Monday, September 2, 2013

#1 Adakah Dentistry Masih Menjadi Pilihan Saya?

Assalamualaikum 

Semuanya bermula pagi hari ni semasa aku tengah nyenyak tidur. Umi menjengah masuk ke bilik dan duduk di sisi aku. Umi cakap, umi takutlah. Dunia sekarang memang kejam. Umi tengok kat Facebook ada sorang budak perempuan hilang diculik di Seberang Takir. Bertutup litup, comel orangnya. Tapi kenapalah orang buat dia macam tu. Apalah nasib dia, keadaan dia sekarang. Umi sayang anak perempuan umi dua orang ni. Bela sejak kecil susah-susah bila dah besar senang je orang nak ambil *sambil gosok-gosok belakang aku*. Aku terus terpisat-pisat celikkan mata. Hairan kenapa umi dah bertenggek tepi aku pagi-pagi. Aku cakaplah, biasalah dunia hari ni umi. Memang kejam. Kalau difikirkan sangat, kita nak keluar rumah pun takut. Umi nasihat, dengan kecanggihan teknologi hari ni remaja makin hanyut. Dunia tanpa sempadan. Penting untuk kita mendidik hati dan jiwa, mengekalkan iman yang ada sejurus meningkatkannya. Sebab pokok pangkalnya, kehendak diri kita sendiri. Aku tahu itu umi, terima kasih kerana sering mengingatkan aku, mentarbiah aku.


Tiba-tiba umi keluar topik, betul ke aku boleh jadi seorang doktor gigi? Dengan keadaan aku yang penyegan, takut darah, tak boleh tengok orang accident. Lantas aku terfikir sejenak. Betul kata umi tu. Betul umi sangat mengenali anak perempuannya ini. Sebenarnya perkara ni dah lama aku fikirkan. Dah banyak kali aku selami sedalamnya. Aku memang penyegan. Aku memang takut darah, tak boleh kawal diri tengok mangsa teruk accident, geli-geleman pada benda-benda yang jijik, kotor sikit tak boleh, tengok orang cacat pun tak lalu nak makan. Aku sorang je anak umi yang macam ni. Aku tak nafikan semua tu. Dan hari ni aku jadi termenung, mengelamun, berfikir. Semua benda aku tak fokus. Aku runsing, risau. Seriously aku tak ada terfikirkan kerjaya lain selain doktor gigi.

Benda ni semua aku dah selidiki. Being a dentist, aku kena posting dekat pelbagai unit di hospital. Kalau para doktor dipanggil ‘houseman’, para dentist pula ada istilah tersendiri iaitu First Year Dental Officer (FYDO) dan Second Year Dental Officer (SYDO). Dentist akan ditempatkan di pelbagai unit seperti Oral Surgery (OS), Paediatric, Periodontology, Orthodontic, Restorative untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada pakar pergigian. Seriously, bagi aku paling aku takut ialah unit OS. Situ posting paling lama kot. 4 bulan. Kat situ lah mangsa fresh accident yang koyak rabak bahagian mulut, patah rahang apa semua dihantar. Kat sini lah kena jahit itu ini dan kat sini lah dentist paling sibuk oncall. Mangsa accident yang cedera parah dengan darah masih lagi segar memang hantar kat sini kalau kecederaan bahagian mulut dan muka tu teruk. What the point is, aku seorang yang cannot handle something that involving accident. Maunya aku dulu yang pengsan kat situ. Aku tak kuat semangat.

Bercerita pasal OS, aku ada pengalaman. Depan mata aku. Masa tu aku ada dekat bahagian unit pakar bedah mulut dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah. Aku buat medical check-up dan umi yang temankan. In front of my eyes, sorang patient yang accident teruk, rahang senget, bibir jadi bengkak accident, air liur meleleh-leleh dengan kepala terkulai. Muka memang bengkak. Masa tu semangat aku macam direntap. Aku pegang umi kuat-kuat. Umi cakap, macam  ni ke nak jadi dentist? Ni baru sikit. Masa tu aku dah longlai, pening nak pengsan. Semangat aku melayang. Azam untuk jadi dentist seolah dipatah-patahkan. Air mata aku hampir terburai. Aku istighfar banyak-banyak. Mashaa Allah. Seteruk inikah? Adakah Kau mahu menguji hamba-Mu ini. Adakah Kau nak tunjukkan dekat aku. Masa tu memang aku terus cakap kat umi. Umi, umi rasa mampu ke saya nak jadi dentist dengan macam ni? Usai buat check-up, aku balik. Dalam kereta, aku tak putus fikirkan perkara ni.


Allah dah tunjuk dekat aku. Allah menduga aku, mampukah aku hadapi cabaran sehebat ini. Hari-hari biasa aku ke klinik pergigian pun aku sentiasa muhasabah diri. Sentiasa kutip pengalaman. Pesakit tak putus dapatkan rawatan. Gigi pesakit macam-macam ragam. Bukan yang cantik-cantik bersih je. Doktor gigi bukan setakat check gigi, cabut gigi, tampal gigi je. Kena yang berbulan-bulan tak gosok gigi macam mana? Yang karies gigi teruk. Yang gusi bengkak bernanah berbau siap lepas tu kena buat drainage lagi. Pesakit datang dengan sakit yang pelbagai. Takkan nak pilih patient. Mana boleh. Bagi yang mulut yang sangat kotor dan banyak plaque, kena buat scaling. Walaupun pakai scoop dengan mask, tetap terpercik ke muka kita. Aku penyegan, geli. Kotor sikit tak boleh. Mampukah aku? Aku nak kerja nanti bukan untuk sehari dua.Tapi sepanjang hayat selagi tak pencen. Bayangkan kalau time mengandung. Tiap-tiap hari nak hadap mulut orang yang pelbagai rupa. Mampukah aku bertahan? Atau muntah je kat situ? Atau nak skip, mintak dentist lain yang handle? Mana boleh. Mungkin orang cakap takpe, lama-lama akan jadi terbiasa apa semua. Mungkin. Tapi kalau tak macam mana? Nampak tak ketidak'positifan' aku kat situ?


Bukan sekadar check gigi, tampal, cuci dan cabut.

Pesakit ni macam-macam ragam. Aku tak boleh hadap orang cacat, syndrome down, genetic disease apa semua. Nak tengok tak boleh. Nak makan tak lalu. Tapi patient yang macam tu pun kena handle jugak. Tak masuk lagi yang penghidap AIDS datang nak dapatkan rawatan. Dengan muka berkudis mereput, ya Allah. Kuatkan semangat aku. Aku ada satu pengalaman masa dekat rumah atuk. Masa tu aku tengah makan nasi depan tv. Tengah seronok melantak tetiba keluar iklan rancangan realiti TV, 'Bersamamu' siarkan seorang remaja yang terencat akibat demam panas semasa kecil. Hanya mampu terlantar pakai pampers. Terus aku muntah kat situ. Teruknya aku.


Satu lagi pengalaman lagi masa umi dan abah pick-up aku dekat universiti. Singgah dekat R&R. Masa beli makanan,aku ada nampak sorang budak India yang nak kata syndrome down tu bukan, tapi dia macam ada masalah genetic. Cakap pun sengau macam tu. Struktur muka dia macam tak berapa betul. Bayangkan budak tu makan meja depan aku. Nak lari memang tak boleh sebab tengah makan. Sekali tadi je masa beli makanan aku tengok dia. Masa makan tu aku tunduk memanjang sambil makan. Langsung tak tengok depan, dongak pun tengok arah lain, kaburkan mata. Heh, pandai pulak. Bakso yang aku makan langsung tak habis dek rasa lain macam je. Terus tak ada selera. Umi dengan abah tengok je kat aku then senyum memanjang. Memang dorang dah sedia maklum dengan perangai aku yang alah dengan benda-benda macam ni. Bukan aku nak jijik dengan ciptaan Allah, tapi memang aku tak boleh dengan benda macam tu. Bukan aku yang mintak semua ni. Aku sedih dengan nasib diri. Lantas hatiku menjerit, macam mana nak jadi dentist ni?!

Bersambung...

1 comment:

yanamia said...

haaaaaaa zetty :( I feel you..
selalu fikir betul ke nak buat dentistry padahal kemain penggeli.. hmm fikir baik2 ye syg.. ada la hikmahnya. kdg2 benda yg kita nak sgt, kita tak dpt sbb ALLAH simpan yg terbaik.

apa2 pun belajar dulu :)