Thursday, March 29, 2012

Khabar Kemalasan

Assalamualaikum ♥

Apa khabar orang kampong ?

Baik, di kemalasan ini aku paksa juga diri untuk update blog. Memang rasa malas sangat nak menaip. Konklusinya, aku tak boleh jadi kerani atau personal assistant, kan? Haha. Eh, tetiba.


Okay, baru-baru ni semua orang duk kecoh update blog pasal result SPM and isi UPU kan? Aku yakin seratus peratus. Berani potong jari apa. Berbalik pada result aku, alhamdulillah aku dapat 2A+ 4A 1A- 2B. Dapat B Fizik dan Additional Mathematics. Aku tak sentap pun sebab tak dapat semua A sebab aku memang tak target untuk Fizik dan Add Maths. Nak tahu rahsia? Aku tak pernah hayat pun lulus Add Math. Kiranya, aku syukur sesangat dapat B. Fizik pula, okay la sebab pernah lulus. Dapat D. Terkejut? Aku tak tipu sebab memang hakikatnya macam tu. Aku syukur sangat-sangat dah dan sempat buat sujud syukur. Alhamdulillah, Ya Allah.

So, memang pada dasarnya aku nak ambil Pergigian dekat UIAM. Tapi disebabkan Fizik aku tak dapat B+, aku hanya mampu bermimpi. At least aku kena dapat B+ untuk Fizik. Ahh, apakan daya. Bukan rezeki aku ke situ.

Sekarang abah dan umi nak aku sambung belajar dekat Timur Tengah ambil Pergigian. Tapi bila aku try minta tajaan Yayasan Terengganu, malangnya mereka dah tak hantar pelajar ke Mesir disebabkan faktor keselamatan. Hanya hantar ke Jordan. Aku dah sembang dengan timbalan pengarah yayasan tu. Beliau syorkan aku ambil Dentistry dekat Jordan. Wah, pucuk dicita ulam mendatang! Kalau dapat pergi Jordan pun bagus juga. Ya, aku akan cuba sedaya mampu. Harus buktikan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan guru-guru bahawa aku mampu ambil Pergigian. Aku takkan biarkan cita-cita aku berkubur begitu sahaja. Tidak sama sekali.

Tapi, sedang aku mengkaji, salah seorang pelajar Jordan pula cakap kalau nak belajar ke Jordan kena fikir banyak-banyak. Lagi-lagi kalau tak ambil Bahasa Arab. Memang lah mereka nyatakan, tutorial dalam Bahasa Inggeris, tapi jangan cepat gembira sebab kebanyakan pensyarah guna Bahasa Arab. Hanya beberapa potong je perkataan English yang keluar. Then, siap disertakan sekali video tutorial Anatomy yang sedang disyarahkan. Memang betul rupanya. Lemah semangat aku. Betul-betul kena atas batang hidung. Start situ, aku mulai sedih.


Pasal UPU pula aku sangatlah pening kepala. Buat pertama kalinya aku rasa macam mana rasa sakit kepala yang amat. Ternyata nak isi UPU lebih complicated daripada nak ambil exam SPM. Kaunselor aku cakap kalau nak pilih UIAM kena isi pilihan satu atau dua sahaja. Kalau nak pilih pendidikan pun kena isi pilihan satu dan dua sahaja juga. Semua column ada 8 dan kaunselor aku wajibkan isi semua. Yang jadi masalah, aku minat nak ambil Asasi Pergigian dan Asasi Kesihatan Bersekutu UIAM. Dalam pada masa yang sama aku juga minat nak ambil asasi Bahasa Inggeris UIAM dan asasi TESL yang lain. Macam mana nak isi ni? Sangat memeningkan. Lepas tu nak kena cari lagi beberapa course untuk penuhkan 8 column. Dua kali aku kemaskini.


Lastly, aku mintak khidmat nasihat senior aku, Lukman Hakim Abdullah. Aku just panggil dia incik Alien sebab dia genius sangat. Haha. Kemain dia marah aku panggil dia incik Alien. Tak pasal-pasal pula lepas tu dia panggil aku Ferrari. Sebab.. Err, rahsia. Meh nak cerita sikit pasal dia. Okay, aku tak kenal pun dia sebab dia ambil SPM tahun 2008. Tak sempat dengan aku. Kenal pun dalam Facebook. Sekarang ni dia sedang belajar Perubatan di International Medical University (IMU) dan tak lama lagi akan fly ke Eropah. Briefly, bakal doktor. Dia ni bijak tau. SPM dapat straight A's, A-level punya result pun gila gempak. Thanks to him sebab sudi tolong.

Tengok, ini keputusan muktamad aku untuk UPU:

1. Asasi Sains Hayat (UM)
2. Asasi Sains (UiTM)
3. Asasi Sains Hayat (UNIMAS)
4. Asasi Sains Kesihatan Bersekutu (UIAM)
5. Diploma Sains (UiTM)
6. Asasi Bahasa Inggeris (UIAM)
7. Asasi Sains (UMS)
8. Diploma Farmasi (UiTM)

Lukman Hakim Abdullah
Penasihat UPU aku. Hehe

Jadi, disebabkan oleh cerita yang tak enak pasal Jordan tu, aku mula berkira-kira untuk just ambil Asasi Sains Hayat dulu kat UM. Kalau dapat pointer 3.5 keatas boleh apply untuk ke Jordan. Tapi, abah tetap nak suruh aku terus pergi sana. Alahai, sekarang ni hati aku sangat berbolak balik. Memang la kalau boleh aku nak pergi oversea terus. Tak payah nak fikir kena skor asasi bagai. Sebab lepas skor asasi baru boleh pilih Medic, Dental and so on. Senang cerita kalau pergi Timur Tengah aku terus ambil Bachelor of Dental Surgery selama 5 tahun. Kalau pergi dengan MedicMesir boleh sangat. Aku dah pun dapat surat tawaran untuk Pergigian di Universiti Al Azhar. Tapi kena biaya sendiri. Kalau aku ni anak menteri takpe lah jugak. Hmm aku nak sangat jadi dentist. Sebab aku minat sejak kecil lagi. Ya Allah, permudahkan jalan aku. Sekarang pun aku start belajar sikit-sikit pasal Dentistry. Sanggup pergi ke perpustakaan negeri demi meminjam buku. Semangat tak nak kalah.

Aku takmau lah merapu banyak-banyak. Tunggulah result UPU dulu. Nantikan, sama ada aku akan ke Timur Tengah atau ke Universiti Malaya dulu untuk setahun. Lepas ni aku lambat sikit update kot. Sibuk.

Sunday, March 18, 2012

Cerita Buah

Assalamualaikum ♥

Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Hehe. Baiklah. Tetengah aku buka peti ais tadi, takde nampak benda lain. Buah oren dengan buah lai at the first sight. So, terlintaslah dalam fikiran nak buat entri pasal ni sikit. Hm, untuk pengetahuan, aku sangatlah susah nak makan buah walaupun aku tahu buah-buahan ni memang baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi buah oren. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin rasanya yang maha masam kot.


Hampir semua buah aku tak suka. Boleh bilang dengan jari kot buah apa je yang aku suka. Buah yang paling aku suka ialah buar pear. Tangga teratas lah tu kiranya. Longan, strawberry, durian, jambu batu, salak boleh la. Persimmon pun boleh. Nanas, no. Yang paling selera aku tak bagi peluang ialah buah oren dengan nanas. Kenapa aku anti sangat, sebab oren rasanya masam. Nenas rasanya masam juga, dan tajam. Boleh buat gugur janin kalau makan nanas. Mahu? Bagi ibu-ibu yang tengah mengandung, don't try this at home. Lagipun, lidah aku boleh jadi sengal and kebas kalau makan nanas. Kalau buah pear, bagi sebakul pun mesti habis punya.

Pear

Persimmon atau pisang kaki.
  
So, tahun lepas roommate aku ada ajar aku macam mana nak makan buah oren dan nanas. Thanks to Zafienah Salleh. Dia potong oren atau nanas kecil-kecil, taruk kicap sama gula sikit. Rasa dia memang sedap. Since then aku guna cara itu untuk makan benda alah tu. Haha. Try lah. Sumpah best. Nak dijadikan cerita, masa tinggal kat asrama tahun lepas, buah oren, apple, buah lai, belimbing dan segala jenis 'buah kering' yang dapat kat dewan makan aku tu campak je kat member-member yang gilakan buah atau hanya akan jadi hiasan je dalam loker aku. Dua tiga hari lepas tu kalau rasa nak makan, baru aku makan. In brief, aku makan buah ikut mood. Buruk perangai kan?


Okay, bercerita pasai family aku pula. Abah dengan umi sangat suka buat salad buah. Letak mayonis pastu campur apa lagi entah. Memang suka buat macam tu. Ada tu kalau rajin, abah buat banana split. Haha. Alah, abah memang pakar bab-bab western food. Tu memang bidang dia. Chef merangkap campboss offshore. Selalu kerjanya atas kapal. Kekadang duduk dekat pelantar minyak. Berbulan-bulan. Outstation buat kos tak payah cakap. Tang western abah memang terror. Tapi kalau eastern punya kena serah dekat umi. Balik-balik, mesti abah mahu gulai ayam umi. But now, abah kena control bab makan. Tak boleh makan makanan berlemak dan berminyak banyak sangat dah. Doktor sarankan banyak makan sayur dan buah-buahan. So, time abah ada kat rumah, salad mesti ada dalam peti hari-hari. Umi pulak, asal pergi supermarket mesti capai buah-buahan potong. Yang telah siap dipotong tu lah. Pernah beli tak? Okay, cukup. Melebih dah aku cerita ni.







Kalau nak bercerita pasal abah memang tak habis. Nanti aku buat entri khas pasal family. Alahai, aku mahu story pasal buah je. Ni mengarut sampai sini dah kenapa.


So, lagi dua hari aku akan hadap result SPM. Hencik Harimau pun sudah balik. Gembira sangat walaupun dia tak tahu. Tapi handphone aku tu takde lagi la berbunyi keluar nama dia setakat ni. Boleh campak masuk laut kot. Memang sunyi. Sejak-sejak berbadan dua single ni. Ahh, tak kesah pun. Lagi aman dunia. Reload jarang, jimat kos. Cas bateri jarang, jimat letrik. Sedapkan hati. Besok boleh bonus birthday from Celcom. Tapi bukan birthday aku sebab daftar atas nama abah. So, Birthday abah esok. Tak tahu nak call bergayut dengan siapa. Call Raja lah. Dulu selalu bergayut dengan Hencik Lebah. Huhu. Okay, cukup. Kisah silam tu.

Handphone sekarang.