Saturday, April 20, 2013

Kenduri Tahlil

Assalamualaikum ♥

Gemuknya engkau!


Sejarah betul lah hari ini. Aku makan 5 pinggan nasi. 5 pinggan! Dahlah lauk semuanya tinggi kolestrol dan berminyak. Oh nooo! 

Ceritanya hari ini keluarga sebelah umi buat kenduri tahlil sempena hari ke-40 nenek tiriku allahyarhamah Che Esah pergi menghadap Ilahi. Tokki pun ada. Alhamdulillah tokki sihat dah. Boleh berjalan dah walaupun menggunakan tongkat. Rasa bahagia sangat tengok muka tokki yang berseri-seri dan gembira. So, seekor lembu telah ditumbangkan kelmarin. Sepatutnya semalam lagi Ayah Por suruh kami semua datang awal sehari tapi disebabkan dekat kawasan perumahan kami pun ada kenduri so terpaksalah datang hari ni. Dah bila family sendiri yang buat kendurinya maka kuasa melantak memang ada di tangan kami. Aku apa lagi. Adalah dalam dua pinggan. Sesi pertama time baru sampai. Sesi kedua time nak balik. Bayangkanlah makan gulai daging yang penuh berlemak tu. Dagingnya sedap. Bantai habis sambil borak-borak bersama sanak-saudara. Masa aku sampai tu orang masjid dah balik semua. Agak lewat la.


Tak cukup dengan tu lepas makan sesi pertama Mak Ela pergi pulak beli pisang goreng dengan keropok lekor. Hahh, apa lagi? Kau ingat aku tengok je ke? Mesti la on sekali lagi kan. Teruk sungguh. 
Selesai makan dan bersalaman tiba masanya untuk balik. Mak Ela cakap aku dah berisi! Hari tu masa sakit kurus kering. Lepas je berubat kat Darussyifa’ nafsu makanku terus menggodak gila. So, gemuk la aku sekarang. Tak sanggupnya! 

Zoom sikit. Nampak tak dia punya kecomelan muka bulat tu. Padan muka dah gemuk. Kan dah cakap dah!

Balik tu, Mak Teh dengan anak-anak dia ikut sekali balik rumah aku pasal abah ajak makan kenduri dekat taman kami malam ni. Kenduri gulai ayam kampung. Masa sampai kat rumah tu time maghrib. Usai je solat umi unpacked gulai daging dan nasi kabuli yang Ayah Por bekalkan tadi. Tak lama tu datang pula Pak Wan dengan Mak Ngah bersama Za’im dan si kecil Ilyas. Langkah kanan lah dorang boleh makan nasi kabuli. 


Sedang Pak Wan berbual dengan abah sempat juga aku join sekali. Disebabkan aku ni buta pebenda tu nasi kabuli, dengan ngengadanya aku mintak dengan umi nak makan sekali. Perghhh, sedap kot. Banyak pulak aku makan kat situ. Aku pernah dengar nama nasi kabuli tapi tak pernah merasa.

Lepas siap bincang dengan abah, Pak Wan pun beredar. Kitorang pun memang kena pergi makan pulak ni. Tadi Pak Mat dah sound masa balik dari surau suruh pergi makan. Dalam hati aku tadi, takpela makan nasi kabuli yang sedap ni banyak-banyak. Eleh, apalah sangat gulai ayam kampung. Mesti tak sedap mana. Boleh la aku ambik sikit je nanti. Yang penting makan nasi kabuli yang sedap ini puas-puas.


Mak Teh tidur kepenatan. Dia mengandung. Sepupu-sepupu cilik dah berlari pergi makan dengan umi semua. Aku pun turut pergi dengan langkah yang malas. Sampai je sana aku tak makan lagi. Borak dulu. Kenyang lagi lah. Tak lama tu, tergoda pulak nak merasa bila tengok orang lain kemain lagi makan. Memula tu pergi senduk sikit. Sekali makan, wahhhh! Memang kena betul dengan sambal lada Cameron, ikan kering dan acar mentimun. Time tu serius rasa menyesal makan nasi kabuli tadi. Sedap gilaaa weh aku tak tipu. Dia punya ayam kampung yang aku sangka mesti liat tahap boleh baling dekat ex engkau tu rupanya punyalah lembut. Memang sedap. Disebabkan kenduri pilihanraya ni pun boleh makan tanpa syarat, so dengan ini kat tempat ni saja aku rembat dua pinggan. Tapi macam tadi la ada dua sesi. Sesi baru datang dengan sesi nak balik. Lepas je makan tu, terus perut aku memboyot macam orang pregnant anak sulung. 


Tu laa umi cakap ni makan ikut mulut lah ni. Tengokla nanti badan macam mana. Jadi gemuk macam Adila anak Mak Ela tu nanti baru tau. Wuuu jangan umi. Sumpah umi. Hari lain kontrol makan. Waaaaaa, tapi aku selalu lapar cemana ni. Okay Zetty, makan after pukul 9.00 malam is forbidden. Kena makan ikut masa.


Balik je rumah tu, masa jalan kaki tetiba mindaku ter’imagine’ bertempek-tempek lemak kat badan aku dan aku rasa badan dah berat semacam. Nak jalan pun malas dan tak larat. Oh nooo!

Marilah bergambar dengan kakak yang gemuk ni adik-adik.


Anak sepupu.

No comments: