Friday, May 24, 2013

Talking About Crush

Assalamualaikum 

Am I supposed to have a crush? At this age sure I do have one. Tapi betul ke just one? Err, banyak kot. Kira this one ni special lah sikit kan. Dia punya rasa tu lain sikit lah kot. Anyway, tak kisah la. Crush je pun. Nak kata cinta bertepuk sebelah tangan pun tak sebab it’s not that saya dan dia bercinta! Just, suka dalam diam. Dia tak tahu. Just me and Allah je tahu siapakah gerangannya. Rahsia kami berdua. Heheee.


Berdosa ke bila suka kat seseorang? Tak. Sebab ni kerja hati. Tak ada siapa boleh kawal. Soal hati dan perasaan ni, complicated. Let’s say kalau awak dah kahwin then awak tersuka kat seseorang. Berdosa ke? Tak. Tapi mohon jauhkan lah perasaan tu. Dah ada suami. Alihkannya dan fokuskan pada suami. Okay, ini contoh je.


Hmm, satu lagi contoh. Kalau awak sorang laki then awak ada 3 orang isteri. Awak dah berlaku adil dalam semua perkara. Tapi awak sayang dekat isteri nombor dua lebih dari isteri-isteri lain. Takpe, adil tak boleh diambil kira kalau dalam soal hati dan perasaan. Memang tak boleh. Nak buat macam mana dah awak sayang isteri nombor dua tu lebih.


Hati kita ni memang selalu varies. Kejap suka dekat orang tu, orang ni. Tapi ingat, hati kita ni milik Allah. Hati si crush tu pun milik Allah. Jadi, sekiranya saya berhajatkan untuk memiliki hatinya maka saya mestilah meminta dan berdoa kepada pemilik mutlak hati tersebut. Dialah yang mencampakkan rasa suka saya kepada seseorang dan Dia lah juga yang berhak mencampakkan rasa suka kedalam hati seseorang untuk menyukai kita. Bila mana ‘kun faya kun’ kata-Nya maka jadilah.

Sebenarnya, saya pernah tak suka pada seseorang. I mean, dia sukakan saya tapi saya takde perasaan tu buat dia. Bukan benci ke apa. Tak sama sekali. It’s just saya tak boleh balas apa yang dia rasa. Saya dapat rasa dia betul-betul sukakan saya. Perasaan dia tu kuat, saya tahu. But then masa tu banyak yang saya fikir. Saya baru je masuk universiti. Baru setahun jagung. Macam tak relevan lah nak fikir soal ni. Dia berundur dengan rendah hati. Saya rasa bersalah.Tapi, saya rasa it’s okay. Kalau ada jodoh takkan kemana. Then you know what? Allah tu maha kuasa. Satu malam saya mimpikan dia. Bangun je tetiba hati saya macam ada satu perasaan sayang, suka dekat dia. Lantas saya beristighfar. Subhanallah, Allah maha kuasa. Dia mampu campakkan perasaan suka tu dalam hati saya sekelip mata. Saya tercelik dengan kebesaran Allah. Amat mengagumi.


Allah knows which is the best for me. Dia yang menentukan. Baik pada-Nya maka baiklah buat saya. Jika buruk pada-Nya sudah tentu buruk buat saya. Hati ini milik Allah.

Sekian.

6 comments:

Zehan Ilyana said...

crush..
hm..
betul cakap awak, kadang2 bukan kita2 ni nak ada crush.
semua kerja hati.. hehe
:)

Farah Deeba said...

Love your post Zetty. Hehehe.

alif azmi said...

thank you very much...dh tahu skrng mne yg salah mne yg btul...

IU Milan said...

i have a crush... but he doesnt know that. huhu.

Anonymous said...

ai pun ada crush. guys next door. dapat rasa dia pun crush dgn ai. setiap kali terserempak, mata kami memandang dalam mata masing-masing secara spontan walaupun ada orang lain kat situ.

unfotunately, im married. :(

-Lil Sis-

Encik Belemoih said...

sy pn pnh suka dkt someone.. tp dia x suka dkt sy.. sobs.. :/