Wednesday, May 22, 2013

Asasi Sains UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum 

Sebenarnya rasa macam tak layak sangat nak buat entry ni. Tapi, for the good sake of adik-adik juniors sekalian, your sister ni sincerely menaip. Maaf atas segala kekurangan. Huhuu. First of all, tahniah kerana dapat kat sini. PALAM best, serius. Pagi-pagi berkabus. Rasa macam duduk Cameron Highlands pun ada. Kekadang confuse duduk kat London ke Malaysia. Okay, itu tipu. Untung korang dapat. Mesti pergi tauu. UiTM Puncak Alam merupakan kampus UiTM terbesar. Tak lama lagi akan jadi kampus induk menggantikan UiTM Shah Alam. Sekarang ni masih dalam pembinaan. Asasi Sains ramai pelajar perempuan berbanding lelaki. Lelaki ciput je. Asasi Kejuruteraan memang pelajar lelaki ramai. Perempuan pula yang ciput. Ohya, bangunan tinggi-tinggi tu semua ada lift jangan risau.

See? Berkabus. Ni bukan awal pagi dah ni. Kalau awal pagi kabus dia lagi tebal tau.

Dekat atas bukit tu kolej kediaman anda. From there nampak kan tangga kejayaan tu? Yang bulat tuu KKPR.


Senja.
Pemandangan waktu malam. Memang cantik.

Pendaftaran

Masa pendaftaran pakai baju kurung atau pakaian yang sopan. Pastikan bawa segala dokumen yang diperlukan. First week start after pendaftaran maka bermulalah minggu orientasi iaitu Minggu Destini Siswa (MDS) selama seminggu. Sepanjang minggu ni makan you all akan ditanggung. Nanti kan, ada kena bawak baju kurung putih untuk MDS. Guna baju sekolah pun takpe sebab sekali tuu je nak pakai untuk sesi perasmian. Tudung nanti korang akan dapat tudung UiTM warna ungu. Cumanya perlu cari kain warna hitam je. Baju warna putih lengan panjang pun kena bawak kalau tak silap kan? Tu untuk sesi riadah time MDS. Tapi seingatnya akak *okay tetiba rasa tua bila bahasakan diri ni akak* tak bawak pun. Pakai shirt biasa je. Kalau boleh bawak la sehelai. Takut memang kena pakai nanti batch korang.

Tangga

Kat sini ada sebuah tangga yang mempunyai 250+ anak tangga menghubungkan kolej kediaman kat atas bukit dengan fakulti kat bawah. Tangga dia sangat scary. Kuruslah korang. Haha. Tapi jangan risau kalau tak larat atau tak nak guna tangga boleh naik bas RapidKL. Kena bayar RM1.


Tangga PALAM.


Kolej Kediaman

Kolej Kediaman lelaki dipanggil Angsana, perempuan dipanggil Rafflesia. Akak dulu dapat R2 tingkat 5. Jangan risau sebab ada dua lift. Rumah dia best ala-ala apartment. Satu rumah ada empat bilik, and satu bilik ada dua orang sahaja. Each room will has two study tables, two single beds and also two lockers. So masing-masing akan ada study table, katil dan locker. Your table will be slightly big so senang nak selerakkan buku. Haha. A house will have one bathroom and two toilets. Ada ampaian kecik dalam kawasan tandas tu. Sink ada dua and sedikit ruangan untuk letak your stuffs such as shampoos etc. Boleh jugak basuh baju kat situ. Ruang tamu ada satu tapi kecik je. Ohh, btw takde pantri atau dapur.a Kampus baru sooo barang semua baru.



Electronics

Nanti datang sini bawak extension tau. Senang nak pasang banyak plug dalam satu masa. TV memang tak boleh bawak. No rice cooker also. Iron, electric kettle, hair dryer, printer, hair straightener, scanner, vacuum yang kecik tu, boleh bawak tapi each of them mesti didaftarkan and RM10 each setiap semester. So pandai-pandai lah bajet. Charger phone dan laptop dah RM20. Hahaa. Akan ada masanya nanti bila you all kena register all those appliances dan kamu akan dapat sticker untuk ditampal pada barang-barang kamu. Tapi rasanya akak tak register pun. Hehe.


Dobi

Setiap kolej akan ada bilik dobi, surau, bilik belajar di tingkat 1. Dobi, sekali basuh RM2. Boleh masukkan duit syiling dan sekarang dah upgrade boleh guna wang kertas. Ada dryer, pun RM2 untuk sekali basuh. Tapi nak jimat boleh pilih masa basuh sendiri. Weekend kat dobi kamu kene beraturkan baldi berisi baju tersebut so pandai-pandailah choose masa untuk membasuh okay. Hehe. You yourself have to put your laundry in those washing machines and take them when they've done washing. Kat bilik belajar ada TV so bila free and rajin boleh la pegi tengok. Akak pernah tengok sekali je, tu pun masa ada perlawanan bola.

Roommate

About roommate, boleh janji datang dan daftar sama-sama. Mintak sebilik. If rezeki dapatlah duduk sebilik atau serumah. Tapi bukan booking untuk kawan la. Just datang and daftar sama-sama. Kalau batch akak yang lepas, hari pertama masuk je melepasi pos polis bantuan, sepanjang jalan akan di guide oleh para fasilitator sehingga lah waktu pendaftaran dan serah kunci. Masa tuu agak leceh la. Kena berhenti kat sana-sini punggah barang then kena naik guna bas UiTM sekali dengan mak ayah. Penat wooo first day. So, sila lah bawak family ramai sikit untuk memudahkan urusan mengangkut barang. Akak dulu dapat roommate memang random tak berpakat pun. Dia dari Negeri Sembilan. Dalam rumah akak dulu memang kelapan-lapan orang datang dari negeri berbeza. Sangat best. Boleh make new friends. But then, roommate tu pindah sebab dapat tawaran ke UK. Tinggal lah akak sensorang. Lama tu, baru dapat roommate baru tapi pelajar diploma yang sama umur. Second sem menyendiri lagi sebab budak diploma duduk kat bangunan lain. So, bilik dapat kat akak sorang. Best oh.

Kafe

Kita panggil dia ni Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR) or KKPA for Angsana. Ada dalam 4,5,6 cafe. Makanan murah-murah sangat dan sedap. Banyak pilihan. Dalam sehari ada laa dalam RM10 buat belanja makan. Kalau tak boros boleh jimat lagi tau. Kat Rafflesia ada Is Mart. Angsana ada Mini Mart. Surau kat tingkat atas, gymnasium, bilik belajar dll. Di sini ada kemudahan internet, wireless or wifi so no hal nak surfing kat sini sambil makan. Mini Mart pulak kind of kedai runcit la. Nama pun mini mart. You can buy baldi, extension, LAN wire, sabun, berus gigi, air kotak, air mineral, maggi dan sebagainya here. Roti pun. Makanan macam bebola, hotdog pun ada tau. Biasanya akak beli masa lewat terkocoh-kocoh nak pegi kuliah pagi-pagi time tak sempat sarapan. Nanti dah masuk sana pegilah tengok sendiri. Please noted barang kat sini mahal sikit. Dulu masa memula datang abah ajak pergi pasaraya borong NSK dekat Pekan Meru. Barang murah sikit. Beli air mineral 500ml empat kotak. Sekotak ada 24 botol, baru RM8. Hambik kau. Air mineral okay bukan air RO. Ohya, bagi penggemar Cool Blog, dekat KKPA ada booth Cool Blog.

Kafe yang sangat luas, dua tingkat.

Riadah

Petang-petang boleh sewa basikal, boleh tanya dekat Unit Sukan/gymnasium kat KKPR. Akak pernah berbasikal sekali je. Masa turun bukit kemain seronok turun lajuuu je. Lepas tu time nak naik bukit sumpah tak nak cycling lagi. Bapak penat. Boleh jugak joging di lereng-lereng bukit. Dulu memang akan ada orang joging pepetang, pagi pun boleh. Main basketball or futsal pun boleh dekat court kat Padang Kawad. Boleh jugak nak menuruni tangga untuk ke kolam ikan yang famous belakang fakulti. Bawak roti bagi ikan makan. Serius banyak ikan keli serbu time bagi makanan. Seronok.


Dress Code

Monday is the corporate day dan wajib baju kurung untuk perempuan and guys, kemeja with tali leher. Hari Isnin lelaki tak boleh pakai jeans. Hari lain bebas. Student card nanti bila dapat make sure pakai sentiasa or at least bring together with you sebab pak guard bila bosan akan cari kamu-kamu yang tak pakai student card ni pastu saman. Hihi. So jadilah pelajar yang baik ye adik-adik. Hari-hari lain setakat ni no hal ikut suka kamu yee. Jangan macam nak pegi funfair or majlis pernikahan sudah. Biar bersopan dan tak menjolok mata. Girls, ouh please tak payah laa pakai over the top sangat kita kan pegi belajar bukan pegi fashion show. Tak payah laa pakai high heels bagai sebab palam ada 250+ anak tangga. Sakit kaki tanggung sendiriNak pakai jeans, slack, jubah, kebaya untuk hari Selasa Rabu Khamis Jumaat, setakat my batch memang takde hal. Cuma Jumaat mostly akan pakai baju kurung atau jubah. Tampak manis pada hari penghulu segala hari.



Transport

Kereta memang tak boleh bawak langsung. Tapi time nak keluar dengan kengkawan boleh je sewa kereta. Motor, setakat last batch still boleh, tapi tak pasti start bila boleh bawak tu. Biasanya ramai yang bawak waktu semester dua. Bas ada okay, untuk naik turun bukit from kolej kediaman to academic buildings or vice versa. RM1. Untuk ke Klang dan kawasan sekitarnya pun RM1. Pegi Shah Alam RM2. Klang and Shah Alam cari RapidKL U90. Klang nanti akan stop at Klang Sentral which is stesen bas, boleh beli tiket bas. Wajib tahu okay nanti nak balik Terengganu senang. Haha. Kita selalunya beli tiket bas Sani Ekspres or Mutiara Ekspress: RM45.50 sehala. Ada Giant area situ. Kalau Tesco kena lintas highway. Shah Alam ada Kompleks PKNS, SACC Mall, Plaza Alam Sentral dan lain-lain. From Shah Alam ada banyak bas untuk pergi ke kawasan lain pulak such as untuk pegi KL or Sunway. Nak pergi ke KTM Komuter pun boleh. Untuk ke Bandar Puncak Alam (ada pasar malam hari Sabtu dan Rabu rasanya) dan sekitarnya such as Econsave pun RM1. Cari RapidKL T600. Nak pegi McD depan PALAM pun naik bas, then kena jalan sikit, RM1 jugak. Tanya dengan pak cik bas tu nanti. Jangan malu-malu, nanti sesat jalan. Hehe.



Klinik

Dalam kawasan UiTM ada klinik dekat area sempadan kolej Rafflesia and Angsana. Free of charge. Weekend tutup. Weekdays until 5.00pm sahaja. Lunch hour 1.00pm until 2.00pm. So kalau demam or pape sila ke klinik ya.

Internet

Di bangunan akademik akan ada wifi, dalam lecture halls or tutorial classes, laboratories, complete wifi zone semua. Inclucing at KKPR. Kolej kediaman takde wifi but in each room akan ada LAN. So, bring together your LAN WIRE untuk connect your laptop or desktop dengan internet. No modem internet. Broadband boleh bawak sendiri takde masalah sebab internet guna wire LAN kekadang disekat lah apa lah. Tak pasti la slow or laju for celcom /maxis/digi.


Laptop

As for me laptop bukan lah keperluan but yes, untuk ease your work and yourself as nanti akan ada kerja online. Assignment Chemistry adalah secara online yang dipanggil mastering. Untuk subjek lain atas tutor/lecturer masing-masing. Batch akan datang wallahu'alam. But then, nak buat lab report, mesti nak research bagai dan bila belajar mesti nak cari maklumat lebih bila tak faham, so it's kinda important. Tak compulsory. 45% important. Tapi ada je boleh hidup without laptop, cemerlang je pun. Lagi cemerlang kot. Akak memang memanjang bawak laptop. Lagha pun ada sebenarnya sebab asyik buka Facebook. Perangai tak comel tu.

Perpustakaan

Kita panggil PTAR (Perpustakaan Tunku Abdul Rahman). Kat kawasan PTAR ada computer lab untuk student, boleh guna, tapi kena ada student card. So kalau tak bawak laptop boleh buat kerja online anda di sini. Boleh pinjam buku jugak. Biasanya lepak sini lepas lecturer English suruh buat research masa sem dua. Tajuk research boleh pilih sendiri. Batch akak buat pairing.

Elaun

Untuk pelajar asasi setakat batch kami, Kementerian Pengajian Tinggi ada sediakan elaun,
mengikut semester. RM1960 in total termasuk elaun bagi tempat tinggal dan yuran setiap semester. Nanti korang akan buat perjanjian dengan Kerajaan Malaysia. Elaun untuk semester pertama agak lambat so kena guna duit sendiri dulu.

Subjek

Untuk Asasi Sains UiTM based on tahun akak, 2012/2013. Mungkin batch kamu akan ada perubahan di mana-mana bahagian. Ada empat subjek asas iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia. Dan jugak English dan Agama. Don't worry, English and Agama ni tak susah sangat pun, tak membebankan.

Textbooks

Setakat batch 2012/2013, Fizik, Biologi dan Kimia semua buku Pearson. Nanti bila MDS ada orang akan explain, or nanti lecturer akan bagitau, don't worry. Sebab kalau akak nak bagitau takut tahun kamu ni, dia tukar pakai textbook lain pulak. Sebab batch kami dan batch before us, buku teks lain-lain. Mathematics, we all pakai matriculation books as reference. Tapi mostly bergantung pada lecture notes. Certain topics je belajar, bukan semua topik dalam matriculation books tu akan dipelajari sebab syllabus kita dengan matriks lain. English dan agama pun nanti ada textbooks. Secara keseluruhan semua subjek ada basic SPM tapi you'll be learning further and more details on each subject. Best tapi mesti alert from semester satu. Jangan main banyak sangat macam akak hehehe. Kena alert dan pandai membahagi masa dan arrange your strategy. Serious ada orang kecundang SPM, Asasi Sains slumber je score 4.00. Yang excellent SPM pulak fail asasi. *terasa*


Lecture Classes

Hari-hari ada lecture, 1/2 hours per each subject. Maybe ada 2-3 kuliah per day. Kekadang lecturer akan bagi kerja or task, depends atas your lecturer. Presentation maybe? Assignments pun ada, depends. Kedatangan adalah wajib. English dulu ada 6 hours per week, lecture sahaja dan ada presentation, assignment. Agama 2 hours per week, ada assignment dan presentation.

Tutorial Classes

Satu jam per subjek, every week ada empat kelas. Masa untuk discuss tutorial and tanya your tutor about benda yang tak faham or anything. During tutorial, ada kuiz. Atas tutor masing-masing, ada kuiz mengejut, ada yang dia akan inform kamu dulu. Ada markah and it's important! Sebab akan diambil kira for your carry marks. Try to score to the fullest walaupun full mark dia sepuluh je or whatever sebab benda-benda kecik ni lah will help you. Kehadiran adalah wajib.

Kelas tutorial. Kat depan tu bukan lecturer yee, student. Yes, kamu kena jawab soalan dekat depan and explain sampai kawan faham.


Laboratory Practical

Physics, Biology and Chemistry. 2 hours. Lab sejuk serious akak selalu tak tahan akan kesejukan tersebut. Nasib baik ada lab coat. A day before buat lab kamu kena buat jotter for Biology and Chemistry. Nanti your lab instructor akan explain. Eksperimen macam zaman sekolah cuma lab report buat sendiri. You can ask your lab instructor for guidance tapi better buat sendiri dulu then pegi tanya kat lab instructor kamu how's you report, and you can change/edit lab report tu dengan his/her suggestion dan submit before due date. Lab coat nanti boleh beli dengan UiTM, RM45 kalau tak silap setakat batch lepas. Kalau dah ada tak beli pun takpe. Oh ya, lab report ada markah, ada part in your carry marks so mesti buat elok-elok jangan main hentam je. Kehadiran wajib. Assumed as marks for all classes, labs, lectures.


Assignments

Based on my year, mungkin tahun kamu lain ye.
Chemistry: Online assignment yang dipanggil mastering. Ada markah, dan dikira untuk carrymarks.
Physics: Tutor bagi, jawab and submit. Kekadang ada mastering.
Biology: Depends, zaman akak setiap kelas berbeza.
Mathematics: Emmm. Takde kott.
Agama: Ada, nanti lecturer terangkan. Kami hari tu kena hafal surah al-Mulk 1-15 (first sem) dan surah as-Sajdah 1-15 (second sem). At least takdelah belajar hal keduniaan je kat sana nanti. Seriously kelas CTU paling best.
English: Ada term paper/buat research untuk second semester. Ada online quizzes for both semesters. Biasanya posted dekat I-Learn Student Portal. Pape hal don't worry, lecturer dan tutor akan terangkan segalanya.


Examinations

You'll be having two tests per semester. And final examinations. Test sila score, penting penting penting. Tests contribute untuk your carry marks. Kita takde mid sem exam, terus final masa akhir sem so setiap universiti adalah berbeza caranya. Dan final exam selalunya berganda susah daripada test. Tapi no hal kalau faham setiap apa yang dipelajari.


Carry Marks

Markah akhir nanti, I mean untuk menentukan pointer, 50% adalah daripada final exam dan the other half is taken from your carry marks. So together they make 100 in total. Carry marks adalah gabungan markah quiz, tests, lab report. Nanti first class/lab/tutorial/ lecturer/tutor akan explain.

Grading

76 and above adalah A. A means 4.00. Kalau nak pointer 4.00, Mathematics wajib A. Takpe nanti ada orang akan explain. Rasa macam too early if nak terangkan sekarang. Hehehe.

Bayaran

As for yuran, kami last year bayar before daftar, thru bank. Nanti akan ada panduan masa nak print borang pendaftaran so adik-adik jangan bimbang ye. Tahun lepas bayar dalam RM700+ camtu la untuk yuran. Yuran kolej about RM420 tapi bayar bila dapat elaun pun boleh. Pihak kolej akan cerita dengan lebih lanjut nanti. As for awal-awal ni, bawak RM500 cukup kot. You all akan ada sesi orientasi masa first week, we call it Minggu Destini Siswa(MDS), makan depa tanggung masa tu, cuma minggu pertama start belajar, duit yang banyak tu pakai nak beli buku lah. Lepas tu nanti makan korang kena belanja sendiri. Sebab tu kita dapat elaun.


ATM Machine

Dekat KKPR ada satu, Bank Islam. CIMB tak sure, maybe boleh guna yang tu jugak. Agro bank ada dekat fakulti. Mostly foundationers guna Bank Islam sebab elaun masuk thru Bank Islam. Dan bawah dekat food court ada dua, satu mesin deposit. Dekat FSK 7 ada satu.

Ko-Kurikulum

Nanti korang kena kumpul kupon. Biasanya setiap program atau ceramah ada sediakan kupon. Grab it sebab adakalanya kupon adalah terhad. Masa semester satu dulu memang pelajar asasi mendominasi setiap majlis. Huhuu. Lagi satu nanti korang kena pilih kelab. Banyak sangat pilihan kelab tapi jangan risau tak perlu aktif sangat sebab lecturer tahu nanti korang akan sibuk. Akak dulu jadi Timbalan Presiden Kelab Ping Pong. Perjumpaan hanya seminggu sekali. Every sem ada lawatan untuk each club.


Mentor-Mentee

Ada program mentor-mentee. Bukan rancangan menyanyi Mentor tu yee. Setiap kelas akan ada seorang mentor which is our lecturer. Mentor tu act as our papa or mama angkat. Mereka akan bantu kita kalau ada pape masalah. So, jangan segan kasi tau mentor anda ye. Setiap sem akan ada lawatan mentor-mentee. Sangat best dapat keluar untuk release tension. Masa sem satu kami berkelah dekat Ulu Yam, Selangor. Sem dua pulak dekat Gua Tempurung, Perak. Mentor akak alhamdulillah sangat best. Sir Megat Mohd Izhar Sapeli yang mana merangkap mentor/lecturer/tutor. Thanks sir for all the guidance and helps.


Supplementary Exam

Kalau masa final exam setiap sem korang fail satu atau dua subjek, korang kena ambik supplementary exam atau dalam bahasa mudah kena repeat paper. Kalau pass exam tu boleh teruskan asasi tapi kalau gagal anda akan dinasihatkan berhenti atau dalam bahasa kasarnya ditendang. So, jaga baik-baik dan jangan main-main. Fokus bebetol untuk setahun ni. Kalau tak, rugi sangat. Ni bukan nak takutkan tapi serious. Paling sedih lagi kalau ditendang, korang kena bayar balik elaun yang diberikan tu. Huhuu. Kalau pass asasi tak perlu bayar balik elaun. Masa masuk asasi semester satu jumlah pelajar asasi lebih kurang 3000+ tapi naik sem dua tinggal dalam 1000+ je sebab ramai yang kena tendang/bertukar/dapat tawaran oversea.

*****

Ada yang bertanya after Asasi Sains ni boleh buat Medic or tak, yes you can. Including Farmasi or Dentistry. In fact nak pegi Engineering or TESL sekalipun no problem. Cabang sains adalah luas, don't worry be happy. But once you pilih Asasi Engineering, awak tak boleh nak further course Science. So sesiapa yang tak tahu nak jadi Engineer or Doctor, Asasi Sains adalah pilihan yang tepat. Jangan risau, lepas asasi kat sini nanti korang boleh apply degree dekat universiti lain dekat Malaysia ni. Sebab nanti lepas asasi korang akan isi UPU sekali lagi untuk buat degree. Nak apply oversea pun boleh.

Ohya, last year, masa bulan puasa, ada bazar tau dekat padang kawad, ada stall jual makanan, okay lah jugak. Padang kawad tu, nanti time MDS, korang kenal la kat mana. Area kolej kediaman je pun.

Lagi satu pesanan, nanti duduk kat kolej sila hati-hati dengan charlie. Biasanya malam-malam ada. Haihh sangat seram untuk diceritakan sebab bahaya. Jangan sampai digigit charlie ya you all. Hahaha. Meremang bulu roma.

Lecturer, tutor, lab instructor yang akak dapat dulu semua best and they are willingly to help you in any way, sangat best. Boleh talk about future, tanya tentang pelajaran, bergurau senda bila yang sesuai. Lecturers of UiTM baik lah, pendek kata dan ramai lecturer muda.

That's all setakat ni. Pape hal nak tanya sila komen, I'll answer you setakat yang mampu. Hope this entry will help you, juniors. Tahniah atas keputusan UPU masing-masing, kalau tak suka, jangan mengeluh because He knows the best for you. He really knows. 

12 comments:

AinNawwar said...

wah. thankyouuu akak for this sharing. tp nawwar dapat uitm kuantan. dekat je. haha. asasi tesl. tp nak tunggu result maktab, doakan result ipg keluar sebelum dftr uitm please :3

Anonymous said...

Thanx akak,, penuh information :) sye dh tengok2 palam ary tuh.. hahah tangga dye seram.. nmpk muke akak2 lepas naik sume penat :)

Zetty Zuharizam said...

wahh tahniah nawwar. inshaa Allah doakan banyak-banyak tau dapat ipg. bukan senang nak dapat. heee. amin. nawal boleh punya :)

Zetty Zuharizam said...

samasama. uhuhh seram kan? memang semput sangat naik tangga tu.

Anonymous said...

Bagus dan banyak infor. Cuma nak tanya dalam kelas/lecture, guna 100% Bahasa Inggeris ke? Sy minat nak buat medik lepas asasi sains, berapa pointer yang paling minima boleh diterima? kawan kata minima 4.00 flat betul ke?

Anonymous said...

assalamualaikum kak. thanks sebab post akak sgt2 lengkap n membantu. sorry nk tanye, charlie tu apa? saya ni lurus sikit. memang tak faham bahasa-bahasa kiasan nih heheh..

Anonymous said...

Salam aleykum kak. Trima kasih for the info. Nk tnye untuk asasi kejuruteraan...kak tau x ape subjeknye? And also wajib ke dtg MDS ? Last ....kelas selain hri Monday boleh pkai jeans dgn bju T-shirt biasa ke?

Zetty Zuharizam said...

Anon: Thanks. Oh dalam kelas tu, depend on lecturer. Ada je lecturer yang campur-campur cakap bahasa melayu untuk kita mudah faham. Jangan risau. Pointer untuk buat medic, sebenarnya atas rezeki dik. Kawan akak, pointer 3.9 pun ada yang tak dapat. Rasanya pointer kena strong lah 3.8 above. Sekarang ramai yang dapat 4.00 so, yang 4.00 akan diutamakan.

Anon: Waalaikumussalam. Ya, sama-sama dik. Charlie tu, adik try google. Hehe

Anon: Alaykum salam. Sama-sama dik. Subjek asasi kejuruteraan akak tak tahu pulak. Maaf ye. MDS tu wajib. Sebab dekat situ nanti adik akan dapat banyak info dan kenal kampus. Kalau tak nanti sesat siapa susah? Haaa. Sebab kampus palam ni besar, akak pun pernah sesat walaupun pergi MDS tau. Huhu. Untuk baju, selain isnin, yes boleh pakai jeans dengan t-shirt. Tapi pastikan berkolar untuk lelaki

MH MY said...

Salam. saya pun student uitm p uncak alam jugak, hehe

Aisyah Rahmat said...

thanks for sharing kak, saya baru dapat tawaran asasi uitm dengkil,,saya harap asasi ni pilihan yang betul

sakura said...

Kakak. Betul ke waktu sesi MDS kena pakai tudung bawal je?

Zetty Zuharizam said...

MH MY: Wasalam. Hehe hai budak palam.

Aisyah Rahmat: Inshaa Allah betul

sakura: Yup dik betul hehe :)