Monday, January 30, 2012

Karnival Jom Masuk U di Terengganu



Yang kanan sekali tu aku. Alah, yang comel tak berapa comel tu.

Assalamualaikum ♥

Merah bibir sensorang tu kerja Aisyahlyana.

Baik, semalam aku tersangat lah happy sebab dapat keluar dengan kawan-kawan ke karnival ni yang bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC). Memang jarang sangat aku boleh keluar dengan kawan-kawan. Masa nak pergi tu umi yang hantarkan then balik naik bas. Pandai-pandai la nak berdikari. So, sampai la sana terus jumpa kengkawan kat pintu masuk. Aisyahlyana, Intan, Zana, Tieka, Fatin Atiqah, Khalida Fazzira, Syahirah. Masuk dalam tu jumpa la pula Mustaqimah, Fazliana Lee dan Maisarah Ibrahim.


Tak lupa jugak kat boys yang turut datang Hanis Azemi, Khairi Juha, Adam Zawawi and Raja Farres. Sorang lagi. Budak ni dia datang lewat, betul-betul masa orang nak balik, si Zakil. Zakil memang suka buat benda-benda pelik, juga suka create havoc. Haish.


Seriously best la. Lepas tu kitorang menjamu selera kat Mayang Village. Hehe. Lama juga lepak situ. Borak segala. Then pergi merewang kat Giant Hypermarket. Solat terus kat sana. Ehem, cuba teka aku jumpa siapa? Err, my ex-boyfriend, MAY. Jumpa kejap je. Jalan-jalan sambil borak-borak dengan dia. Sambil-sambil ronda dalam Giant tu. Teringat pula time couple dolu-dolu. Hahah. Nostalgia semua tu. Dia datang ke karnival juga. Dengan sepupu dia. Actually, dah nampak dia jalan-jalan masa kat booth universiti-universiti tadi. Tapi malas nak tegur.


Tak tau nak pergi mana sangat, kitorang pun pergi balik ke TTC, kat karnival tu. Tup-tup, bas BRaInS (sekolah aku) sampai. Wahhh, kitorang yang tengah sakan snap gambar ni punyalah kecoh. Apa taknya, semua 'penghuni' bas tu termasuk kaunselor sekolah kitorang merangkap guru pengiring duduk pointing tang kitorang. Apa lagi, cecepat kitorang lolos masuk TTC balik sebab takut kena serbu. Sudahnya, pas masuk je tak lama tu kena serbu juga kat diorang masa duk berlegar-legar dekat kaunter urusetia. Maka terjadilah program jejak kasih di situ. Bersalam peluk cium kiri kanan para senior-junior. Pihak urusetia mula bising. "Hai, jejak kasih ke ni. Macam artis lar pula you all ni." Mereka pun sibuk pancar lensa.  Memang macam artis pun masa tu. Hahh, retis lah sangat. Nasib baik tak pakai sunglasses hitam jeh. Then kiteorang keluar, jumpa dengan kaunselor, Cikgu Hasnida.


Okay, banyak juga la aku dapat info datang sini. Tapi frankly speaking, sebenarnya kebanyakannya benda yang aku dah tahu. Thanks to Mr. Google. Takpe, at least dapat tampung yang mana kurang kan. Ohoho, so jealous dengar kengkawan yang dah buat lesen memandu. Takpe, nanti aku menyusul. Err, apa lagi nak story ye? Oh, sebelum balik tu, sempat la lepak kat mekdi kejap dengan Aisyahlyana, Intan dan Tieka. Balik dengan bas with cousin aku yang kebetulan jumpa, Anis Wardah. Pelik, tak nampak pun dia kat karnival tadi. Tang masa nak balik baru jumpa.

Haa, korang pergi tak karnival Jom Masuk U?

8 comments:

Mizz ErMa said...

ehehe..tang part yg jumpa ex-bf tu, tetiba teringat kisah sendiri..=')

fariedadnan said...

takpernah pergi karnival masuk u..ada apa ya?

~ariFFin~ said...

good..jom masuk university ramai2..sebab anda-anda penentu masa depan negara..wakakaka..masuk la UTeM kalau minat bahagian engineering n technical field..

Zetty Zuharizam said...

Hahaha, part tu sadis sikit lhaa.. xpe, dh anggp cm kwan jer kt dia . anyway dia pun dh ada yg lain skrg .so, jmpe pn dh x rasa pape dh . kott . cuma rsa tringat kt nostalgia dlu2 . jlan sme2 .. huhu~

Zetty Zuharizam said...

erm , ade pameran sal smua IPTA , IPTS , matriculation kt Malaysia . cntoh lau ade pape x fhm ker, bleh tnya trus .. stiap universiti ada booth msg2 .. try la prgi skali , dorg akn ada kat kedah/perlis 4&5 Febuari . :)

Zetty Zuharizam said...

of course ! thanks . Tp, uuhuuu . x mnat engineering lor .. sy bdk Pure Science .. hehe . crazily wanna be a dentist .. (klau bleh laa)

aisyahlyana Nazri said...

Ouh . got it ! yg u hilang kt giant tuhh . jumpe afiq rupernyee .Haishh . tak blehblahh . HAHA

Zetty Zuharizam said...

hahah .. a'aa . jmpe kejap .. jmpe as a friend lorhh ..huhu !