Friday, April 26, 2013

Hukum Merokok Makruh Atau Haram?


Soalan Dari Hamba Allah:
Saya mohon bertanya, apakah hukum merokok? Apa hukumnya sekiranya saya menghukum perbuatan merokok itu makruh, sedangkan saya tahu merokok itu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan. Apakah itu dikira haram saya menghisap rokok?

Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus: 
Menurut pendapat mazhab Shafie, hukum menghisap rokok itu makruh. Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan sakit, maka hukum makruh itu berubah kepada hukum haram.

Dari sudut pembaziran, ada dua hukum. Pembaziran yang melampau batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut dalam Al-Quran sebagai saudara syaitan.
Pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya dan tidak termasuk saudara syaitan.



No comments: