Sunday, March 24, 2013

Tokki Sakit

Assalamualaikum ♥


Gambar scan. Masa ni tokki masih gagah. Baru balik dari Mekah. Sekarang dah tua. Tak ada pulak gambar tokki yang latest. Hmm, besok kena snap.


Sepupu semua ada kat rumah. Memang meriah. Mak Teh nak pergi Kota Bharu beli barang, Mak Yah nak pergi universiti dia. Campak la bebudak tu dua hari kat sini. Hari ni Mak Teh balik. Habis kecoh dibuatnya bila nenek aku kat kampung call cakap tokki aku sakit. Maka bergegas la kami semua kemas baju untuk balik kampung. Tokki dah 5 hari sakit gout, demam. Risau dibuatnya. Sekolah cuti seminggu boleh lah kami balik. Lagipun dah lama benar aku menyanyi nak balik kampung. Family gathering ramai-ramai seronok.


Malam baru sampai. Terus serbu tokki yang terlantar tapi tak mahu pergi hospital. Takut kena cucuk. Aku ambil thermometer yang dibawa tadi. Terus check suhu tokki. 38.6 suhunya. Demam lah. Kaki bengkak. Bagi makan tak ada selera. Mak Yah belikan sup ayam. Mohonlah tokki lalu nak makan. Takut kami semua dibuatnya bila tokki cakap tokki tak lama dah ni. Sakit sangat ni. Hishh, ajal maut di tangan Allah.


Sebenarnya, aku sendiri ni kena pergi hospital. Tapi tak terasa nak pergi lagi. Degil kan? Sepatutnya esok pergi tapi tak sure lah dengan badan lemah macam ni. Perut cramp, asyik nak pitam. Aku kena follow up dekat nearest hospital, Sungai Buloh but since ada kat Terengganu, pergi je kat Hosp. Sultanah Nur Zahirah. Tapi, tak nak kena tahan dekat wad lagi. Sumpah sakit kena suntik ubat dalam salur darah. Ngilu sangat, lepas tu rasa pening mual nak muntah. Serik.


So now,  sedang stay kat kampung dan harap sangat tokki cepat sembuh. I searched about gout and ways to heal it. Harap dapat membantu. Cara moden of course tokki tak nak. Tadi nak bangun buang air pun dua orang lelaki perkasa *cis* adik aku and sepupuku Izzat yang tolong angkat. Nasib baik ada jugak perubatan cara tradisional aku jumpa. Bolehlah cuba ni.


Sibuk pulak nak rawat tokki. Aku sendiri pun tengah bertarung dengan sakit. Tak, orang yang sakit tu atuk aku sendiri. Mananya tak risau and tak nak ikhtiar cara. Okay, sampai sini saja. Semoga tokki cepat sembuh.

No comments: