Monday, January 23, 2012

Hencik Harimau

Hencik Harimau

Tak tahulah. Hari ni rasa macam loser sangat-sangat. Rasa sebal, sengal, sakit hati bercampur-baur. Jangan tanya kenapa, sebab alasan aku kurang kukuh juga kot. Ada la seorang mamat ni. Nama dia, opppss. Okay, just panggil Hencik Harimau. Yes, for sure aku memang la kawan je dengan dia. Just a friend. 


Tapi, dalam berkawan pun, still yaa, ada hati la sikit-sikit kot. Banyak mungkin? Gila kau, pengakuan berani mati. Memang la Hencik Harimau tu tak tahu pun aku ni syok kat dia. Macam ada satu perasaan lain sikit lah. Ah, susahnya bercerita soal hati dan perasaan. Tak kan la aku nak confess kan. Tebal gila muka aku kalau berani confess. Yang pasti aku tahu aku takkan pernah confess pun. Cehs.


Aku ni bukannya bunkface. Lagipun, aku memang tekad aku tak nak terjebak dengan gejala couple segala ni. Itu memang pasti. Sangat pasti. Kalau aku confess, wuhuuu mana kau punya maruah Zetty! Ohh, banyak la pula aku meluahkan isi hati yang memang berbuku ni. Nak buku apa? Novel pun ada. Manga, komik, majalah atau kamus dewan? Pilih saja. Ah, merapu.

Hmm apa yang mnyebalkan aku, dia dah lama tak contact aku. Sebelum ni kemain lagi call lah, esemes lah. Ohh, geramnya. Sedih la, rasa nak menangis pun ada. Kalau la kau tahu perasaan aku ni Hencik Harimau. Hurmm. Itulah, jangan layan seorang perempuan lebih-lebih kalau kau anggap dia just kawan. Ni tengok, dah lain cerita jadinya.

Aku rasa aku tekad lah sekarang.Wah, masakan begitu cepat? Dia memang akan bebetul hanya jadi seorang kawan pada aku. Susah lah menyukai seseorang dalam diam. Memang lah aku tak nak terjebak dengan cintan-cintun bagai ni. Tapi cuba kau cakap, siapa yang boleh halang kerja si hati ni? Tu la hati, ngengada nak suka kat dia apahal?


Ya Allah, selalulah Kau pelihara hatiku ini agar tidak jatuh cinta bukan pada waktunya dan tidak jatuh cinta pada orang yang salah. Peluklah hatiku saatku menyintai seseorang lebih dari-Mu. Peliharalah imanku, akhlakku, akidahku. Ku mohon pada-Mu.


Inshaa Allah aku akan move on. Kepada Hencik Harimau, semoga kau bahagia. Semoga kau akan sentiasa dirahmati. Aku akan sedaya upaya lupakan kau. Kalau memang dah takde jodoh antara kita kan. Eh jodoh bagai dah. Even it is very hard, I'll learn to stop hoping for you. Selamat tinggal, cukuplah menghuni hati aku wahai Hencik Harimau.


Mak ai, jiwang gila ayat aku. No hal lah. Niat aku sekarang kan nak belajar? So, I'll just focus on that hopefully. 


**********

Nota kaki: Perempuan mampu memendam perasaan cintanya bertahun-tahun terhadap seseorang lelaki tetapi tidak mampu memendam cemburunya walau seminit cuma. Betul atau tidak? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

6 comments:

fariedadnan said...

tue dah cinta nama nya..btw, nice story..:D

Zetty Zuharizam said...

cinta ke cmtu .. takut nk brchenta lg . lg malu lau brtepuk sbelah tngan . nmpak cam sangap kt die lak kan .. huhhsss .

ereen harrith said...

woah!!
xde sambungan lagi ke?XDD

Liselle MonCherie said...

Teringat pulak lagu "geram jangan engkau geram,"
C/O "geram-geram"
hahah :3

Zetty Zuharizam said...

Ade nnti kott ereen . tp buat mse skrg tu je lhaa .. don't worry, klu ade p'kembngan sal Hencik Harimau, sure i'll post kt sini . :)

Zetty Zuharizam said...

ohh, iya ke? xpnah dgr lar lagu tu Liselle... hehe .