang sebab dia melekap terus macam tu.

Aku pakai legging ni dengan baju besar and labuh sampai peha okay. Bukan pakai baju-baju yang cinonet tuu. Dah pakai legging macam ni baju mau besar okeh. One moree, takmau pakai kat luar. Tapi, tak pakai la time keluar rumah. Pergi rumah sedara-mara pun tak boleh. Time kat kampung pulak buat angin mengada pakai kain batik. Imagine ala mak-mak dan gadis Melayu terakhir lah kononnya. Comel apaa pakai kain batik. Terserlah keayuan di situ. Kata Melayu.

Pasal legging tu, antara sebab aku suka pakai lagi kononnya nampak kurus la. Sedapkan hati biarpun rasa badan dah naik. Bajet Korea ye engkau? Haha. Takde la. Tak taksub Korea pun. Takde. Perangai ni sangat tak comel. Tak comel sebenarnya. Tajuk itu bertentangan.

Bercerita pasal legging ni, aku berkenan sangat dengan legging baby. Apa entah nama dia. Shya ada bagitahu dulu tapi selalu je lupa. Busha ke apa namanya. Comel sangat okay bila baby pakai busha. Rasa macam nak cubit-cubit je. Nanti boleh pakaikan dekat baby sendiri. Cuba bayang mesti comel gilaa. Jauh punya fikir.

Rasa nak gigit je kaki tu.

Why so cute?


Sophea Isabella Binti Sheikh Muszaphar Shukor



Okay dah dah. Cukup. Habis penuh dengan gambar Bella nanti entry ni. Hmmm, selesa ber'legging' tapi for sure bukan sekali-kali untuk pakai ketika di luar rumah. Comel sangat lah tu ikut budaya apa dah ni. Pakai kain batik tak nak. Aku ni ganas sikit. Bila pakai kain batik mulalah terselak sana-sini, tercabutlah, jalan terkepit lah. Tapi mungkin juga kain batik itu ditradisikan untuk memelihara adab sopan Melayu kan? Hmm. Possible. Umi pun ada beli batik lepas then umi jahit buat macam kain baju kurung. Tapi takdela susun kat tepi tu. Senang nak pakai. Bergetah siap ada zip lagi. Kantoi. Pandai umi yee nak suruh anak dara dia pakai kain batik. Alaa, selalu time bulan mengambang pakai laa. Dah macam orang berpantang pun ada.. Kira okay laa tetiap bulan pasti pakai kain batik kan. Kbai.


Kempen Legging

Jom baca apa Hukum Pakai Legging Di Dalam Rumah. Baca ini juga.


Bye.

2 comments:

Hidayah Suhailee said...

ya Allah... i love turtle! urgh! jeles tgk kura2 tu besar mcm tu.. turtle yaya bru besar tapak tangan.. :(

Zetty Zuharizam said...

ehhh yaya suka kura-kura. hihi takpe nanti dia besarlah tu.