Sunday, March 24, 2013

Tokki Sakit

Assalamualaikum ♥


Gambar scan. Masa ni tokki masih gagah. Baru balik dari Mekah. Sekarang dah tua. Tak ada pulak gambar tokki yang latest. Hmm, besok kena snap.


Sepupu semua ada kat rumah. Memang meriah. Mak Teh nak pergi Kota Bharu beli barang, Mak Yah nak pergi universiti dia. Campak la bebudak tu dua hari kat sini. Hari ni Mak Teh balik. Habis kecoh dibuatnya bila nenek aku kat kampung call cakap tokki aku sakit. Maka bergegas la kami semua kemas baju untuk balik kampung. Tokki dah 5 hari sakit gout, demam. Risau dibuatnya. Sekolah cuti seminggu boleh lah kami balik. Lagipun dah lama benar aku menyanyi nak balik kampung. Family gathering ramai-ramai seronok.


Malam baru sampai. Terus serbu tokki yang terlantar tapi tak mahu pergi hospital. Takut kena cucuk. Aku ambil thermometer yang dibawa tadi. Terus check suhu tokki. 38.6 suhunya. Demam lah. Kaki bengkak. Bagi makan tak ada selera. Mak Yah belikan sup ayam. Mohonlah tokki lalu nak makan. Takut kami semua dibuatnya bila tokki cakap tokki tak lama dah ni. Sakit sangat ni. Hishh, ajal maut di tangan Allah.


Sebenarnya, aku sendiri ni kena pergi hospital. Tapi tak terasa nak pergi lagi. Degil kan? Sepatutnya esok pergi tapi tak sure lah dengan badan lemah macam ni. Perut cramp, asyik nak pitam. Aku kena follow up dekat nearest hospital, Sungai Buloh but since ada kat Terengganu, pergi je kat Hosp. Sultanah Nur Zahirah. Tapi, tak nak kena tahan dekat wad lagi. Sumpah sakit kena suntik ubat dalam salur darah. Ngilu sangat, lepas tu rasa pening mual nak muntah. Serik.


So now,  sedang stay kat kampung dan harap sangat tokki cepat sembuh. I searched about gout and ways to heal it. Harap dapat membantu. Cara moden of course tokki tak nak. Tadi nak bangun buang air pun dua orang lelaki perkasa *cis* adik aku and sepupuku Izzat yang tolong angkat. Nasib baik ada jugak perubatan cara tradisional aku jumpa. Bolehlah cuba ni.


Sibuk pulak nak rawat tokki. Aku sendiri pun tengah bertarung dengan sakit. Tak, orang yang sakit tu atuk aku sendiri. Mananya tak risau and tak nak ikhtiar cara. Okay, sampai sini saja. Semoga tokki cepat sembuh.

Friday, March 22, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum ♥

Lama tak update. Lama jugak buat private blog ni. Under construction nak edit tapis segala benda kan. So, this entry kali ni macam tak dapat nak keluarkan words banyak sangat. Wordless. Tak tau nak kata apa sebab kekok lama tak menaip. Gaya bahasa pun macam dah lari. Awww man.


Hmm, life sekarang memang berubah 180 darjah. Ada kesempatan aku cerita. Panjang kisahnya dan banyak ceritanya. So far, aku ada hobi baru. Bila semakin lama buat jadi semakin seronok. Apalagi bila customers berpuas hati dan nak order lagi. Aku newbie yang baru berjinak dengan dunia business. Inshaa Allah setakat ni permintaan memuaskan sampai tak cukup tangan. Alhamdulillah. Business apa? Buat bantal hiasan comel. Boleh hantar design sendiri. Macam kerja seni lah. Yes, I am the designer, the crafter and the owner of my own bussines. Memang lari bidang terus. Budak Sains tapi buat design, kerja seni macam ni. Ramai customer yang pelik sampai ada yang tanya aku ni budak Seni ke. Frankly speaking, aku sendiri pun bingung dengan diri sendiri dan apa yang aku buat. Tapi, for sure ni hanya part-time je. Sementara cuti. Sambung belajar nanti slow lah sikit kot perjalanan bisnes. Kurangkan promosi dan kurang ambik order. I mean tak nak lah stop tapi boleh seimbangkan dengan pelajaran. Boleh ke? *garu kepala*

Contoh bantal aku buat. Jenuh hah mak pilih gambar apa yang berkaitan nak selit dalam entry ni. Sekeping pun jadi lah.

I'm not going to story detail about that. Nantikan entry yang official nanti. This is only a teaser maybe. Hmm, apa lagi nak cerita, apa lagi nak cerita ni. Banyak. Tapi, cukup sampai sini sahaja dulu. Wordless me.

Bye.