Tuesday, January 24, 2012

Macam Michella Putri or Rasty Sinetron Nada Cinta?

         


Ohh, jangan nak konfius-konfius. Macam ni ceritanya, alkisah ada la seseorang ni, nama dia Natasya Amira. Okay, apa kaitannya? Ermm, okay aku cakap. Dia sekarang merupakan 'buah hati' ex-boyfriend aku dulu. Warning, ini bukan nak mengumpat. Hanya berkongsi.


Yang nak dijadikan cerita, aku chatting la dengan dia kat Facebook. Okay, dia layan aku baik maka aku layan la baik juga kan. Tak baik gaduh-gaduh. Zetty dah matang. Dalam kitorang chat tu, ada la dia tanya, "Kak Zetty pernah tengok cerita Nada Cinta tak?" Sambil garu kepala aku balas, " Tak. Kenapa?" Dia pun cakap, "Muka Kak Zetty macam Rasty lah. Kalau tengok dia dalam cerita tu mesti teringat kat Kak Zetty." Ehh. Muka aku cam pelakon tu ke? Macam mana rupa entah. 


Selanjutnya aku tanya lah dia, "Ooo, watak jahat ke baik dia tu?" Dia pun cakaplah watak jahat. Hei, ni nak cuba cakap aku jahat la ni? Kurang asam. Aku tanya balik, aku ni nampak jahat ke? Dia pun cakap, dulu jahat. Tapi sekarang dah berubah jadi baik. Haaa, dia cakap aku jahat? Tak pernah-pernah selama aku hidup atas muka bumi ni ada makhluk cakap yang aku ni jahat. Dia ni betol ke tidak? Tak boleh beza ke orang jahat dengan baik? Aku akui memang aku kelihatan agak sombong. Tapi bila dah kenal, korang memang menyesal cakap aku ni sombong tau. Haha, hm dah orang kata jahat terima je lah. Jahat macam mana pun aku tak tahu lah. Jahat sebab ex aku tak boleh lupakan aku kot. Haha merepek. Okay, gurau je.


Okay, berbalik pada cerita si Rasty tadi aku pun search la tengok dalam Google Images. Aduh, watak jahat tapi hmm okay boleh tahan, cantik. Sampai hati betul. Adakah sebenarnya dia nak cuba kata aku ni jahat? Kalau ya, awak lah orang pertama yang cakap saya jahat. Tahniah. Bagi korang yang tak kenal makhluk manakah si Rasty itu, boleh tengok gambar-gambar tertera kat atas tu. Tilik la ada iras aku ke tak. Perasan. Langsung tak sama. Korang yang suka tengok tv memang tahu la kot siapa si Rasty ni. Nak-nak yang suka layan sinetron Indonesia tu. For your information, aku memang bukan penggemar tv. Maaflah. Itu fakta.


Hmm, kalau lah Natasya Amira terbaca entri ni, halalkan ye guna nama Tasya. Janganlah makan hati dengan kata-kata akak tu. Kak Zetty just bercerita, terpulang lah awak nak marah ke tak. Alah, at least nama Tasya ada bersemadi kat sini. Tapi serius mukaku memang jauh berbeza dengan si Rasty dalam sinetron Nada Cinta tu. Mungkin pada pandangan Tasya, iya kan? Mana tahu. Lain orang, lain pandangan.

Erm, aku takde lah sentap sangat pasal ni sebab dari dulu lagi aku memang selalu disamakan dengan wajah artis-artis sinetron mahupun tempatan. Mungkin bakal jadi artis kot? Hahaha berangan je engko tahu. Antaranya, jom tengok:

Kawan aku Mira pernah cakap muka aku macam Velove Vexia. Pelakon sinetron Olivia. Tapi aku rasa tak.

Pelakon dan model Zahnita Dorothy Hussin Wilson. Sepupu aku, Anis Wardah  yang cakap. Ini macam melampau sangat kontranya.
Lisdawati.  

Ex-boyfie aku cakap macam Lisdawati ni. Masa tu kitorang Form 2. Masa tengah hangat bercinta. 

 





Haa, kenal siapa ni? Yang cakap serupa Siti Nurhaliza pun ada.


Hai korang. Mereka semua ni rabun apa. Aku langsung tak layak nak dibandingkan dengan depa semua. Mereka sangat cantik macam aku. Iras itulah, inilah. Mengarut semuanya.


Thanks sudi baca. 

4 comments:

Nini Hartini said...

uish..uish..ye ke ni mcm michella putri / velove vexia?? tgk dlm gambar, mcm siti tu ada lah kot?.. tp michelle, velove, lisda, mcm x de pulak..tp x tau lah klu face to face, baru nampak iras2 mereka. hehe..

akak sukeee sgt ngn michella putri tu. cantik...

cikfieyqa said...

zetty..
me? ur buddy.. :)
truth to be tell..
btol awk ckap x sme pon!!
haha zetty is zetty..

Zetty Zuharizam said...

thanks akak . xde kot michella tuh ..

Zetty Zuharizam said...

yup cikfieyka .. zetty,zetty lhaa kan ..