Sunday, July 29, 2012

Moral Down

Assalamualaikum ♥


Muka sembap dan takde mood. Time ni study dengan bebudak Farmasi.

Hari ni hari kesembilan Ramadhan. Hari ni juga  aku ada test. Test 1. Test yang pertama aku hadapi selama hampir dua bulan aku berada di sini. Persediaan menghadapinya memang sangat kelam-kabut. Aku memperuntukkan dua hari untuk mengulangkaji subjek Foundation Mathematics. Ya, selama dua hari juga aku bersengkang mata tidak tidur. Test Math sudah lepas. Stress? Agaklah. Tapi takde sampai aku moral down. Ohya, sepanjang hari test itu berlangsung, kuliah,tutorial serta lab tetap berjalan seperti biasa. Kuliah Physics juga masih diteruskan dengan menghabiskan dua bab dalam masa satu hari. Again, dua bab sehari. Kepala aku sekarang sudah pandai pula berjinak-jinak dengan penyakit migrain. Terpaksa telan panadol dengan kerap untuk kurangkan rasa sakit yang mencucuk-cucuk itu. Disebabkan aku abaikan masa tidurku, di tambah pula dengan cuaca yang panas dan kurangnya minum air, aku telah jatuh sakit. Demam selesema. TEST 1 + DEMAM. Macam best je bunyinya kan? Satu hari aku tak ke fakulti. Kepala sangat sakit. Selesema dan batuk bersatu. Ya, aku terpaksa tak puasa hari itu. Petang, selepas siap mandi dengan harapan aku berdaya untuk melangkah ke Pusat Kesihatan UiTM, dan memang aku terasa sedikit segar lepas mandi. Bolehlah melangkah ke sana ditemani Shya. Tetapi, alangkah malangnya nasib bila doktor cakap tak boleh kasi MC. Katanya, suhu aku tidak mencapai suhu demam. Suhu aku 37.5oC. Macam mana nak capai, dah tu aku dah mandi berjam-jam tadi nak segarkan badan. Nak tak nak kenalah redha walaupun dah berapa kuliah, lab dan tutorial aku terlepas hari ini. Lantas aku sedapkan hati untuk buat surat tunjuk sebab sendiri. Balik saja ke bilik, terus aku taip surat. Kawan-kawan sudah risau. Aku demam, tak lama lagi nak ambil test Foundation Physics dan Chemistry. Kena sembuh cepat-cepat, kata Syafiq. Kau tak boleh press sangat diri kau, kata Amsyar. Ubat aku makan,tidur pukul 2.00 pagi. Kira awal lah kan daripada aku tak tidur langsung selama ni?


Test Chemistry dan Physics dah pun habis. Semalam study, dan surely tidur lewat dan tak lena. I took my test alone. ALONE in Dewan Peperiksaan 4 with other groups students. Aku call depa tak boleh. Nak tanya ambil test kat mana tapi. Sepi. Ahh, persetankan. Aku ambil je test kat sini. Sampai bila nak bergantung kat orang lain. Memang tawakkal tu’alallah la. Aku tak sebijak mereka. Tak serajin itu. Tak segenius kalian. Aku hanyalah seorang budak yang zero menagih ilmu. Macam mana jawab test tadi? Hancur. Ya, lepas tu aku rasa down gila-gila. Tapi aku tahan. Macam-macam soalan bermain di minda aku. Macam –macam sesalan bertakuk di lubuk hati. Tahan lagi dan tahan lagi. Aku rasa aku tak layak berada di sini. Aku rasa aku tak layak berkawan dengan meraka. Aku tak setanding mereka. Kenapa aku di sini? Siapa aku? Apa aku nak? Layakkah aku? Aku nak jadi seorang doktor gigi je pun. DOKTOR GIGI. Bukan minta nak jadi Perdana Menteri ke apa. Susah sangatkah? Y U NO LET ME BE A DENTIST? I'M GONNA CRY.


Aku terus berjalan. Ingin teruskan naik tangga atau tak? Ahhh, aku melencong ke toilet sebentar. Basuh muka. Sejukkan kulit. Telefon bergetar. Beberapa missed called Einshyrah, Efa Hase dan mesej Syafiq berbaur kebimbangan. Aku biarkan. Selepas itu aku berjalan. Tanpa perasaan. Menuju ke tangga untuk balik ke bilik dengan longlai. Saat itu memang aku sangat down. Tiba-tiba.. "Zetty, kau ambil test kat mana? Kami semua risau." Syafiq menyapa dari belakang. Aku menoleh dan memandangnya tanpa perasaan. Kenapa dia berjaya temui aku? Saat ini aku rasa aku tak perlukan sesiapa. Aku berpaling kehadapan semula. "Kau nampak stress sangat." Kata Syafiq lagi. Kali ini aku tak berpaling lagi. Satu patah perkataan pun aku tak balas. Ya, aku stress. Aku down. Aku berlalu meninggalkan dia. Langsung tak berpaling lagi. Laju kuberjalan menuju Kolej Kediaman. Laju juga air mata mengalir di pipi. Selaju langkahku kini. Pelbagai sesalan, persoalan bermain di benakku. Sebak. Kulihat ramai manusia menunggu di depan lif. Groupmates aku juga ada di situ. Aku tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Lantas aku daki tangga ke tingkat 5. Sejurus sampai, aku tak mahu bersua muka dengan housemates. Aku masuk ke rumah dan terus menonong ke bilik. Nasib baik roommate tak ada. Aku rebahkan badan atas katil. Memandang ke arah siling. Rasa menyesal memperlakukan Syafiq sebegitu tadi. Dia tak bersalah malah prihatin terhadapku. Apa aku buat ni? Otakku ligat mencerna segala apa yang terjadi. Seligat kipas siling yang berputar itu. Rasa bersalah bertandang di hati. Rasa tertekan menyelubungi diri. Seraya itu, ketenangan cuba mencelah masuk sedikit demi sedikit untuk meleraikan kekusutan.


Biarlah keputusan test aku yang pertama ini teruk. Bukan result itu yang bermakna tapi, sekurang-kurangnya dengan moral down aku tadi, aku mampu membina kembali kekuatan diri. Dari itu aku tahu di mana kelemahanku. Dan dari itu juga aku tahu macam mana ingin menyusun strategi seterusnya. Tidaklah aku terus berada dalam zon selesa. Macam umi dan abah pesan semalam. Jangan kelam kabut. Relaks. Selesaikan satu persatu. Positifkan diri. Terima kasih umi dan abah sebab concern mengenai anakmu ini. Biarlah kita study sedikit-sedikit tapi asalkan kita faham. Jangan pula study teruk-teruk bertungkus-lumus tapi tak masuk apa-apa. Terima kasih Eleena Ng atas nasihat itu. Ya, sekarang aku akan positifkan diri. Tenang dan selesaikan semuanya secara sistematik. Sekarang aku tak boleh rasa bebas lagi sebab tiga hari dari sekarang, test Biology pula akan menyusul.