Wednesday, September 4, 2013

Situasi Tak Disangka

Assalamualaikum 

Dalam kelas tutorial C-3-5 UiTM Kuala Terengganu.

Haris: Zetty ajar aku Bio.
Zetty: Aku manalah pandai. (sambil kira jawapan Maths)
Haris: Laa, kan budak asasi. Takkan tak pandai kot. Tengok macam Azie tu. Bekas budak asasi, bijak.
Zetty: *sentap* (terus letak pen dan berpaling ke arah Haris) Macam ni, sebenarnya aku datang sini, kalau boleh aku tak nak sorang pun tahu aku ni bekas student asasi. Tapi.. you said that? *how.. could.. youuu..*
Haris: Zetty, terasa dengan aku ke? Aku minta maaf. Then, kenapa sebenarnya masuk sini yada yada yada.
Zetty: I have anemia. Sebelum masuk sini aku masuk hospital, lagipun aku tak pandai sangat yada yada yada.

Hmm. Fuhhh. *kembungkan pipi pandang ke atas dan tahan tangis semahunya*. Tahan sebak di dada. Terasa tu memanglah. Terkejut, sentap dan baru rasa macam kembali ke alam nyata. Ahh, aku bekas pelajar asasi dan kenapa aku tak boleh menjadi super amazing student here? Kadang aku terlupa aku ni bekas student foundation. Tapi, aku telan kata-kata itu secara positif. Aku akan ambik tu sebagai pembakar semangat untuk lebih berusaha. Sebab kadang aku nak stress out diri aku kat sini pun tak boleh sangat. Aku tak berapa sihat. That's the point, tapi in the same time, aku tak nak masalah kesihatan jadi batu penghalang. Diploma Sains dengan Asasi Sains bezanya tak seberapa. Kesibukannya hampir setara.

Niat aku ke sini ingin belajar lillahi Taala. Sumpah. Kalau boleh aku tak nak mengaku pun aku ni bekas student foundation. Biar title tu takde, berkubur begitu sahaja. Boleh je kalau aku nak buat asasi balik. Tapi, buat apa aku buat something yang aku already know it is penyebab aku sakit. Asasi, life is packed, belajar laju, study gila-gila sampai aku abaikan kesihatan aku, *okay this is my bad, orang lain boleh je strive dekat asasi kau pahal* makan pun tak lalu, tambah pulak dengan stress then always nak pengsan dekat fakulti. Doktor nasihat dengan keadaan aku macam ni better buat diploma, so buat diploma lah. Nak cari pasal buat apa kalau dah tahu kemampuan diri macam mana. I know my limit, people. Allah arranged everything beautifully for me, I believe it.


The point is, is it necessary for me to show-off to them yang aku ni knows everything? More advanced than them? Brag about that? No, aku bukan jenis macam tu. Yes aku lagi advance, dah belajar apa yang korang belajar sekarang and it's kinda basic thing. But, aku tak nak, showing off that I know everything in front all of you like you all tak tahu apa pun. Tak perlu macam tu. Because, I know, what I will get is just hatred from others and, I admit, I'm not kinda excellent student pon. Nanti kalau show-off sangat, confident sangat, bila dapat pointer rendah, masa tu kau akan hadap betapa malunya berkelakuan sedemikian. I wouldn't do something that will embarass me. Yang penting, aku nak belajar lillahi Taala.

When I take this thing positively, I actually thanked to him a lot sebab buat aku sedar. Supaya aku tak berada dalam zon selesa. Tukar gear pada saat-saat ni. Test banyak, final dah dekat. Aku bersyukur dia cakap macam tu sebab at least dia dah buat aku sedar. Tapi, apa yang penting, niat aku. Belajar kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Hmm, terima kasih Haris you made my day, changed me with your little words. But, you'll never change my intention towards Him. Haha, relieved alhamdulillah.

Inshaa Allah. Kali ni, aku akan focus 100%. Final exam, aku datang.

Dia lah kawan aku buat main dialah kawan aku buat gaduh. Simoh. Walaupun kekadang perangaimu tak matang, tapi adakalanya boleh pakai juga. Hahaha. Okay gambar ni tak berkait.

Monday, September 2, 2013

#1 Adakah Dentistry Masih Menjadi Pilihan Saya?

Assalamualaikum 

Semuanya bermula pagi hari ni semasa aku tengah nyenyak tidur. Umi menjengah masuk ke bilik dan duduk di sisi aku. Umi cakap, umi takutlah. Dunia sekarang memang kejam. Umi tengok kat Facebook ada sorang budak perempuan hilang diculik di Seberang Takir. Bertutup litup, comel orangnya. Tapi kenapalah orang buat dia macam tu. Apalah nasib dia, keadaan dia sekarang. Umi sayang anak perempuan umi dua orang ni. Bela sejak kecil susah-susah bila dah besar senang je orang nak ambil *sambil gosok-gosok belakang aku*. Aku terus terpisat-pisat celikkan mata. Hairan kenapa umi dah bertenggek tepi aku pagi-pagi. Aku cakaplah, biasalah dunia hari ni umi. Memang kejam. Kalau difikirkan sangat, kita nak keluar rumah pun takut. Umi nasihat, dengan kecanggihan teknologi hari ni remaja makin hanyut. Dunia tanpa sempadan. Penting untuk kita mendidik hati dan jiwa, mengekalkan iman yang ada sejurus meningkatkannya. Sebab pokok pangkalnya, kehendak diri kita sendiri. Aku tahu itu umi, terima kasih kerana sering mengingatkan aku, mentarbiah aku.


Tiba-tiba umi keluar topik, betul ke aku boleh jadi seorang doktor gigi? Dengan keadaan aku yang penyegan, takut darah, tak boleh tengok orang accident. Lantas aku terfikir sejenak. Betul kata umi tu. Betul umi sangat mengenali anak perempuannya ini. Sebenarnya perkara ni dah lama aku fikirkan. Dah banyak kali aku selami sedalamnya. Aku memang penyegan. Aku memang takut darah, tak boleh kawal diri tengok mangsa teruk accident, geli-geleman pada benda-benda yang jijik, kotor sikit tak boleh, tengok orang cacat pun tak lalu nak makan. Aku sorang je anak umi yang macam ni. Aku tak nafikan semua tu. Dan hari ni aku jadi termenung, mengelamun, berfikir. Semua benda aku tak fokus. Aku runsing, risau. Seriously aku tak ada terfikirkan kerjaya lain selain doktor gigi.

Benda ni semua aku dah selidiki. Being a dentist, aku kena posting dekat pelbagai unit di hospital. Kalau para doktor dipanggil ‘houseman’, para dentist pula ada istilah tersendiri iaitu First Year Dental Officer (FYDO) dan Second Year Dental Officer (SYDO). Dentist akan ditempatkan di pelbagai unit seperti Oral Surgery (OS), Paediatric, Periodontology, Orthodontic, Restorative untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada pakar pergigian. Seriously, bagi aku paling aku takut ialah unit OS. Situ posting paling lama kot. 4 bulan. Kat situ lah mangsa fresh accident yang koyak rabak bahagian mulut, patah rahang apa semua dihantar. Kat sini lah kena jahit itu ini dan kat sini lah dentist paling sibuk oncall. Mangsa accident yang cedera parah dengan darah masih lagi segar memang hantar kat sini kalau kecederaan bahagian mulut dan muka tu teruk. What the point is, aku seorang yang cannot handle something that involving accident. Maunya aku dulu yang pengsan kat situ. Aku tak kuat semangat.

Bercerita pasal OS, aku ada pengalaman. Depan mata aku. Masa tu aku ada dekat bahagian unit pakar bedah mulut dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah. Aku buat medical check-up dan umi yang temankan. In front of my eyes, sorang patient yang accident teruk, rahang senget, bibir jadi bengkak accident, air liur meleleh-leleh dengan kepala terkulai. Muka memang bengkak. Masa tu semangat aku macam direntap. Aku pegang umi kuat-kuat. Umi cakap, macam  ni ke nak jadi dentist? Ni baru sikit. Masa tu aku dah longlai, pening nak pengsan. Semangat aku melayang. Azam untuk jadi dentist seolah dipatah-patahkan. Air mata aku hampir terburai. Aku istighfar banyak-banyak. Mashaa Allah. Seteruk inikah? Adakah Kau mahu menguji hamba-Mu ini. Adakah Kau nak tunjukkan dekat aku. Masa tu memang aku terus cakap kat umi. Umi, umi rasa mampu ke saya nak jadi dentist dengan macam ni? Usai buat check-up, aku balik. Dalam kereta, aku tak putus fikirkan perkara ni.


Allah dah tunjuk dekat aku. Allah menduga aku, mampukah aku hadapi cabaran sehebat ini. Hari-hari biasa aku ke klinik pergigian pun aku sentiasa muhasabah diri. Sentiasa kutip pengalaman. Pesakit tak putus dapatkan rawatan. Gigi pesakit macam-macam ragam. Bukan yang cantik-cantik bersih je. Doktor gigi bukan setakat check gigi, cabut gigi, tampal gigi je. Kena yang berbulan-bulan tak gosok gigi macam mana? Yang karies gigi teruk. Yang gusi bengkak bernanah berbau siap lepas tu kena buat drainage lagi. Pesakit datang dengan sakit yang pelbagai. Takkan nak pilih patient. Mana boleh. Bagi yang mulut yang sangat kotor dan banyak plaque, kena buat scaling. Walaupun pakai scoop dengan mask, tetap terpercik ke muka kita. Aku penyegan, geli. Kotor sikit tak boleh. Mampukah aku? Aku nak kerja nanti bukan untuk sehari dua.Tapi sepanjang hayat selagi tak pencen. Bayangkan kalau time mengandung. Tiap-tiap hari nak hadap mulut orang yang pelbagai rupa. Mampukah aku bertahan? Atau muntah je kat situ? Atau nak skip, mintak dentist lain yang handle? Mana boleh. Mungkin orang cakap takpe, lama-lama akan jadi terbiasa apa semua. Mungkin. Tapi kalau tak macam mana? Nampak tak ketidak'positifan' aku kat situ?


Bukan sekadar check gigi, tampal, cuci dan cabut.

Pesakit ni macam-macam ragam. Aku tak boleh hadap orang cacat, syndrome down, genetic disease apa semua. Nak tengok tak boleh. Nak makan tak lalu. Tapi patient yang macam tu pun kena handle jugak. Tak masuk lagi yang penghidap AIDS datang nak dapatkan rawatan. Dengan muka berkudis mereput, ya Allah. Kuatkan semangat aku. Aku ada satu pengalaman masa dekat rumah atuk. Masa tu aku tengah makan nasi depan tv. Tengah seronok melantak tetiba keluar iklan rancangan realiti TV, 'Bersamamu' siarkan seorang remaja yang terencat akibat demam panas semasa kecil. Hanya mampu terlantar pakai pampers. Terus aku muntah kat situ. Teruknya aku.


Satu lagi pengalaman lagi masa umi dan abah pick-up aku dekat universiti. Singgah dekat R&R. Masa beli makanan,aku ada nampak sorang budak India yang nak kata syndrome down tu bukan, tapi dia macam ada masalah genetic. Cakap pun sengau macam tu. Struktur muka dia macam tak berapa betul. Bayangkan budak tu makan meja depan aku. Nak lari memang tak boleh sebab tengah makan. Sekali tadi je masa beli makanan aku tengok dia. Masa makan tu aku tunduk memanjang sambil makan. Langsung tak tengok depan, dongak pun tengok arah lain, kaburkan mata. Heh, pandai pulak. Bakso yang aku makan langsung tak habis dek rasa lain macam je. Terus tak ada selera. Umi dengan abah tengok je kat aku then senyum memanjang. Memang dorang dah sedia maklum dengan perangai aku yang alah dengan benda-benda macam ni. Bukan aku nak jijik dengan ciptaan Allah, tapi memang aku tak boleh dengan benda macam tu. Bukan aku yang mintak semua ni. Aku sedih dengan nasib diri. Lantas hatiku menjerit, macam mana nak jadi dentist ni?!

Bersambung...