Sunday, December 29, 2013

Beautiful Story

Assalamualaikum 

*pssst, please read slowly*

Hey, get married and have babies. Have a husband who will love you with all his might. Never neglect you and never get bored saying the words 'i love you'. He has his time for you no matter what. He always spare no glance to other girls. He has no interest to girls but only you. Just simply because he wants you. He never get too close to his girlfriends just to make sure you aren't getting hurt, not a little. Because his love for you is just too high as he doesn't want you get even a scratch. He only sees you in his eyes.


He makes of all his work time to ensure you'll have a bright future with him afterwards as well as the life of the kids. He makes his work time and eagerly want to go home because he misses you. To see you. Be with you. He called whether you have the lunch of his favorite ready or not. *start daaah dia ni* He ask you how his little child  doing.


Oh, he is already in front of the door with his tired face and the office bag in his hands. He has a smile in his eyes. You greet him with a sweetest grin. You have your sweetest perfume put on. You take his hand and kiss it lovingly. He replies by kissing your forehead so meaningfully. You carry his bag, and walk him to the dining table. He has his arm around your waist. You ask him to sit. You put the food in his plate, wash his hand with lukewarm water and watch him eating so excitedly. Delicious, he said. He smiled, and then you started to eat.


There is nothing left. He finished up the meals and sip his orange juice little by little. You get all the plates collected, get them washed. He rinses his hands and offer you to help. No thanks, you said. He hugs you from the back and kiss you on the cheek. Thank you my dear, he whispers. You are smiling with butterflies in your stomach. He says, I got to see the baby first and then take my bath. I miss him so much, our little baby. As much as I miss you my dear. He left. Slowly, you feel the exact happiness. And..

Haaah enough enough maaan. Grammar tunggang langgang. Haha okay, continue buat kerja.

Bye.

Gambar Hiasan.

Thursday, December 26, 2013

Resepi Apam Polka-Dot Gebu

Assalamualaikum 

This makanan comel boleh dibuat sendiri.

Hello semua. Saya tengah cuti mid-term. Dua minggu duduk melepak dekat rumah. Kengkawan uni lain sila jangan jeles tau UiTM banyak cutinya hihi. Kalau jeles juga, sila apply masuk UiTM. Okay, tak payah. Gurau je. Karang berduyun apply UiTM.

Harini saya nak kongsi sikit pasal resepi apam polkadot versi gebuuu punya. Resepi ni origin dari Majalah Rasa, dipetik pula dari blog MamaMimi. Diolah ke dalam bahasa dan gaya penulisan saya. Tetiba je rasa nak buat apam polkadot comel ni. Saja post dekat blog sebab malas nak menyalin resepinya. Nanti nak buat, boleh terus bukak je blog. Bawak terus tablet ke dapur. Nampak tak dia punya malas dekat situ? Nanti nak buat tu, tak tahu lah bila ye.

Okay, ini apam perisa strawberi tapi fillingnya letak blueberi. Nak letak filling tu, terserah yang mana hang suka.

APAM STRAWBERI 

Resepi : Ain Rusli
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing-masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:
  1. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang-selikan dengan susu segar.
  3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nampak kembang dan gebu.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  5. Masukkan setiap warna dalam piping bag atau plastik bersih.
  6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:

Panaskan air sampai mendidih. Lepas tu sederhanakan api. Masukkan apam. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja, ingat. Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi. Jangan biarkan adunan terbiar tanpa ditutup. Nanti banyak lubang-lubang udara dekat apam sebab adunan tadi masuk angin. Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati. 

Letak paper cup dalam bekas lompang.

Isikan separuh adunan ke dalam paper cup, kemudian sedikit filling dan tutup kembali memenuhi paper cup.

Kemudian boleh la guna skill melukis anda ye. Maklumlah, saya ni ada juga trait seni melukisnya. Haaa, lukis daun pastu dot dot kan bijik strawberi. Senang kan?

Taraaa! Selepas 15 minit, apam anda dah siap dan sedia untuk dimakan oleh mulut comel anda semua!

Lahaaaai comelnyaaa sayang nak makan hihi.

Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, semoga ianya bermanfaat. Selamat mencuba!

Sunday, November 24, 2013

Semester Baru

Assalamualaikum 


Welcome new semester. Now guwa berada di Kolej Kerawang, menyemak dekat bilik Sim dalam masa seminggu sebabnya tak apply college. Terpaksa tunggu rayuan lah dulu. Tu lah sem lepas duk kalut bergelut dengan exam sampai lupa nak buat permohonan.

Malaysia tengah mengalami musim winter sekarang. Musim sejuk. Hahaha. Sampai ke tulang rasa sejuknya. Sebenarnya guwa sangat malas nak menaip entry. Tapinya bila difikirkan balik, sebelum biarkan belog ni bersarang, ada baiknya guwa buat je entry baru sebab after this mesti dah busy nak melayan belog ni lagi.

Harini first day lecture. Memang seperti yang dijangka, lecturer gerenti tak masuk punya. Plan awal memang tanak pergi langsung. Tapi gitulah kan, nak tengok gak suasana cemana. Classmates apa semua. Ye, classmates sem ni ramai laki. Para lelaki group B semua masuk group A. Heart attack kejap sebab sah-sah lah group B semua perempuan. Jadinya, berlaku limpahan pelajar lelaki dekat kelas guwa. Hmm macam awkward je. Macam awkward je. Lepas tengok kelas, classmates apa semua, apa lagi. Blah la. Beli makanan, naik bilik. Lepak. Kalau ikutkan akal jahat, mahu je guwa pergi holiday memana dulu minggu pertama ni.

Google sayangi diri ini. Hihi.

Today jugak officially umur guwa dah meningkat satu angka. Takde rasa apapun, nothing special. Cuma kesimpulannya, ni saat-saat terakhir guwa bergelar remaja. Takde hal, tak tua lagi kalau masih belasan. Hmm, tahun ni gak first time Hencik Lebah tak menjadi orang pertama yang wish birthday. Bagus, satu perubahan yang baik, dia dah beransur-ansur hilang dari kehidupan guwa. Selalunya dia yang jadi orang terawal ucap birthday. Sebelum pukul doblas pun dah wish kononnya takmau terlepas jadi orang pertama. Kini tiada lagi.


So, Syamim je yang mengacau tidur nyenyak guwa semalam. Baik punya orang, pukul 3.00 pagi baru call semata-mata nak wish. Haha at least ada effort, and ingat. Mekasih bebanyak ye, dengan suara ngantok gitu entah apa yang guwa merapu semalam pasal kolej lah, esok kelas awal pagi lah. Tetibe. Tu lah sapa suruh call tetengah malam masa orang tidur dah hahahah. Anyway, thanks for reminding. Ohye, yang wish dekat Facebook tu pun terima kasih jugak kerana menyudikan jari menaip dua patah perkataan HB tu. Nampak bebeno malasnya kan.

Kek lain tak best, one day nak kek ni je satu. Baru syok hahaha. Hebat ah sesapa buat kek burger ni. It really suits my taste!



So, tu jeh cerita harini. Malas dah nak turun pergi kelas. Buat penat la. Lainlah kalau lecturer ada. Time to hibernate yeayy.


Bye.

Sunday, November 17, 2013

9 Days Early Birthday Party

Assalamualaikum 


I want to sleep more. Give me more time to sleep soundly please. Nak dekat bukak sem ni serius rasa macam nak appreciate setiap saat untuk tidur dan tidur je. Sebab aku sangat tahu nanti biological clock akan set masa balik, and I must obey the time. Yelah, walaupun most of the time selalu je overnight buat report apa semua. Aku pernah tak tidur dua hari sebab kena siapkan lab report yang berlambak dengan tutorials, I tell you. Lastly, end up stress all the day, pening kepala and lepas tu nangis sebab nak tidur. Yelah, malamnya memang bancuh white coffee. Mata boleh lah tahan sampai cerah tapi badan rasa macam nak pecah tak larat gila. Term baru aku, 'zombiefication'. Memandai buat term sendiri ye, harap tak boleh tambah dalam dictionary je.


Bila duk rumah macam ni minda selalu menghasut kata-kata murni. Kononnya tak kisah lah nak makan banyak mana pun sebab nanti bukak sem, boleh sibukkan diri. Kalau tak sibuk, sibukkan. Kalau sibuk, sibukkan lagi. Haha. Tudia dia punya kata penyedap hati. Tips sama aku guna masa asasi. Tapi lepas dipraktikkan, aku sendiri tak boleh jamin jadi ke idak tips tu hahaha. Sebabnya aku sendiri tak boleh beza aku ni gemuk ke tidak. Asal berat badan tak lebih daripada angka 55kg, then it is okay. Setakat ni tak lebih lagi daripada range tu lah. Sebolehnya nak maintain 50kg kebawah, tapi macam selalu je exceed. Paling rendah pun 52kg. Time zaman sekolah menengah rendah dulu bolehlah maintain angka 48kg or 49kg. Sekarang ni entah kenapa, tang makan je mesti nak balun semua.


Bercakap pasal makan, semalam family buat birthday party untuk semua anak-anak yang lahir bulan November. So, birthday aku disambut 9 hari lebih awal. Sebabnya, 24 November ni aku dah start kuliah. Buat family gathering sekali, tapi ada je yang tak dapat datang. Makanya, berlaku lah limpahan makanan yang amat banyak. Konsepnya western food, sebab itu adalah kepakaran abah. Antara hidangan yang ada ialah spagetthi, mashed potato, mushroom soup, salads, two big cakes, ice creams. Tak masuk lagi dengan barbecue chicken, crab, fish, squid, sausages. Makanan banyak sangat, family lain yang dijemput tak dapat hadir. Tu yang agak mengecewakan sebab plan pun tak perfect sangat. Yang penting tokki dengan mak ada. Abang Farid pun ada datang. Ehh bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni time semua orang takde agenda. Tapi yang tak dapat datang jugak tu, dah nak buat macam mana.

Kek warna putih yeay.


Ice cream cake trend masa kini. Sumpah sedap.


Request from le kids. Nak kek Spongebob. Haha kemain tak sabar dorang nak makan.


Disebabkan ke-eksaited-an bersama family, memasing dok sibuk bermain je kat luar. Ada yang layan movie, mak sedara duk berborak, aku sibuk nolong abah kat dapur. So, tak banyak sangat gambar sempat snap. Very enjoy the moment sampai le camera pun was left behind. Bukan tak ingat, ingat tapi malas. The moment spent was much more exciting. We choose to keep them in our heart rather than in picture. Cewah kau.


Bye.

Friday, November 15, 2013

Istimewanya Jalen Buatku

Assalamualaikum 

Masa blogwalking tadi terjumpa something dekat belog Mat Gebu so, let me buat entri pasal ni lah sikit hihi. Memandangkan tak tahu nak buat entri apa kan. JALEN. Pernah dengar tak? Sebenarnya, aku memang suka sangat dengan produk Jalen ni. Mula kenal jenama ni pun masa stay dekat Johor Bharu dulu. Time tu umur aku baru 10 tahun. Kalau tak silap, jenama Jalen ni pun origin dari Johor.


First produk yang membuatkan aku kenal jenama Jalen ni adalah kicap Jalen. Hihi. Family boleh dikatakan penggemar kicap. Kicap Jalen memang sedap, dan sampai hari ni jugak atas meja makan dekat rumah mesti ada kicap Jalen ni. Kiranya pengguna setia lah ni. Tapi, dulu terputus kejap bekalan kicap jenama Jalen sebab susah nak dapat dekat Terengganu. Tapi, sekarang tak lagi. Boleh didapati dekat pasaraya dan kedai runcit. Harga dia pun sangat berpatutan, murah je. Size botol dia besar, tu yang berbaloi. Kicap manis 325ml baru harga RM3.10. Tak nyesal beli sebab sedap. First time makan dulu abah buat sambal kicap taruk bawang putih untuk cicah makan tempe goreng. Memang rasa dia perghhh. Masa tu hari-hari abah beli tempe, dan kicap Jalen ni lah jadi mangsanya hahahah. Haaa, lupa cuka kat dapur tu pun guna jenama Jalen. JALEN, pastinya pilihan anda. Gituuuu, try lah mesti suka punya.




Ek ehhhh, macam cantik je. Macam comel je. Pelbagai warna ada. Ni diari dan buku nota 2014 comel dari Jalen. Untuk korang, nak tak? Caranya mudah saja. Tak susah macam kerja dekat bendang pun *macam pernah je* Okay merapu. Jom ikut step yang mudah ni. Sambil duduk melopong depan skrin laptop tu rajin-rajinkan lah exercise jemari runcing tuh ye.

1. Pertama, 'follow' dulu blog Jalen. Then korang buat satu entri kreatif berkaitan dengan produk Jalen dekat blog memasing, tak kesah lah pasal kicap ke, kordial ke atau apa-apa saja produk Jalen.

2. Lepas tu dalam entri korang tu, wajib letak atau selitkan link Facebook Jalen, laman web Jalen dan blog Jalen. Tu je ceritanya. Boleh kan? Tak susah pun. Kan dah gitau awal-awal tadi.

3. Bila dah siap tulis and korang berpuas hati, sila tinggalkan link blog korang yang ada entri pasal Jalen dekat SINI, tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 November 2013. Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2013. Cecepat jangan tunggu lagi, buku nota comey tu. Nanti boleh salin notes dalam lecture. Tak pun buat salin resipi memasak.


Tanak la menang sensorang kan, biar ramai-ramai kongsi baru best.


Bye.

Tuesday, November 12, 2013

Cuti Sem Yang Bosan

Assalamualaikum 

Ye. Hari yang bosan sebab hari-hari ulang rutin sama sepanjang cuti semester ni. Kan best kalau hari ni main tenis, besok daki gunung, lusa pergi pulau. Tapi apakan daya. Takde daya. Makanya harus terima lah jadi full time housewife sebulan lebih ni. Hm text dengan Hencik K pun dia dah naik boring dah. Ye, saya boring dan memboringkan cane saya nak buat saya pun tak tahu. Kalau ada pape awak gitau je kat saya, boleh saya tau apa salah saya. Takpe Hencik K awak tido dulu, mesti awak penat sangat after a long journey. Biar saya ngomel jap dekat sini sambil-sambil awak tido ye.


Kerja saya pagi ni tak tahu nak buat apa. Online pun macam membosankan. Bukak cerita kang nanti cerita tu tengok saya. Nak makan, dah selamat saya buat nasi goreng kampung pedas perghh sedap kat dapur tu. Orang pun takde kat rumah. Tinggal adik laki sorang je tak pergi sekolah, so bilik adalah destinasi terbaik. Eh apa panjangnya pulak merapu. Memang nak merapu pun ni. Ohye, tak buat lagi entry pergi wedding dekat Noor Arfa Craft Complex hari tu. Letak gambar je lah malas nak buat entri khusus sebab gambar pun tak banyak. Cane nak tangkap gambar bila kat tangan ade si budak kecik comel sedap tido ni hehe.

Baru perasan mata keturunan Cina tu dah mula menyerlah dia punya sepet rupanya. Terima kasih arwah Tok Ayah ngasi kita mata Cina ni.



Adik perempuan kita pun macam Cina. Mata dia lagi sepet kulit dia lagi cerah, jeles kita.


Sedap ye kau tidur nak. Lenguh bahu dah ni.
Dengan beca pun engkorang menjakun.






Suka sangat pose Kimi time ni. Kecik je dia tu.

Taktau nak tengok tang kamera mana.


So, tu jelah gambar ye anak-anak sekalian. Jemput nengok. Namanya je wedding tapi takde satu pun gambar pelamin, pengantinnya tah mana gambar haha. Tak sempat nak snap sebab perginya dah pun lambat. Pegang dak kecik ni satu ke hal lagi. Sampai je terus salam-salam pastu makan. Pelaminnya comel, pengantinnya lawa hensem tapi sayang tak snap gambar.


Minta maaf le kualiti gambarnya sangat-sangat hodoh sebab memasing tangkap pakai fon je. Takdenye kamera. Ada pun pergi rosakkan sapa suruh. Maklumlah mak ni bukanlah orang kaya-raya. Eh tetiba feeling mak-mak mentang semua gambar duk dukung baby. Mengada je kan. Tudung senget benget takyah cerita la bila anak ada kat tangan ye. Takdenya mak nak pakai shawl belit-belit. Sambar tudung bawal plain warna senada pun jadi le. Haha, watak ibu-ibu dia dah muncul dah. Sila abaikan. Okay, kenyang sudah makan nasi goreng kampung air tangan sendiri. Makanya selesai jugalah entri kali ini. Kekdahnya pulak, berkait apa makan dengan entri ni kaan.


Bye.

Dear Sayang

Assalamualaikum 

(This is an entry I wrote on 12/11/2013 which means years ago but I kept it as a draft due to some broken heart or clash. Eh? So, the title will still be the same, "Dear Sayang", which is any sayang lah for now. Enjoy reading this piece of crap to that piece of crappy sayang whatsoever. You know who you are)

I've done performing Subuh prayer and decided to pull my cozy blanket up to my chest. It’s very chilly this morning. I closed my eyes tightly hoping that I can take a nap but my mind kept sticking to you after checking out your text message. I came to think of so many things and about to blurt out everything. They had stuffed in my mind so I slowly woke up and switch on the laptop starting to take all the worries out of my mind. Here it began.


You know sayang, I've been thinking that you are now being in Kuala Lumpur and it is kind of burying me with bunch of worries. I know you often been there, I know you grown up so well. Hm being there for some of moments doesn't same like staying there, study there etc. I mean, I’m worried sick when I think of you because you might be furthering your Degree in the region soon also. Yeah, I know. Well, who am I to give this fruit for thought like a pro isn’t? No, it’s just I’ve been there and had gone through it. Maybe you stayed there longer than me, but no offense because I’m just about to say stupid words. Don’t take it so serious if you are uneasy of reading this.


I hope you can find good friends there. Good friends are not whose very intelligent just in studying. They are someone that will reflect you, building your attitude and behavior. Who’ll always be with you towards joys and tears. Who can give you advice when you did wrong and encourage you to do good thing. They are so important for making you a better man fi dunya wal akhirah. You know, friends can affect you a lot. Friends can throw you whether to Jannah or vice versa. Hm don’t make that face because I’m not trying to be an ustazah but just read dear. Friends are a big influence indeed.


Well, the prominent thing is not about finding or making good friends only. It’s about being you yourself. You must be strong and positive, know what you can do and avoid forbidden things. Take care of the significant five times prayers a day. Recite the love letter of our Almighty frequently when you have times. Don’t be so amazed being there. Stay strong, you know who you are. You know what you want to achieve in your life. Just don’t be bugged by surrounding and the people because we have our imaan to keep and our manner to care of. In short, behave yourself sayang.


If you love to do something, think of the advantages you might get and be moderate. As for me, I really love doing something beneficial. Still, I did something that wasting time like watching Running Man funny reality show and Korean dramas but I put limit to them because they don’t give me so much benefit. Just in case to entertain myself when it comes to times I cannot tolerate with my anger, emotional and sadness or just simply filling my leisure time. They helped me a lot!


See sayang, I’ve talked a lot. I blurt all this out not just for you, but also a reminder for me. The thing is, don’t forget me when you’re there. I hope the people and surrounding won’t change you. If you find someone better than me in everything soon, then I can do nothing. I will just believe in fate He created. I wrote this worthless letter simply because I love you, I love us. There are a lot of things I want to tell you but now it is only less than 900 words. Oh yes, I use English because I feel worry. Not that I’m angry. Err, just ignore the grammatical errors, my bad.


Again, behave yourself everywhere you go sayang. Strive well and don’t be easily distracted. What will you see there is just fun in dunya. Remember, dunya is not the place we will stay forever. It’s just like a fishing rod to catch and collect fish (good deeds) for hereafter. If you think of this word, you’ll success and hardly distracted by the silly things.


I’m not going to nag some more because I know you don’t like it. Who will like, kan? You know it already. You know everything. You know what to do. You are going to be an amazing person, successful one. I trust you. Just be yourself. I hope we will turn into a better person day by day. Make today better than yesterday and tomorrow full of hopes. Live your life to the fullest.

Bye.

Wednesday, November 6, 2013

Melting

Assalamualaikum 

Yeah akhirnya berjaya update entry selepas berperang remove ads yang mendajal kat skrin laptop guwa. Susah gila nak online jadinya. So straight to the point. Entry wedding kat Noor Arfa Batik nanti lah dulu. Gambar ada dalam phone. Nampak tak dia punya malas kat situ padahal bluetooth je pon.

Topik harini style rambut yang entah kenapa buat aku melting gila. Please don't try this or you gonna make me crazy. So manly. Tapi style ni rasa macam hard to do lah kalau untuk daily appearance. If ada function or event boleh la kot. Hensem seyhh.












Mostly gambar Taecyeon 2PM dalam We Got Married Global and dua tiga keping gambar Siwon dalam Runningman Reality Show. Print screen je semua senang. Kalau nak google payah. Melting tak? Tak? Okay fine. 

Bye.

Wednesday, October 30, 2013

Baby Zaara

Assalamualaikum 

Hari ni masuk hari kedua stay kat rumah baru mak sedara dekat Kuala Ibai. Hari Sabtu ni inshaa Allah baru balik rumah. Saja duduk sini sebab bosan lepak kat rumah. Boleh main dengan baby yeayy. Nak tunggu adik memang takde dah. Umi dengan abah dah masuk umur 40 tahun this year. Nak tunggu anak sedara, memang takyah berangan nak ada before aku kahwin. Kecuali kalau adik aku langkah bendul. Nak tunggu anak sendiri, laaambat lagi. So, sabar je. Bila dapat sepupu kecik macam ni, memang super happy. Tak lama lagi dapat sorang lagi anak sepupu. Tunggu masa nak meletup je. Sepupu aku kahwin Febuari haritu. Umur dia setahun je tua dari aku, tahun ni dah dapat baby. Huhu tahniah Noni, teman sepermainan masa kekecik.


Engagement Day.



Majlis persandingan.




Now dah pregnant alhamdulillah. Tak sabar nak main dengan baby.


Eh tengok dah melalut tah ke mana. So, ceritanya hari ni duk main dengan baby je. Tadi ikut Mak Teh pergi sekolah dia kejap SMK Panji Alam sebab ada kerja. Sempat snap gambar dengan baby Zaara masa dalam kereta.


Baru berusia 45 hari. Baby tidur je memanjang.


Geram nak gigit lengan baby Zaara. Berketak-ketak.


Nur Ezzaty Ezaara



That's all for today yeah. Well, pictures speak louder than words kaan. Kbai.

Thursday, October 24, 2013

#2 Perangai Comel

Assalamualaikum 

Nak tahu tak apa perangai comel kali ni? Sebenarnya dah dua tiga hari buat tapi hari ni baru perasan perangai comel baru ni. It's pakai legging dalam rumah! Err, berdosa tak pakai legging dengan baju besar time duduk kat rumah and terperap dalam bilik? Hmm. Aku rasa selesa pakai legging sebab tak panas dan tak rimas. Senang sebab dia melekap terus macam tu.

Aku pakai legging ni dengan baju besar and labuh sampai peha okay. Bukan pakai baju-baju yang cinonet tuu. Dah pakai legging macam ni baju mau besar okeh. One moree, takmau pakai kat luar. Tapi, tak pakai la time keluar rumah. Pergi rumah sedara-mara pun tak boleh. Time kat kampung pulak buat angin mengada pakai kain batik. Imagine ala mak-mak dan gadis Melayu terakhir lah kononnya. Comel apaa pakai kain batik. Terserlah keayuan di situ. Kata Melayu.

Pasal legging tu, antara sebab aku suka pakai lagi kononnya nampak kurus la. Sedapkan hati biarpun rasa badan dah naik. Bajet Korea ye engkau? Haha. Takde la. Tak taksub Korea pun. Takde. Perangai ni sangat tak comel. Tak comel sebenarnya. Tajuk itu bertentangan.

Bercerita pasal legging ni, aku berkenan sangat dengan legging baby. Apa entah nama dia. Shya ada bagitahu dulu tapi selalu je lupa. Busha ke apa namanya. Comel sangat okay bila baby pakai busha. Rasa macam nak cubit-cubit je. Nanti boleh pakaikan dekat baby sendiri. Cuba bayang mesti comel gilaa. Jauh punya fikir.

Rasa nak gigit je kaki tu.

Why so cute?


Sophea Isabella Binti Sheikh Muszaphar Shukor



Okay dah dah. Cukup. Habis penuh dengan gambar Bella nanti entry ni. Hmmm, selesa ber'legging' tapi for sure bukan sekali-kali untuk pakai ketika di luar rumah. Comel sangat lah tu ikut budaya apa dah ni. Pakai kain batik tak nak. Aku ni ganas sikit. Bila pakai kain batik mulalah terselak sana-sini, tercabutlah, jalan terkepit lah. Tapi mungkin juga kain batik itu ditradisikan untuk memelihara adab sopan Melayu kan? Hmm. Possible. Umi pun ada beli batik lepas then umi jahit buat macam kain baju kurung. Tapi takdela susun kat tepi tu. Senang nak pakai. Bergetah siap ada zip lagi. Kantoi. Pandai umi yee nak suruh anak dara dia pakai kain batik. Alaa, selalu time bulan mengambang pakai laa. Dah macam orang berpantang pun ada.. Kira okay laa tetiap bulan pasti pakai kain batik kan. Kbai.


Kempen Legging

Jom baca apa Hukum Pakai Legging Di Dalam Rumah. Baca ini juga.


Bye.

Saturday, October 12, 2013

Semester Break

Assalamualaikum 

Setelah sekian lama menyepi, meh nak coret sikit belog usang ni walaupun aku takde mood nak menyonteng. Takde mood, tapi ada masa kira okaylah tu lepak sini jap.


So, aku dah habis berperang dengan study week atau lebih berfungsi sebagai lazy week. Final exam pun dah settle semuanya alhamdulillah. Ohh I did so bad, ahaha but at least it's over *insert smiley mintak pelempang here*. Takde apa, cumanya berharap result baik-baik belaka lah. Tarikh result released dimaklumkan 1 November ni. Cepat bebenor rasanya. Biarlah, nak juga tahu macam mana rupa result aku. Sem ni macam banyak lalai sikit. Tak reset matlamat, tak boost semangat. Hancurlah. Tapi yang penting, last paper Physics semalam boleh jawab la jugak walau ada dua soalan aku rasa macam tak pernah belajar pun. Terbang 6 markah. Menangis.


Ishh, lama tak mengarang otak jadi berkarat tak tau nak bebel apa. Konklusinya, yeah sem break akhirnya! Rasa macam baru masuk, tapi dah pun habis pun satu sem. Nak top-up segala rehat tidur blablabla. Tak kiraaaaah. Okay, tu je untuk kali ni. Hal lain, no comment buat masa sekarang hihi.

Mission accomplished.

Muka happy tak reti menipu.

Okay dah.

***


Nota kaki: Anis, kemain hang suruh buka blog and update. Masalahnya hang je pembaca setia rasanya.

Wednesday, September 4, 2013

Situasi Tak Disangka

Assalamualaikum 

Dalam kelas tutorial C-3-5 UiTM Kuala Terengganu.

Haris: Zetty ajar aku Bio.
Zetty: Aku manalah pandai. (sambil kira jawapan Maths)
Haris: Laa, kan budak asasi. Takkan tak pandai kot. Tengok macam Azie tu. Bekas budak asasi, bijak.
Zetty: *sentap* (terus letak pen dan berpaling ke arah Haris) Macam ni, sebenarnya aku datang sini, kalau boleh aku tak nak sorang pun tahu aku ni bekas student asasi. Tapi.. you said that? *how.. could.. youuu..*
Haris: Zetty, terasa dengan aku ke? Aku minta maaf. Then, kenapa sebenarnya masuk sini yada yada yada.
Zetty: I have anemia. Sebelum masuk sini aku masuk hospital, lagipun aku tak pandai sangat yada yada yada.

Hmm. Fuhhh. *kembungkan pipi pandang ke atas dan tahan tangis semahunya*. Tahan sebak di dada. Terasa tu memanglah. Terkejut, sentap dan baru rasa macam kembali ke alam nyata. Ahh, aku bekas pelajar asasi dan kenapa aku tak boleh menjadi super amazing student here? Kadang aku terlupa aku ni bekas student foundation. Tapi, aku telan kata-kata itu secara positif. Aku akan ambik tu sebagai pembakar semangat untuk lebih berusaha. Sebab kadang aku nak stress out diri aku kat sini pun tak boleh sangat. Aku tak berapa sihat. That's the point, tapi in the same time, aku tak nak masalah kesihatan jadi batu penghalang. Diploma Sains dengan Asasi Sains bezanya tak seberapa. Kesibukannya hampir setara.

Niat aku ke sini ingin belajar lillahi Taala. Sumpah. Kalau boleh aku tak nak mengaku pun aku ni bekas student foundation. Biar title tu takde, berkubur begitu sahaja. Boleh je kalau aku nak buat asasi balik. Tapi, buat apa aku buat something yang aku already know it is penyebab aku sakit. Asasi, life is packed, belajar laju, study gila-gila sampai aku abaikan kesihatan aku, *okay this is my bad, orang lain boleh je strive dekat asasi kau pahal* makan pun tak lalu, tambah pulak dengan stress then always nak pengsan dekat fakulti. Doktor nasihat dengan keadaan aku macam ni better buat diploma, so buat diploma lah. Nak cari pasal buat apa kalau dah tahu kemampuan diri macam mana. I know my limit, people. Allah arranged everything beautifully for me, I believe it.


The point is, is it necessary for me to show-off to them yang aku ni knows everything? More advanced than them? Brag about that? No, aku bukan jenis macam tu. Yes aku lagi advance, dah belajar apa yang korang belajar sekarang and it's kinda basic thing. But, aku tak nak, showing off that I know everything in front all of you like you all tak tahu apa pun. Tak perlu macam tu. Because, I know, what I will get is just hatred from others and, I admit, I'm not kinda excellent student pon. Nanti kalau show-off sangat, confident sangat, bila dapat pointer rendah, masa tu kau akan hadap betapa malunya berkelakuan sedemikian. I wouldn't do something that will embarass me. Yang penting, aku nak belajar lillahi Taala.

When I take this thing positively, I actually thanked to him a lot sebab buat aku sedar. Supaya aku tak berada dalam zon selesa. Tukar gear pada saat-saat ni. Test banyak, final dah dekat. Aku bersyukur dia cakap macam tu sebab at least dia dah buat aku sedar. Tapi, apa yang penting, niat aku. Belajar kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Hmm, terima kasih Haris you made my day, changed me with your little words. But, you'll never change my intention towards Him. Haha, relieved alhamdulillah.

Inshaa Allah. Kali ni, aku akan focus 100%. Final exam, aku datang.

Dia lah kawan aku buat main dialah kawan aku buat gaduh. Simoh. Walaupun kekadang perangaimu tak matang, tapi adakalanya boleh pakai juga. Hahaha. Okay gambar ni tak berkait.

Monday, September 2, 2013

#1 Adakah Dentistry Masih Menjadi Pilihan Saya?

Assalamualaikum 

Semuanya bermula pagi hari ni semasa aku tengah nyenyak tidur. Umi menjengah masuk ke bilik dan duduk di sisi aku. Umi cakap, umi takutlah. Dunia sekarang memang kejam. Umi tengok kat Facebook ada sorang budak perempuan hilang diculik di Seberang Takir. Bertutup litup, comel orangnya. Tapi kenapalah orang buat dia macam tu. Apalah nasib dia, keadaan dia sekarang. Umi sayang anak perempuan umi dua orang ni. Bela sejak kecil susah-susah bila dah besar senang je orang nak ambil *sambil gosok-gosok belakang aku*. Aku terus terpisat-pisat celikkan mata. Hairan kenapa umi dah bertenggek tepi aku pagi-pagi. Aku cakaplah, biasalah dunia hari ni umi. Memang kejam. Kalau difikirkan sangat, kita nak keluar rumah pun takut. Umi nasihat, dengan kecanggihan teknologi hari ni remaja makin hanyut. Dunia tanpa sempadan. Penting untuk kita mendidik hati dan jiwa, mengekalkan iman yang ada sejurus meningkatkannya. Sebab pokok pangkalnya, kehendak diri kita sendiri. Aku tahu itu umi, terima kasih kerana sering mengingatkan aku, mentarbiah aku.


Tiba-tiba umi keluar topik, betul ke aku boleh jadi seorang doktor gigi? Dengan keadaan aku yang penyegan, takut darah, tak boleh tengok orang accident. Lantas aku terfikir sejenak. Betul kata umi tu. Betul umi sangat mengenali anak perempuannya ini. Sebenarnya perkara ni dah lama aku fikirkan. Dah banyak kali aku selami sedalamnya. Aku memang penyegan. Aku memang takut darah, tak boleh kawal diri tengok mangsa teruk accident, geli-geleman pada benda-benda yang jijik, kotor sikit tak boleh, tengok orang cacat pun tak lalu nak makan. Aku sorang je anak umi yang macam ni. Aku tak nafikan semua tu. Dan hari ni aku jadi termenung, mengelamun, berfikir. Semua benda aku tak fokus. Aku runsing, risau. Seriously aku tak ada terfikirkan kerjaya lain selain doktor gigi.

Benda ni semua aku dah selidiki. Being a dentist, aku kena posting dekat pelbagai unit di hospital. Kalau para doktor dipanggil ‘houseman’, para dentist pula ada istilah tersendiri iaitu First Year Dental Officer (FYDO) dan Second Year Dental Officer (SYDO). Dentist akan ditempatkan di pelbagai unit seperti Oral Surgery (OS), Paediatric, Periodontology, Orthodontic, Restorative untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada pakar pergigian. Seriously, bagi aku paling aku takut ialah unit OS. Situ posting paling lama kot. 4 bulan. Kat situ lah mangsa fresh accident yang koyak rabak bahagian mulut, patah rahang apa semua dihantar. Kat sini lah kena jahit itu ini dan kat sini lah dentist paling sibuk oncall. Mangsa accident yang cedera parah dengan darah masih lagi segar memang hantar kat sini kalau kecederaan bahagian mulut dan muka tu teruk. What the point is, aku seorang yang cannot handle something that involving accident. Maunya aku dulu yang pengsan kat situ. Aku tak kuat semangat.

Bercerita pasal OS, aku ada pengalaman. Depan mata aku. Masa tu aku ada dekat bahagian unit pakar bedah mulut dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah. Aku buat medical check-up dan umi yang temankan. In front of my eyes, sorang patient yang accident teruk, rahang senget, bibir jadi bengkak accident, air liur meleleh-leleh dengan kepala terkulai. Muka memang bengkak. Masa tu semangat aku macam direntap. Aku pegang umi kuat-kuat. Umi cakap, macam  ni ke nak jadi dentist? Ni baru sikit. Masa tu aku dah longlai, pening nak pengsan. Semangat aku melayang. Azam untuk jadi dentist seolah dipatah-patahkan. Air mata aku hampir terburai. Aku istighfar banyak-banyak. Mashaa Allah. Seteruk inikah? Adakah Kau mahu menguji hamba-Mu ini. Adakah Kau nak tunjukkan dekat aku. Masa tu memang aku terus cakap kat umi. Umi, umi rasa mampu ke saya nak jadi dentist dengan macam ni? Usai buat check-up, aku balik. Dalam kereta, aku tak putus fikirkan perkara ni.


Allah dah tunjuk dekat aku. Allah menduga aku, mampukah aku hadapi cabaran sehebat ini. Hari-hari biasa aku ke klinik pergigian pun aku sentiasa muhasabah diri. Sentiasa kutip pengalaman. Pesakit tak putus dapatkan rawatan. Gigi pesakit macam-macam ragam. Bukan yang cantik-cantik bersih je. Doktor gigi bukan setakat check gigi, cabut gigi, tampal gigi je. Kena yang berbulan-bulan tak gosok gigi macam mana? Yang karies gigi teruk. Yang gusi bengkak bernanah berbau siap lepas tu kena buat drainage lagi. Pesakit datang dengan sakit yang pelbagai. Takkan nak pilih patient. Mana boleh. Bagi yang mulut yang sangat kotor dan banyak plaque, kena buat scaling. Walaupun pakai scoop dengan mask, tetap terpercik ke muka kita. Aku penyegan, geli. Kotor sikit tak boleh. Mampukah aku? Aku nak kerja nanti bukan untuk sehari dua.Tapi sepanjang hayat selagi tak pencen. Bayangkan kalau time mengandung. Tiap-tiap hari nak hadap mulut orang yang pelbagai rupa. Mampukah aku bertahan? Atau muntah je kat situ? Atau nak skip, mintak dentist lain yang handle? Mana boleh. Mungkin orang cakap takpe, lama-lama akan jadi terbiasa apa semua. Mungkin. Tapi kalau tak macam mana? Nampak tak ketidak'positifan' aku kat situ?


Bukan sekadar check gigi, tampal, cuci dan cabut.

Pesakit ni macam-macam ragam. Aku tak boleh hadap orang cacat, syndrome down, genetic disease apa semua. Nak tengok tak boleh. Nak makan tak lalu. Tapi patient yang macam tu pun kena handle jugak. Tak masuk lagi yang penghidap AIDS datang nak dapatkan rawatan. Dengan muka berkudis mereput, ya Allah. Kuatkan semangat aku. Aku ada satu pengalaman masa dekat rumah atuk. Masa tu aku tengah makan nasi depan tv. Tengah seronok melantak tetiba keluar iklan rancangan realiti TV, 'Bersamamu' siarkan seorang remaja yang terencat akibat demam panas semasa kecil. Hanya mampu terlantar pakai pampers. Terus aku muntah kat situ. Teruknya aku.


Satu lagi pengalaman lagi masa umi dan abah pick-up aku dekat universiti. Singgah dekat R&R. Masa beli makanan,aku ada nampak sorang budak India yang nak kata syndrome down tu bukan, tapi dia macam ada masalah genetic. Cakap pun sengau macam tu. Struktur muka dia macam tak berapa betul. Bayangkan budak tu makan meja depan aku. Nak lari memang tak boleh sebab tengah makan. Sekali tadi je masa beli makanan aku tengok dia. Masa makan tu aku tunduk memanjang sambil makan. Langsung tak tengok depan, dongak pun tengok arah lain, kaburkan mata. Heh, pandai pulak. Bakso yang aku makan langsung tak habis dek rasa lain macam je. Terus tak ada selera. Umi dengan abah tengok je kat aku then senyum memanjang. Memang dorang dah sedia maklum dengan perangai aku yang alah dengan benda-benda macam ni. Bukan aku nak jijik dengan ciptaan Allah, tapi memang aku tak boleh dengan benda macam tu. Bukan aku yang mintak semua ni. Aku sedih dengan nasib diri. Lantas hatiku menjerit, macam mana nak jadi dentist ni?!

Bersambung...

Thursday, August 29, 2013

Busy

Assalamualaikum 

Hi. Tak sempat nak update blog lately. Tersangatlah busy dengan study. Kekadang rasa macam nak buat blog ni private or just simply delete this blog sebabnya, takde makna, sebab tak update sangat. Sebab lain pulak, sebab rasa macam nak privasikan sikit hidup ni. Heheee. Tapi, bila difikirkan balik, entahlah. Sayang pula. So, terpaksa biar bersawang macam ni kot. Nantilah fikir. Maybe akan privatekan, or delete.

Elehh, padahal takde sape nak baca pun. Okay, got to go. Balik ni tak boleh online. Cannot. Must study, buat jotter, buat latihan Mathematics. Test berkepuk minggu depan. Yela, menjelang final exam ni, memacam test perlu dihabiskan, silibus pun masih banyak and as a student, this is the peak time. Mana nota, mana latihan nak kena buat, mana segala benda nak kena ingat. Kalau diikutkan memang banyak benda nak cerita kat sini. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan.


Journey of Caliph Programme


Wednesday, August 21, 2013

Masih Mencintainya

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Namun kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Kerna kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Kerna ku masih mencintainya

Namun kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Kerna kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Kerna ku masih mencintainya

***

This is my favourite song now yang aku duk ulang rasanya dah lebih seratus kali. Haha. Memang selagi tak puas dengan lagu ni, selagi tuu aku pasang. Suka lagu ni sebab lagu dia memang best dan lirik lagu dia macam ada maksud dan kaitannya dengan aku. Eh ada lagi lagu best yang aku gilir ulang dengan lagu ni. Tajuknya Sandiwara Cinta - Republik. Klik link di bawah untuk download lagu best ni.

Tuesday, August 13, 2013

Allergic

Assalamualaikum 

Well, mesti semua orang happy raya ni kan? Bad thing happened to me. I got fever on the first day Syawal. Sempat solat raya tapinya petang tu masa kat rumah nenek badan jadi panas mendadak and I slept for the rest of the day. The day after pun still demam, sakit kepala tak sihat jadinya aku tak raya lah. Tunggu orang datang beraya kat rumah je. Of course jugak takde gambar raya. Tak bestnya raya tahun ni. Raya keempat pun dah kena balik kolej and start kuliah. So, enough. Stop talking about raya.


Today pergi kuliah macam biasa. Second day kuliah dah. Semalam habis satu badan naik gatal-gatal macam kena gigit nyamuk sampai bengkak mata. Allergic apa pun tak tahu lah. Dah lama macam ni. Starting three weeks before rasanya. Pernah pergi klinik sekali tapi hari ni pergi sekali lagi. Doktor cakap it is dangerous. Sepatutnya masa naik gatal semalam tu and bila-bila kena terus pergi hospital. Gatal macam ni boleh buat sesak nafas tapi alhamdulillah semalam tak ada sesak nafas. Next time kalau jadi lagi, he insisted me to immediately see him and terus akan dihantar ke hospital. For now, baru tahu yang aku allergic debu. Detergent memang allergic, tapi tak sure lagi lah yang allergic air tu. Makanan so far tak ada lagi lah allergic. Doktor cakap kulit aku ni sensitif so kena jaga bebaik. Then terus kena inject. Sakit tangan nak angkat pun susah. Petang tu tak pergi kelas. Ubat tu makes me dizzy and tak larat. Tido memanjang.


Semalam start kawad. Komander suruh group aku turun pumping. Aku pun cecepat turun sekali tapi immediately bangun and sapu tangan. Macam kena current je. Tak nak kena macam hari tu lagi. Sekali pumping atas tar, habis merah tangan lepas tu naik gatal-gatal. Fuhh, selamat tak kena pumping. Duduk tercongok je la kat tengah tu. Masa komander tanya kenapa tak pumping, muka aku dah nak nangis dah. Komander tanya macam nak gaduh.


Now tengah study English dengan Maths. Besok nak bincang tutorial. Ohye, semalam aku start guna Hada Labo and makan EPO. Can't wait to see the result. Haha.


Bye.

Friday, July 26, 2013

Hidup Dalam Kenangan

Assalamualaikum 

Hi there. Hi there *sengih mintak penampar* Hehee. Humm, yeah yeah aku tahu aku kena study sekarang. This week ada tiga tests. Lek ah. So now aku sensorang dalam bilik. So noob rasanya tetiba rasa macam forever alone. Roomies ada yang balik, ada yang hang-out. Kawan semua balik. I just decide to stay pickled in this room and now starting my monologue in this awesome blog. Pehh.

Hmm, hari ni rasa sangat penat and restless entah kenapa padahal bukan study sangat pun. Maybe lebih tidur kot buat badan rasa lemau dan kepala rasa pusing semacam. Nowadays seriously aku banyak sangat minum air and rasa macam selalu je nak makan. Maybe tanda-tanda kot. Haha. Pleaseee, this is Ramadhan. Kalau rasa tak nak datang pun takpe. Malas nak ganti. Hihi.

Hmm, I love reading the other's blog sebab sedikit sebanyak bagi aku pengetahuan and sometimes let me know about something new. I mean kinda social stuff sebab aku ni bukan lah seseorang yang suka keluar bersosial pun. Jangan tak percaya because I tend to stay in my room for ages. Serius tak tipu. Jangan cabar ai. Ni baru je lepas stalk blog Nurulbadiah Lai dan sangat terinspirasi lepas baca entri ni semalam. Antara blog best ialah, blog Irene Nadia, Fatin Liyana, Fatin Suhana, Maria Elena, Peti Suara, Dena Bahrin, Farah Lee, Yuyu Zulaikha bla bla bla. Suka baca blog dorang. Hehee. Kalau korang ada blog best untuk dibaca dipersilakan suggest dekat ruangan comment ye.


Kekadang kita ada juga stalk someone yang kita tak suka sebab dia buat hidup kita rasa tak best contohnya blog perampas kekasih kita *macam kasar bunyik nyer* or even blog ex kita kan. But now, aku dah stop buat semua tu sebab aku rasa, buat apa nak sakitkan hati sendiri kan. Lebih baik kita tak payah ambik tahu pasal mereka and just simply move on. I admit selama ni aku hidup dalam kenangan. Tapi sekarang macam perlu sedar lah sebab orang yang kita hidup bersama dalam kenangan tu rupanya tak pernah kisah pun tentang kita. They already move on far away even earlier. Mereka dah pun ada pengganti and live happily already. Kadang bila ingat balik sedih juga. Tapi sampai bila nak biarkan diri berduka dan hanya menyaksikan dia ketawa bahagia. Myself also need such kind of bahagia. Dah lama sangat hidup dalam kenangan. This is the right time. I guess it is better to be late than never. I need to be a new Zetty. Zetty yang baru dan ceria, seorang yang dah tak ingat apa yang berlaku dan pernah terjadi dahulu. Tak ingat kenangan itu. Tak hidup di situ. Kena hidup dalam realiti bukan fantasi. Move on. Kerana aku berhak untuk bahagia. Kerana aku berhak bukan untuk dia. Mungkin perlu buka peluang untuk orang itu pula. Memang silapku membazir masa hidup dalam kenangan bersama dia. Sedangkan sebenarnya dalam kenangan itu dia hanyalah bayangannya. Cukuplah. Tapi bukan aku yang mintak semua tu. It was sincerely I can't loosen my grab of it.

Ehh, tetiba layan perasaan. Hmm, apa pun. I need to wake-up now and face the reality. Heii, bumi selalu berputar, masa selalu berjalan. Buat apa hidup dalam bayangan. Think of the future. Kita bergerak ke hadapan, bukannya ke belakang. Yang semakin dekat ialah masa hadapan, yang semakin jauh semestinya kenangan. Biarkan ia berlalu, biarkan ia pupus kalau itu semua hanya mampu menyakitkan hati. Cari bahagia, teruskan hidup. Inshaa Allah.

Husnudzhon. Maybe the true him didn't pick me up yet. Maybe he is preparing himself, or simply maybe it is not the right time.


Thursday, July 25, 2013

Mood Happy

Assalamualaikum 

Mood tengah happy sebab baru je beli power bank online. Inshaa Allah by next week parcel sampai ke tangan. Tak lama lagi my dear iphone ada teman untuk bermanja. Heheee. Ohya, by next week juga iphone akan sampai ke tangan. Dah seminggu hantar ke Shah Alam untuk baiki skrin. Bila dah dapat power bank nanti aku buat review ya. I hope semuanya baik-baik belaka sebab dah survey berapa hari dah untuk beli the best power bank.


Minggu ni tak balik rumah sebab next week ada tests and sebab nak terus balik next week cuti panjang untuk raya. Sadly, raya keempat dah kena datang balik. Baju raya pun tak beli lagi ni. Ehemm. Semalam kan, kita pergi outing dengan besties. Enur dengan Laila. Sewa kereta untuk temankan dak Laila beli tiket balik Kelantan. Pas beli tiket, pergi serbu Apple Authorised Reseller tengok-tengok item yang ada then terus pergi Mekdi untuk beli juadah berbuka. Hahh, tang ni part paling best. Pergi Watsons! Ahh excited lak nak citer. Okay, Watsons and Guardian ni tempat paling aku suka pegi. Lepak kat situ pun takpee. Pergi untuk beli stok supplement Evening Primrose Oil Blackmores je sebab dah lama planning nak beli. Nanti cukup sebulan consume aku buat review and citer apa itu EPO, kebaikan, effect yada yada. Balik tuu, singgah bazaar dekat Permint kejap beli ayam madu favourite. Then terus balik berbuka kat bilik. Penat wohh. Tapi berbaloi lah kan sewa kereta instead of naik prebet sapu. Enur yang drive gilir dengan Laila. Harapkan aku bila lah khennnn. Lesen pun tarak. 


Besok ada lab Physics, Kimia dan Biology. Need to prepare mental and physical untuk buat lab and untuk buat report after that. Arghh, stress.



Haa, EPO.


Sekian sahaja.

Puasa Ke-13

Assalamualaikum 

Sekarang going to do Physic's lab report. Semalam kan bukan main lagi kita turun training netball sampai habis sakit-sakit badan. Release tension main sungguh-sungguh sampai puas hati. Hmm, maybe last time turun training kot sebab segala jenis sukan ball ni macam tak ngam dengan aku termasuklah basketball. Next sem nak drop both of 'em. Takde talent *insert crying here*. Sanggup turun main sampai tak hafal pun surah Yassin sedangkan besok harinya ada hafazan. Hari ni, awal pagi tuu masuk kelas then hafal kejap dengan Mirah dalam berapa minit je. Alhamdulillah, boleh hafal dan tasmik dengan baik depan ustazah. Heee.

With Ainur

Hari ni Isnin so, teramatlah letih. Tambah pula ada kawad Kesatria. Memang menguji kesabaran insan yang sedang berpuasa ini. Kawad seronok bila dapat buat dengan betul tapi sangat tak seronok time kena marah. So, I decided to do training. Takkan muka yang sama ni je asyik wat silap. Malu jua diri ini.


I'm in the mood of surveying power bank for my dear iphone. Bolehla buat stand-by battery phone time raya nanti. Hee. Rasanya dah takde apa kot untuk kali ni. Sekian sahaja.

Thursday, June 27, 2013

Mega Club Registration Day

Assalamualaikum 

It's a bit havoc today because satu bilik bangun lewat. Maklumlah tengah cuti bulan mengambang. Kelas start pukul 8.00 pagi tapi Laila terkejut 10 minutes early so, meraban lah aku capai towel. Dengan kepala yang berpinar baru bangun. Semalam tidur pukul 2.00 pagi. Aufa punya pasal call sampai pukul 2.00 pagi. Haha. Cehs, salahkan orang. Masa terkocoh-kocoh nak pergi kelas nasib baik jumpa coursemates tengah jalan. They remind me yang kelas Sir Bani untuk lab session memang dia suruh datang lewat 30 minit. Fuhhh, baru aku boleh menarik nafas lega dan jalan perlahan-lahan.


Masuk je kelas, mata Sir Bani bengkak. Haaah kantoi tidur lewat jugak. So, belajar macam biasa je and keluar awal. Ada laa masa untuk prepare for quiz Biology. Sambil study, sambil breakfast. Masuk kelas Fizik, boringgg tahap apa. Jahat kan? Memain je kerjanya kalau kelas Sir Hafiz. Tak boleh ni. Tak bagus. Kena fokus lain kali. Bukan apa, Sir Hafiz just briefing pasal lab session soon. In the middle of the class, Madam Salinal message yang kelas dibatalkan. Weeeehuu, tak payah present hari ni. Sumpah aku tak prepare apapun lagi. Kalau kena present pun memang just present on the spot la. Spontan. Nasib baik. I don't wanna give a bad impression though. It's a relief then.


After kelas Physics, temankan Chee beli lunch. Err, I'm still full so no need to buy lunch. Diet lah sikit. Gemuk kan susah nanti. Mula la mulut MAY tak henti cakap gemuk. Then lepas tu tak lupa masuk dewan utama untuk club registration. I saw Taylor Lautner on the spot. Okay, buat tak nampak sudah. First sight, ternampak Kelab Kebudayaan dan Warisan (KKW). Terus register, bayar RM5 then dapat dua merit. Memula tu agak berfikir lah nak daftar sebab setakat ni aku dah masuk 5 kelab kot. Gila apa. Mentang takde limit nak masuk any club. Tapi, no wonder lah sebab semua kelab aku masuk tu atas keinginan dan minat sendiri. KKW aku pilih untuk tarian, Gemalai Bayu. Memang minat menari. Kat rumah pun menari. Menari baik untuk kesihatan dan badan ye. Boleh tendang obesiti laju-laju. The other four clubs are Kelab Minda Islam, ELLiTs, The Crypters Basketball, and Netball Club. ELLiTs tu English club. Next sem akan kurangkan penglibatan kelab. Tapi tak tahu nak drop yang mana. Ottoke?


The good news today, hadiah untuk si dia tersayang dah sampai. Rasa excited je nak bukak. Maklumlah saya ni jenis yang sukakan hadiah dan kejutan. Tapi, sabar. Nanti bukak sama-sama dengan dia. Cehs, padahal dah tahu apa isi kat dalam. Now, kena baca Biology sikit untuk kuiz nanti. Last class for today. Pray for me pleaseee.


Sokian.


Wednesday, June 26, 2013

Third Time Outing

Assalamualaikum 

Today jadual kelas sangat heaven. Kelas Math dibatalkan so, aku ada satu kelas je. Alhamdulillah. Lagi happy lepas MAY hantar message nak datang ajak keluar lunch. He picked me up at the college and pergi masjid dulu sebab dia belum solat Zohor. After that, terus terjah Secret Recipe. Order chocolate cakes for both of us and a couple cups of tea. Dasar MAY tekak United States. Maaflah, aku tekak Melayu *kureng sikit kalau makanan manis-manis*  Balik college terus rembat Mee Hoon Tomyam. Ahhh, baru kenyang. Tadi mengada pilih menu sama dengan MAY. Heww.


Tapi tadi dia habis pulak makan kek tuu and terus kenyang. Bila paksa habiskan yang aku punya tak nak pula dia. Ingatkan boleh laa habis those cakes. After bayar, terus balik sebab his mum called.

Apa pun, I enjoyed every seconds with him. Thanks for all. Hadiah untuk dia tak sampai lagi. Baru je semalam Dr. Farhan pos. Harap dia akan suka hadiah tu dan habiskannya. I hopeee.


Okay that's all from me. Esok I have a Biology quiz and I need to present for English. Do pray for me. I will do my best tomorrow inshaa Allah. Tomorrow's schedule is quite packed because ada four classes and habis pukul 4.20 petang. Hmm, esok sure penaaat.



Sekian.