Saturday, January 21, 2012

Sekapur Sireh

Assalamualaikum.

Cewahh, sekapur sireh konon. Hehe. Okay, teruk betul la kan, aku baru je nk berceloteh setelah postkan segala entri. Memang tak tersusun betul lah blog aku ni. It's okay, celoteh aku tak penting pun. Firstly, aku bukan budak sekolah lagi *muka bangga*. Macam tak percaya sebab sejak umur 4 tahun lagi aku mula bersekolah. Kira lah berapa tahun. Perasaan aku, sedih sebab I am no longer a student and happy sebab dah habis sekolah. Macam-macam la aku rasa. Tapi seriously aku lebih suka bersekolah sebenarnya.


By the way, aku memang menganggur sekarang ni. Tanam anggur je belakang rumah sementara tunggu keluarnya keputusan SPM aku yang entah macam mana rupa. Cuak ke tidak? Memang la aku cuak sangat-sangat. Tapi aku dah decide, walau macam mana pun result tu keluar, aku akan redha dan terima dengan seadanya. Inshaa Allah.


Tujuan aku menulis blog adalah sebagai medium aku bercerita, mengabadikan kenangan hidup, moments indah dan berkongsi ilmu terutamanya. Apa-apa ilmu lah. Itu saja harta berharga yang aku ada. Aku memang nak guna bahasa rojak la. Sebab buat pengetahuan semua, sebelum ni aku dah ada beberapa blog pun dan ini yang latest. Tapi semua tu dah dipadam. Padan muka aku. The former blogs tu aku memang guna fully Bahasa Inggeris. Konon nak improve English. Tapi, aku dapat pengajaran la. Boring tau, memanjang je ayat dalam English. So, macam ni aku rasa lebih santai. Keselesaan kita yang penting tau.

Sekarang memang aku makan tidur je kat rumah. Tak kerja pun. PLKN pula tak dapat. Memang sadis la hidup aku. Dengar kengkawan call dari kem memasing, memang la jeles. Tambah-tambah pulak diorang cakap memang best tahap gaban aktiviti-aktiviti kat sana plus dapat elaun pula tu. Hmm, ada juga kawan-kawan aku buat lesen kereta. Aku pun harap dapat buat la tahun ni. Memang aku sejak kekecik lagi minat gila nak pandu kereta. Selalu je berangan. Macam korang? Haha. Nanti aku buat lesen, aku cerita ye. Wajib.

Lastly, dengan buat blog ni aku harap la sangat-sangat dapat mengurangkan kebosanan aku yang menggila ni. Sampai sini dulu untuk post aku yang pertama. Enjoy reading.

Behave yourself while reading my blog.

2 comments:

Abdol said...

hohoho... takpa2.. ada masa pi lah buat lesen tu.
*gud luck spm! :D

*budak sekolah upanyer..haha.. kategori adik lah nie.. :p

Zetty Zuharizam said...

a'aah .. bdak skolah . mentah lagi .haha .. insya-Allah ada masa ceq pi la wat lesen na ...