Wednesday, April 17, 2013

Saya Dah Bersalin

Assalamualaikum ♥

Baby girl

Ceritanya, aku stay rumah nenek kat kampung sepanjang tempoh mengandung. Masa duduk ambik angin kat beranda dengan sepupuku yang masa tu turut mengandung, tetiba aku rasa sakit sangat nak bersalin. Sakit yang tak tergambar tahu tak. Perut memulas-mulas. Tak boleh tahan langsung dah rasa macam nak meneran je. Masa tu terus capai tangan Naimah, sepupuku tadi yang sama mengandung tuu. Tengok-tengok muka dia berkerut lain macam je. Lepas tu dia terjerit dah. Nenek aku terus keluar. Tak boleh nak buat apa. Bidankan terus kat situ. Alhamdulillah dia selamat melahirkan sepasang bayi perempuan.


Aku pula lepas tu juga nenek terus bidankan. Tak sempat dah nak pergi hospital apa semua. Baby memang nak keluar dah. Lepas lama bertarung maut akhirnya aku selamat melahirkan dua bayi kembar perempuan dan seorang anak lelaki. Kembar tiga! Patutlah perut aku besar semacam. Alhamdulillah bayiku semuanya sihat-sihat belaka. Sakit bersalin memang tak payah cakap la but once tengok je muka comel baby terus rasa hilang sakit tu semua. 



Time bersalin tu suami aku takde kat sisi pun. Dia kerja dan actually dia tak tahu pun aku mengandung. Maknanya dia tak tahu pun yang dia dah jadi ayah. Dia kerja oversea dan dah dekat setahun tak balik Malaysia. Tapi, bab nafkah selalu dia tak lupa. Hari aku bersalin tu dia balik. Masa tu aku dekat rumah bidan untuk mengurut. Suamiku ternampak dan terus singgah rumah bidan tu nak jumpa aku. Baby semua ada kat rumah bidan tu. Sebab dia yang tolong jagakan. Lepas tengok je suami keluar dari kereta perasaan sebak aku terus jadi menggila. Betapa aku rindukan dia sangat-sangat.

Saat dia hampiri aku, terus air mata turun tak henti. Aku peluk dia erat-erat. Tetiba rasa takut nak bagitahu yang aku mengandung dan dah selamat melahirkan. Perlahan aku bagitahu dia.

Aku: Abang, abang dah.. dah jadi ayah.
Suami: (Muka agak terkejut) Apaa? Hmm, okay.
Aku: Abang tak marah kan? Abang percaya kan yang ni anak kita?
Suami: Hmm, abang percaya. Abang tahu tu anak abang. Anak kita.
Aku: (Menangis) Abang, sayang rindu sangat dekat baby. Tapi bidan tak bagi jumpa baby lagi. Abah dengan umi pun tak tahu lagi pasal ni.
Suami: Kenapa tak bagitahu? Takut kena marah? Hmm, awak ni.
Aku: (Diam)

Suami mintak diri untuk solat maghrib dulu dekat surau sebelah. Tiba-tiba aku nampak abah. Dalam hati, mesti suamiku dah bertemu dengan abah kat dalam. Masa tu aku menangis lagi. Keluar dari surau aku nampak suamiku tunduk dan abah mendekati aku.

Abah: Awak ada nak bagitahu abah apa-apa tak?
Aku: (Diam)
Abah: (Berpaling dan berlalu pergi)
Suami: (Berdiri di sisi sambil tengok kelibat abah)
Aku: Abahh! Maaf kakak mengandung dan.. dah bersalin pun.
Abah: (Muka marah) Dengan lelaki tu? (Abah pergi)
Aku: (Terduduk sambil menangis)
Suami: Kita bincang perkara ni minggu depan (Berlalu pergi)


Aku kembali ke teratak nenek. Rasa rindu yang amat dekat baby-baby yang dijaga bidan sebelah kampung. Cemburu rasanya bila tengok Naimah pegang baby dia. Aku asyik termenung. Kadang-kadang dukung baby Naimah buat lepas rindu. Cium puas-puas. Baby girls Naimah kecik je. Comel bila dibedung. Rasa rindu sangat dekat babies sampai kadang-kadang aku rebut baby Naimah sebab rasa tu anak aku. Tapi sejurus kemudian aku kembali ke alam nyata. Tu bukan anak aku. Kadang-kala juga aku berlari ke rumah bidan yang jaga anak aku. Kataku, aku rindu sangat dekat anak aku. Tapi bidan tu bertegas aku tak boleh ambik baby sekarang. Boleh ambik minggu depan. Aku menangis, memberontak. Tetap bertanya kenapa aku tak boleh ambik anak aku sendiri. Tapi semua tu tak dilayan. Aku dah rasa macam nak gila. Give me my babies back!

***********


Okay, sebenarnya aku mimpi aku bersalin. Hehee. Macam tu lah situasinya lebih kurang. Korang tak faham kan? Aku lagilah tak faham. Aku single tak kahwin lagi okay. Tapi tetiba mimpi bersalin. Bersalin! Bukan mengandung je. Pelik sungguh. Sampai meroyan jadinya tak jumpa babies.

Best jugak kalau one day dapat baby kembar tiga kan? *berangan* Sekali mengandung je dah dapat tiga orang anak. Tak nak mengandung dah lepas tu pun takpe. Hehee. Comel pulak baby tu. Apalah petanda mimpi ni pun aku tak tahu. Cakap dekat umi tapi umi pun tak tahu. Mungkin mainan tidur. Tapi bila cari tafsirannya, ada maksudnya. Anyhow, aku takde la nak percaya sangat dengan benda macam ni. Tak percaya pun. Jom baca apa petanda dia.

Mimpi melahirkan secara umum pertanda akan mendapatkan kemudahan dan keuntungan. Anak kembar, selalu sebagai simbolik yang menggambarkan keuntungan yang akan diperoleh berlipat ganda, atau tanpa diduga akan melebihi dari apa yang sudah menjadi target kita. Namun demikian, kerja keras perlu dilakukan, apalagi kesempatan itu sudah terbuka.

Mimpi diberi anak kecil atau bayi dikatakan bakal memperoleh rezeki besar. Itu petanda kamu akan mendapat rezeki yang tak diduga.

Bermimpi melahirkan anak perempuan ertinya anda akan mendapatkan kemudahan rezeki dalam hidup.

Secara ringkasnya kalau mimpi mengandung atau bersalin tu akan dapat keuntungan atau murah rezeki. Tapi tak tahu lah kan. Tak boleh nak percaya sangat.


Wallahualam.

2 comments:

Mushi Mushi said...

Ahahaha..suspen habess..ingat betol tadi.zetty zetty.. xD

Miss EZ said...

haha da bce entry ni hmpir sme la kisah kte..tp x ingt mse tu baby girl ke boy..tp yg pasti da smpai tahap berpantang..aku blum kahwin lg kot..muka laki tu plak mmg nmpk..aiyooo...kelakar jgk ble teringt blik...agknye sbb siang2 main ngn baby tu smpai terbawak2 dlm mimpi..