Thursday, January 10, 2013

Sakit Kafarah Dosa

Assalamualaikum ♥




Sakit? Biasalah tu. Sakit itu penghapus dosa. Itu tandanya Allah ingatkan kita. Allah cintakan kita. Cuba tanya diri. Berapa lama sudah kita hidup dengan sihat? Berapa lama Allah uji kita dengan ujian sakit? Lamanya kan kita hidup di bumi ini dengan sihat walafiat. Jadi, harapnya beberapa hari, beberapa bulan, beberapa tahun yang Allah uji untuk sakit ini janganlah kita sampai mengeluh, berduka lara serta menyalahkan takdir. Sungguh tak patut.


Masalah sakit aku ni dah makan masa beberapa tahun yang lepas. Tapi entahnya kenapa. Mungkin aku tidak ambil serius makanya tahun ini aku dapati ujian sakit ini dengan agak berat. Serasanya, empat tahun lalu sakit aku ni lagi dahsyat. Tapi, aku hanya makan ubat. Bertarung sendiri. Biarlah.


Ehh, kejap. Bunyinya macam kronik benar. Sakit apakah? Hmm. Susah hendak diberitahu. Ringkasnya, sakit puan. Kali ini berpanjangan selama tiga bulan lebih. Sampai satu pagi, aku hampir pengsan. Perut cramp. Kaki cramp. Segala benda yang aku makan pasti keluar semula. Akibatnya, seluruh badan menjadi pucat. Hilang selera makan. Dehydration. Anaemia, sebab kehilangan banyak darah. Pening kepala serta migrain usah cakap. Tiba di unit kecemasan doktor terus masukkan air, inject ubat, scan dan cakap. M****rh*g**. Kena tahan di wad. M****rh*g**? Biasalah tu. Tak, tak biasa. Sebab tak semua orang alaminya. Cerita bab scan best. Alaa, yang macam nak scan baby tu. Orang lain bila pregnant baru scan. Aku dah boleh merasainya. Dua kali. Sebelum scan, gel warna biru diletakkan pada alat scan. Bila ditekap ke perut bahagian rahim rasa sejuk. Yang best bila boleh tengok apa yang ada dalam rahim. Bezanya takde baby lah. Haha. Hmmmm. Lambat lagi.


Sepanjang berada di fakulti. Hadiri kuliah, tutorial setiap hari. Kadangkala sihat. Kadangkala bertarung lawan rasa sakit kepala yang amat. Bertarung lawan rasa nak pitam. Orang lain berdiri tunggu bas. Biasa. Aku berdiri tunggu bas dah rasa nak jatuh. Ahh, duduklah. Mulalah muka jadi pucat lesi. Terdedah saja kepada cahaya matahari lama sikit, sudah mula rasa gelap mata. Rasa pedih kulit. Merah pipi tahan panas. Itu sebabnya aku kurang suka cahaya matahari.


Daki sahaja tangga PALAM yang maha tinggi itu aku sudah semput. Muka dah pucat putih. Kadangkala terdorong ke belakang ingin terjatuh tatkala kali melangkah anak tangga. Sungguh penat. Selama ni susah sekali aku nak dapat sakit kepala serta migrain. Tapi, sejak masuk universiti kepala sudah berjinak-jinak. Pandai sungguh.





Ini dia tangga PALAM. Tangga di UiTM Puncak Alam yang menghubungkan kolej kediaman dengan fakulti. Hari-hari terpaksa lalui. Memang motip untuk semua budak PALAM kurus lah ni gamaknya.



Kata orang, air mineral sangat penting. Kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tapi aku, sebotol kecil air mineral yang selalu ada dalam beg takkan pernah habis dalam masa satu hari. Susah sungguh untuk minum air. Tiba masa terlalu dahaga barulah aku minum untuk basahkan tekak. Kadangkala terlupa nak minum dek terlalu sibuk dengan kuliah, lab, kerja yang belum siap apa semua. Teruknya. Aku tak suka air. Tapi inshaa Allah dalam keadaan badan sangat perlukan air ini, aku cuba minum sebanyaknya. Badan ini hanya pinjaman dari-Nya. Mesti jaga dan manfaat dengan sempurna.


Sekarang, aku masih makan ubat untuk tempoh tiga bulan. Then kena buat follow up dekat hospital. Pengajian? Tangguh dahulu. Tunggu hingga aku benar-benar sihat. Doktor Fatimah, Pakar O&G nasihat supaya banyakkan berehat. Ubat jangan lupa makan. Jangan terlalu banyak berfikir. Jangan terlalu stress. Sebab salah satu punca penyakit aku ini ialah stress. Family pula nasihatkan untuk berehat. Jangan fikir sangat pasal belajar buat masa ni. Nenek-nenek serta atuk pula sarankan berubat cara kampung. Ya. Ikhtiar untuk memulihkan penyakit itu wajib. Walau dengan apa cara sekalipun. Berdoa banyak-banyak. Selepas itu barulah bertawakkal. Yang berkuasa menyembuhkan ialah Allah Maha Kuasa. Kita hanya berusaha. Tak putus asa.



Sakit ini buat aku bertambah kuat. Buat aku bersangka baik terhadap Allah. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Kena yakin tu. Sakit ini juga satu signal supaya baiki hubungan dengan Allah. Amaran supaya tidak leka dan alpa. Everything gonna be alright. Trust him. Inshaa Allah.



2 comments:

EarKix said...

kita sama-sama sakit kawan....
tapi penyakit awak lebih derita..
tabahkan hati dengan sentiasa ingat pada Allah swt..
kerana itu mungkin satu ujian, mungkin juga satu penghapus dosa

Zetty Zuharizam said...

ya, amir. betol tu. ini satu ujian. penghapus dosa. takpe, akan ku tabah inshaa Allah. thanks kawan.