Monday, April 22, 2013

#Part 1: Asasi Sains UiTM Puncak Alam


Assalamualaikum ♥

Mesti cam boring je kan bila tengok tajuk tu? Haha. Takpe, layan je beriban gambar kat bawah ni nanti. Well, pictures speak louder than words kan? Jangan bosan-bosan. Nanti cepat tua *eh* Aku sendiri pun macam dah blur macam mana nak buat mukadimah ni.

Okay, program Asasi Sains ni basically mengambil masa selama setahun atau 2 semester. Kiranya ni merupakan laluan laju atau fast track buat pelajar lepasan SPM untuk buat Ijazah Sarjana Muda nanti. Jimat masa lah. Masa duk kat sini seriously talking, memang kena fokus pada pelajaran 100% ye. Kecuali lah korang ni insan-insan genius yang makna kata kalau tidur dalam lecture hall pun tak jadi masalah. Still boleh dean list. Serius, agak susah la asasi ni. Bayangkan, benda yang sepatutnya belajar dalam masa 3 tahun di'compile' kan untuk khatam dalam masa setahun. Scary kan? Haha. Tapi takde hal, janji rajin dan tak suka bertangguh. Kalau rasa lambat pick-up or tak boleh belajar secara rush, frankly speaking ambik la diploma awal-awal. Diploma pun okay apa. Masa je panjang sikit. Tapi graduan diploma nanti sebenarnya lagi mahir dari lepasan asasi tau. Sebab mereka tahu banyak benda dan banyak praktikal berbanding lepasan asasi yang belajar teori. Tu lecturer Fizik aku yang cakap lah.


Ahhh, panjang pulak mukadimah aku. Okay, macam biasa memula masuk tu kena daftar then diberi kunci bilik, kunci rumah a.k.a apartment. Ehekk, mengada. Then bermula lah Minggu Destini Siswa (MDS). Korang tahan je lah kalau kena torture tu. Bukan selalu pun kan. Anggap jelah benda tu fun macam makan ice-cream. After habis MDS korang akan rasa sangat bebas macam sang burung yang baru keluar dari sangkar. Bermulalah kehidupan sebagai pelajar universiti. Kat sini sistem pembelajaran kiteorang ada lecture, tutorial dan lab. Ada jugak program mentor-mentee yang mana sorang pensyarah jadi ayah/ibu angkat kepada group korang. Mentor group aku best and sporting habis, Sir Megat Mohd Izhar Sapeli. So, taknak dah bual panjang. Jom, layan gambar!


 Minggu Destini Siswa 

UiTM Puncak Alam still dalam pembinaan. Cantik kan? 

 Mula-mula anda akan jumpa ini.


Pandangan dari Kolej Kediaman Rafflesia (R2).

The foggy Puncak Alam. Sejukkkk!

Dekat bus stop dalam fakulti.

My student card.

Bilik aku. Sebilik dua orang. Sangat selesa. Tapi tak lama tu roommate aku pindah ke INTEC sebab dia dapat tawaran buat degree in Law dekat UK. Miss you Farhana!

Kolej kediaman aku ada 7 tingkat. Lif ada dua jangan risau. Tapi kalau time lif rosak memang azab jugak lah. Aku duduk tingkat 5. Time turun memang takde masalah. Time habis kuliah nak kena daki tangga sekali lagi memang menangis penat. Haha.

Meja study yang besar dan luas. Habis bersepah meja aku. Extension bawak sendiri ye adik-adik.

First gathering schoolmates same university. Ramai sangat. Ni pun tak semua yang ada.

Group discussion dekat cafe Rafflesia.

Bekerjasama tu penting dalam menyiapkan tugasan.

Haa. Jangan terkejut. Kami memang ada kelas malam. Ni dekat tangga PALAM. Tangga paling digeruni pelajar kat sini. Penat woahh ulang-alik dari kolej kediaman ke fakulti tetiap hari guna tangga ni. Maunya kurus.


Tu dia tangga PALAM yang menghubungkan fakulti dan kolej kediaman di puncak. Tapi takpe, ada option. Boleh naik bas rapidKL ke atas sana. Tapi bayar seringgit. 

Ni muka stress masa test 1. Tak cukup tidur dan ada gangguan masalah kesihatan.

Syahir budak pandai. Don't try this okay. Tak bagus. Syahir takpe dia dah genius. Hahaa.

Masa memula masuk, budak group aku selalu tertukar aku dengan Tikah. Sama ke muka kami?

Me with mentor/lecturer/tutor Physics, Papa Megat.

To be continued in the next entry. Macam kesian nanti kena loading kan. Banyaknyaaa gambar. Okay, jangan lupa usha. Sini ada banyak info penting. #Part 2: Asasi Sains UiTM Puncak Alam.

8 comments:

aiman mania said...

Tak bosanlahh baca entry nih mmndgkn eman pon tgah tunggu panggiln u nih..baca penlgmn org lain nnt msuk u ta kekok coz da tau sikit2 life kat u..hehehe...farhana tuh dapat sambung bljrr degree in law kt uk? Bljr undg2 eek?law bleh smbgg bljr katt oversea ? Pleasee tell me..nk konfem jee.goodluckk kakk btw...

Zetty Zuharizam said...

Ohh aiman tengah tunggu panggilan rupanya. Yup, law belajar undang-undang and boleh sambung luar negara. Farhana pergi under tajaan MARA/JPA. Tak ingat pulak. Tapi, dia buat persediaan dekat INTEC dulu selama dua tahun. Kalau course Law senang kot nak apply luar negara.

nabila said...

salam. saya dapat asasi sains uitm kat palam nih.
akak, nak tanya, bilik mandi ada shower ke? kena bawak gayung tak?

Zetty Zuharizam said...

wasalam. ohh tahniah dik. yup bilik mandi ada shower. ada dua shower. tak payah bawak gayung :)

Anonymous said...

tumpang tanye. klu saya ni jenis y dok pkai baju kurung je gi kuliah, bape pasang bju kurung saya kne bw?

terima kasih.

cahaya keriangan said...

assalamualaikum.thx 4 dis entry..tp btol k blaja asasi susa?akk wt sy tkot~lpz tu,btol k mse mds kne torture?? ><'

Anonymous said...

salam..kak, macam mana nak buat kad siswa ek?

Zetty Zuharizam said...

Anon: Bawak 7 pasang cukup rasanya. Tapi akak dulu bawak sampai sebelas. Jadi terlebih pulak. Hehe

Cahaya Keriangan: Adik, takde benda dalam dunia ni senang tau. Tapi kalau adik kuat berusaha, inshaa Allah boleh buat. Maaf buat adik takut. Time MDS tu takde dia torture sangat. Biasa je, contoh kena bangun awal2 macam tu. Fasi lebih kepada nak guide kita sebenarnya.

Anon: Kad siswa nanti adik akan buat dekat pejabat bendahari.