Friday, July 26, 2013

Hidup Dalam Kenangan

Assalamualaikum 

Hi there. Hi there *sengih mintak penampar* Hehee. Humm, yeah yeah aku tahu aku kena study sekarang. This week ada tiga tests. Lek ah. So now aku sensorang dalam bilik. So noob rasanya tetiba rasa macam forever alone. Roomies ada yang balik, ada yang hang-out. Kawan semua balik. I just decide to stay pickled in this room and now starting my monologue in this awesome blog. Pehh.

Hmm, hari ni rasa sangat penat and restless entah kenapa padahal bukan study sangat pun. Maybe lebih tidur kot buat badan rasa lemau dan kepala rasa pusing semacam. Nowadays seriously aku banyak sangat minum air and rasa macam selalu je nak makan. Maybe tanda-tanda kot. Haha. Pleaseee, this is Ramadhan. Kalau rasa tak nak datang pun takpe. Malas nak ganti. Hihi.

Hmm, I love reading the other's blog sebab sedikit sebanyak bagi aku pengetahuan and sometimes let me know about something new. I mean kinda social stuff sebab aku ni bukan lah seseorang yang suka keluar bersosial pun. Jangan tak percaya because I tend to stay in my room for ages. Serius tak tipu. Jangan cabar ai. Ni baru je lepas stalk blog Nurulbadiah Lai dan sangat terinspirasi lepas baca entri ni semalam. Antara blog best ialah, blog Irene Nadia, Fatin Liyana, Fatin Suhana, Maria Elena, Peti Suara, Dena Bahrin, Farah Lee, Yuyu Zulaikha bla bla bla. Suka baca blog dorang. Hehee. Kalau korang ada blog best untuk dibaca dipersilakan suggest dekat ruangan comment ye.


Kekadang kita ada juga stalk someone yang kita tak suka sebab dia buat hidup kita rasa tak best contohnya blog perampas kekasih kita *macam kasar bunyik nyer* or even blog ex kita kan. But now, aku dah stop buat semua tu sebab aku rasa, buat apa nak sakitkan hati sendiri kan. Lebih baik kita tak payah ambik tahu pasal mereka and just simply move on. I admit selama ni aku hidup dalam kenangan. Tapi sekarang macam perlu sedar lah sebab orang yang kita hidup bersama dalam kenangan tu rupanya tak pernah kisah pun tentang kita. They already move on far away even earlier. Mereka dah pun ada pengganti and live happily already. Kadang bila ingat balik sedih juga. Tapi sampai bila nak biarkan diri berduka dan hanya menyaksikan dia ketawa bahagia. Myself also need such kind of bahagia. Dah lama sangat hidup dalam kenangan. This is the right time. I guess it is better to be late than never. I need to be a new Zetty. Zetty yang baru dan ceria, seorang yang dah tak ingat apa yang berlaku dan pernah terjadi dahulu. Tak ingat kenangan itu. Tak hidup di situ. Kena hidup dalam realiti bukan fantasi. Move on. Kerana aku berhak untuk bahagia. Kerana aku berhak bukan untuk dia. Mungkin perlu buka peluang untuk orang itu pula. Memang silapku membazir masa hidup dalam kenangan bersama dia. Sedangkan sebenarnya dalam kenangan itu dia hanyalah bayangannya. Cukuplah. Tapi bukan aku yang mintak semua tu. It was sincerely I can't loosen my grab of it.

Ehh, tetiba layan perasaan. Hmm, apa pun. I need to wake-up now and face the reality. Heii, bumi selalu berputar, masa selalu berjalan. Buat apa hidup dalam bayangan. Think of the future. Kita bergerak ke hadapan, bukannya ke belakang. Yang semakin dekat ialah masa hadapan, yang semakin jauh semestinya kenangan. Biarkan ia berlalu, biarkan ia pupus kalau itu semua hanya mampu menyakitkan hati. Cari bahagia, teruskan hidup. Inshaa Allah.

Husnudzhon. Maybe the true him didn't pick me up yet. Maybe he is preparing himself, or simply maybe it is not the right time.


Thursday, July 25, 2013

Mood Happy

Assalamualaikum 

Mood tengah happy sebab baru je beli power bank online. Inshaa Allah by next week parcel sampai ke tangan. Tak lama lagi my dear iphone ada teman untuk bermanja. Heheee. Ohya, by next week juga iphone akan sampai ke tangan. Dah seminggu hantar ke Shah Alam untuk baiki skrin. Bila dah dapat power bank nanti aku buat review ya. I hope semuanya baik-baik belaka sebab dah survey berapa hari dah untuk beli the best power bank.


Minggu ni tak balik rumah sebab next week ada tests and sebab nak terus balik next week cuti panjang untuk raya. Sadly, raya keempat dah kena datang balik. Baju raya pun tak beli lagi ni. Ehemm. Semalam kan, kita pergi outing dengan besties. Enur dengan Laila. Sewa kereta untuk temankan dak Laila beli tiket balik Kelantan. Pas beli tiket, pergi serbu Apple Authorised Reseller tengok-tengok item yang ada then terus pergi Mekdi untuk beli juadah berbuka. Hahh, tang ni part paling best. Pergi Watsons! Ahh excited lak nak citer. Okay, Watsons and Guardian ni tempat paling aku suka pegi. Lepak kat situ pun takpee. Pergi untuk beli stok supplement Evening Primrose Oil Blackmores je sebab dah lama planning nak beli. Nanti cukup sebulan consume aku buat review and citer apa itu EPO, kebaikan, effect yada yada. Balik tuu, singgah bazaar dekat Permint kejap beli ayam madu favourite. Then terus balik berbuka kat bilik. Penat wohh. Tapi berbaloi lah kan sewa kereta instead of naik prebet sapu. Enur yang drive gilir dengan Laila. Harapkan aku bila lah khennnn. Lesen pun tarak. 


Besok ada lab Physics, Kimia dan Biology. Need to prepare mental and physical untuk buat lab and untuk buat report after that. Arghh, stress.



Haa, EPO.


Sekian sahaja.

Puasa Ke-13

Assalamualaikum 

Sekarang going to do Physic's lab report. Semalam kan bukan main lagi kita turun training netball sampai habis sakit-sakit badan. Release tension main sungguh-sungguh sampai puas hati. Hmm, maybe last time turun training kot sebab segala jenis sukan ball ni macam tak ngam dengan aku termasuklah basketball. Next sem nak drop both of 'em. Takde talent *insert crying here*. Sanggup turun main sampai tak hafal pun surah Yassin sedangkan besok harinya ada hafazan. Hari ni, awal pagi tuu masuk kelas then hafal kejap dengan Mirah dalam berapa minit je. Alhamdulillah, boleh hafal dan tasmik dengan baik depan ustazah. Heee.

With Ainur

Hari ni Isnin so, teramatlah letih. Tambah pula ada kawad Kesatria. Memang menguji kesabaran insan yang sedang berpuasa ini. Kawad seronok bila dapat buat dengan betul tapi sangat tak seronok time kena marah. So, I decided to do training. Takkan muka yang sama ni je asyik wat silap. Malu jua diri ini.


I'm in the mood of surveying power bank for my dear iphone. Bolehla buat stand-by battery phone time raya nanti. Hee. Rasanya dah takde apa kot untuk kali ni. Sekian sahaja.