Friday, November 23, 2012

Beza Facial Wash Dan Facial Foam

Assalamualaikum ♥


Ada yang mungkin tak jelas beza antara facial wash atau facial cleanser dengan facial foam kan? So saya buat keputusan untuk menaip entri ini untuk korang yang tak tahu beza antara keduanya.

Firstly, of course beza teksturnya. Facial wash dalam bentuk liquid usually transparent liquid lah dan facial foam ni dalam bentuk buih. *foam kan maknanya buih*  Kalau tak silap saya. Tapi ada sesetengah facial foam ni bukan dalam bentuk buih tau. Ada yang dalam bentuk macam keras sikit. Ala-ala matte macam tu. Senang cakap macam toothpaste. Tekstur facial foam ni berbeza mengikut certain jenama.

Gambar 1

Sebagai contoh saya boleh bagi ialah facial foam Sebamed. Dia datang dalam container liquid pump applicator and facial foam dia adalah buih. Saya pernah guna produk ni dulu sebab muka sensitif dan berjerawat. Tapi effect dia berbeza bagi setiap individu. Kalau sesuai, okay. Kalau tak, dinasihatkan tukar produk lain. Saya suka sebab ni produk German. Umi saya yang sarankan. Agak mahal tapi berkesan. 


Sekejap saja saya guna Sebamed sebab tak sesuai sangat dengan kulit. Tapi jangan bimbang sebab kawan saya ada yang gunakan dan sangat sesuai dengan dia. Alhamdulillah kulit dia licin mulus. Sekarang saya jumpa satu produk yang sangat berkesan dengan kulit saya. Sayang sangat produk ni sebab muka saya sekarang licin dan memang tak ada jerawat lepas gunakannya. Tapi kalau timbul jerawat time bulan mengambang tu biasalah kan. Saya guna Tracia Teen *terbongkar sudah*  Kesan dia memang super miracle. Okay, facial foam dia dalam bentuk paste tau *rujuk Gambar 3*. Bukan buih. See? Saya dah cakap lain jenama lain strukturnya. Tapi apa yang penting saya suka sangat guna Tracia Teen. Berkesan. Kini saya menjadi pengguna setia. Hehe. Jangan risau, ini review tak berbayar pun eh.

Gambar 2

Gambar 3
Perbezaan ketara antara facial foam dan facial wash adalah, facial foam buat kulit wajah rasa kering lepas basuh, jadi, minyak semulajadi pada wajah akan hilang sama. Kalau facial wash atau cleanser, ia hanya akan membersihkan wajah tanpa menghilangkan minyak semulajadi pada wajah.


Tapi jangan bimbang ye sebab dua-dua bertindak untuk membersih. Okay, faham semua? Faham kan. Kalau faham sekian sahaja info yang saya boleh kongsikan. If ada kesilapan fakta atau apa-apa yang saya silap cakap sila maklumkan ya. Ada apa-apa soalan sila komen. Saya suka ditegur andai tersilap.


Bye.

10 comments:

Mushi Mushi said...

betul-betul jadi ye zetty ?wah.....! :)

EarKix said...

boleh tak tukar mouse?? kecik lagi..

ermm... saya x faham info kat atas sebab tak pernah guna..

XD :)

Zetty Zuharizam said...

Qilaa : yup. jadi. kurang laa sikit jerawat. tak teruk macam dulu. tapi depends pada kulit seseorang gak. kalo sesuai okay lah.

Amir : hmm. cursor tu nanti lah tukar takde mase lagi ni. yang sal info tu khas untuk siapa yang tak tahu beza dua tu je. amir tayah pakai arr. kulit dah okay.. :)

EarKix said...

aq punya nature

Zetty Zuharizam said...

untunglahh.

Awasha a.s said...

salam. nak tanya, beli kat mana eh? ada x jual kat mana2?

Anonymous said...

Dah beli produk teen ni .. Sapu acne cream dua hari kemudian jerawat pecah dan makin mengecut , alhamdulillah.. Baru beli starterkit kat watson,guardian dgn shopping mall pun ade.. Hrp2 entri ni menjadi ye .. inshaAllah

Amirah Suhaimi said...

Beli kat mana eh?

Nabiha Idris said...

sis saya ada masalah jerwat dan saya baru beli tracia teen tpi bawah tu dia tulis oil control and bawah lagi tulis medicated facial wash tk sama mcm sis . apa bezanya sis?

Unknown said...

Sya amni n sya jwabkanla ea pertanyaan awk tu ea..klau nk tau medicated wash tracia teen tu utk org yg mengalami jerawat yg teruk..sya gna yg tu la alhamdulillah jerawat kurg dan muka sya dh ok..tpi bla dh ok kna stop gna medicated wash tu sebb ia akn buat kulit muka kering..klau utk oil control pulak klau kulit awk berminyak so awak blh gna pencuci ni..setiap produk tracia teen ni ada function ia..n tekstur pencuci tu berbeza ikut jenis dia..heee..hrap terjawab la ea..