Wednesday, January 16, 2013

Everything Happens For A Reason








Keadaan berubah. Begitu juga dengan manusia. Pasti berubah. Apa yang terjadi sometimes memang di luar jangkaan kita. Luar dari perancangan kita. Tapi apa yang pasti, kita sebagai Hamba-Nya hendaklah menerima segala qada’ dan qadar yang ditetapkan oleh Allah dengan redha dan hati yang terbuka. Everything happens for a reason. Memang kadang-kadang pahit untuk ditelan. Lagi pahit untuk dicerna dek fikiran.Tapi, yang pahit itulah ubat. Penawar.




Begitu juga aku. Manusia biasa yang seperti orang lain. Namun tidak sesekali akan aku sama seperti orang lain yang lemah. Aku kuat. Aku sentiasa positif. Walau apa yang terjadi aku mesti redha. Mesti tanamkan dalam diri, ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mengalah? Tidak sama sekali. Bukan aku. Luaranku mungkin tampak lemah tapi aku punyai jiwa yang besar. Kental. Lagipun, I have my supportive and amazing super mommy. Fret not. Dalam keadaan macam ni she gave me a highly motivatian. Ahh, ummi. Sedari dulu mendidik aku menjadi manusia yang bermotivasi. Mengajar erti hidup. Tak berjaya plan A, we still have plan B. Kalau kita gagal kedua-dua plan kita masih berbaki 24 plan. Bukankah semua alphabet ada 26? Haha. Merepek lagi. Bangga memiliki ibu sepertinya. Sungguh.




Jalan hidup seseorang ada dua. Sentiasa dua. Pendek atau panjang. Baik atau buruk. Berjaya atau gagal. Yang ingin diketengahkan di sini adalah laluan hidup untuk mencapai satu target. Pendek atau panjang. Kalau pendek? Cepat sampai ke destinasinya. Berjaya capai target. Alhamdulillah. Sangat pantas. Sungguh mengagumkan. Kalau panjang? Lambat sampai ke destinasinya. Berjaya capai target. Banyak pengalaman. Mashaa Allah. Ada hikmahnya. Alhamdulillah. *if you know what I mean*



Hmmm. Kata cikgu Matematik sekolah rendah aku dulu. Problem ini skema jawapannya adalah 24. Kemudian Ali diminta menulis jalan kira di papan hitam. 20+4=24. Betul. Abu pula diminta menulis jalan kiranya. 14+10=24. Pun betul. Jalan kira anda mungkin berbeza tetapi anda berjaya mencapai apa yang dikehendaki soalan. Ingat, jalan kira mesti logik. Analoginya, begitu juga hidup. Antara kita jalannya pasti berbeza tapi yang penting kita mencapai apa yang kita mahukan. Jalan juga mesti logik. Kalau tak, misalnya Ali dan Abu keduanya ingin menjadi seorang Jurutera. Target yang sama. Ali telah berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri. Abu pula menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Siapakah yang akan mencapai target? Tentulah Abu. Hmm. Boringnya analogi. Ahh, cukup melalut pasal jalan. Kembali ke pangkal jalan. Ehh, jalan lagi? Lupakan.
   


Walau apa yang terjadi aku terima sebulat hati. Bersyukur sepenuh hati. Mula bulatkan tekad. Aku redha dengan segala apa yang berlaku. Pasrah. Siapa aku untuk mempersoal apa yang berlaku? Siapa aku untuk menghukum? Aku layak merancang. Boleh merancang. Tapi kena sentiasa ingat, yang meluluskan proposal ialah bos. Ehh, bukan. Yang menentukan ialah Allah. Allah tentu segala. Kena ingat semua tu. Kalau gagal sekali. Rancang lagi. Bangkit kembali. Baiki apa yang pincang. Mungkin aku ada salah dengan Allah. Check diri semula. Muhasabah diri. Pasti ada yang tak kena. Kembali kepada Allah. Tajdid niat kerana Allah. Ya. Lillahi Taala. Dapat pahala free. Bukankah berbaloi?


Andai kata jalan kita sudah betul tetapi kita gagal mencapai target. Please. Stop blaming. Be positive. Itu namanya tiada rezeki. Tapi percayalah. Ada hikmah. Ada sebabnya Allah tak bagi kita berjaya capai target. Kenapa? Pasti ada sebab-sebab tersembunyi. Yang tidak kita ketahui. Mungkin tidak elok bagi kita? Mungkin tak sesuai? Wallahualam. Allah loves you. Our life may not be going the way we planned but it is going exactly the way Allah planned it. He puts the things beautifully. So, keep trusting. Everything happens for a reason. Stop complaining. Keep praising to Him. 



Rezeki Allah itu luas. We don’t have to be judgemental of whatever has written for us. Because Allah knows the best. After all, life is a learning process and it is still a looong way to go. It is okay for us to fall. As long as we get right back up regardless how many times we fall. Our heart may get shattered into pieces or there are scars and bruises all over the body. Do whatever you got to do. Just don’t sink. Each and everyone of us has our own stories to tell, but never to compare. Never. Because the variables will never be the same no matter how hard you try to control it, which explains Allah has His own ways of putting things beautifully. We may not see it. But somehow we can just feel it here . The best thing to do is to believe and have faith that everything will turn out fine. Make sure to love everything that you do because it will keep you going when everything is falling apart.



The red text above is very meaningful ‘lecture’ I got from my Chemistry tutor. Miss Nur Fariza. Mana mungkin aku lupa. Hmm. Feeling better now. Till then. Assalamualaikum. Tak jawab dosa. Kalau jawab sayang!

No comments: