Saturday, December 1, 2012

Last Post This Semester

Assalamualaikum ♥


Comelnya lahai.


So, you are wondering? Ehh apa maksud sebenar tajuk tu? Hmm, maksud yang sebenar biarlah hanya saya seorang saja yang tahu. Maksud untuk korang, ianya adalah post yang terakhir dari saya untuk menghadapi semester baru ini. Saya berazam tak mahu lagi buka laman sosial sepanjaaang saya belajar untuk semester dua ni. Saya mahu fokus sehingga ke akhirnya. Yang lepas biarkan berlalu. Yaa, saya rasa result saya sem lepas tak berapa nak jelita *tak jelita langsung* sebab dipengaruhi oleh this kinda social networking: Facebook, Twitter, Blog etc. I think I've made a really rational and good thing to block all of the stuffs for this time being. Alahai kejap je apa nak risau.

Basically saya memang ada banyak benda nak diceritakan ni *bajet macam ada orang nak tahu* and nak share apa semua. Banyak sangat. Dah taip pun cuma ada simpan dalam draft. Tunggu masa nak publish. Ada juga yang belum ditaip lagi. Semua tersusun rapi dalam minda. Unfortunately not now lah nak cerita semua tu. Eh panjang pulak intronya.

Ayah Su hantar dari Kajang tadi dengan ditemani sepupu-sepupu cilik dua orang. Ayah Su bayak berjasa. Arigatou. Anak buahmu ini mesti balas jasa. Malam ni bajet nak pergi Ikea dengan housemates nak beli barang rumah pinggan mangkuk apa semua. Tapi entahlah jadi ke tidak. Semua nampak macam keletihan je. Barang tak kemas lagi ni. Ceritanya, barang dekat Ikea tu cantik-cantik dan agak murah la. Jangan pilih yang mahal sangat. Yang mahal memang mahal betul so kena pandai-pandai lah nak pilih. Saya dah usha online tadi dan harganya boleh tahan berpatutan. Sedapkan hati.


Bila dah macam ni kan, mulalah berangan-angan. Nanti ada rumah sendiri nak pergi Ikea nak beli perabot, alatan rumah sebagainya. Nak hias sendiri cantik-cantik. Rumah gaya moden. Tengok ada rumah cantik mula tengok harga dia kat situ. Berangan lagi nak beli rumah macam itu lah ini lah. Anginnya besar tak nak rumah teres, pangsa ke apa. Nak kan yang banglo bagai. Bajet kaya sangat. Tak masuk angan bila tengok kereta lagi. Nak yang itu ini. Tapi kereta tak kisah sangat. Kejap karang keluar model baru pulak. Baru. Baru lagi. Tak habis model baru. Tengok lelaki hensem. Berangan lagi. Tengok kanak-kanak kecil yang comel. Berangan lagi. Tengok Doktor Gigi. Berangan tak berhenti. Duniawi. Belajar pun entah ke mana. Ada hati nak mengarang impian.


Tapi seriously, sekarang nak belajar betul-betul. Nak semua impian jadi kenyataan. So, harapnya langkah awal untuk block social networking buat sementara waktu ini diharapkan dapat convert waktu yang selama ini terbuang di hadapan laptop kepada study segenap inci sepenuh hati. Apa pun yang korang lakukan, jangan main-main dan jangan hanya melepaskan batuk berkahak di tangga. Buat sepenuh hati. Tekadkan azam. Inshaa Allah. 

Baiklah, guruh sudah berdentum. Macam petanda suruh hentikan jari-jemari yang menari-nari riang ni. Hmm, dah hujan rupanya. Puncak Alam disimbahi hujan rahmat. Alhamdulillah. Sampai di sini sahaja kalian semua. Jumpa anda semua selepas semester dua ini. Jangan rindu-rindu tau.


Bye.

Friday, November 23, 2012

Beza Facial Wash Dan Facial Foam

Assalamualaikum ♥


Ada yang mungkin tak jelas beza antara facial wash atau facial cleanser dengan facial foam kan? So saya buat keputusan untuk menaip entri ini untuk korang yang tak tahu beza antara keduanya.

Firstly, of course beza teksturnya. Facial wash dalam bentuk liquid usually transparent liquid lah dan facial foam ni dalam bentuk buih. *foam kan maknanya buih*  Kalau tak silap saya. Tapi ada sesetengah facial foam ni bukan dalam bentuk buih tau. Ada yang dalam bentuk macam keras sikit. Ala-ala matte macam tu. Senang cakap macam toothpaste. Tekstur facial foam ni berbeza mengikut certain jenama.

Gambar 1

Sebagai contoh saya boleh bagi ialah facial foam Sebamed. Dia datang dalam container liquid pump applicator and facial foam dia adalah buih. Saya pernah guna produk ni dulu sebab muka sensitif dan berjerawat. Tapi effect dia berbeza bagi setiap individu. Kalau sesuai, okay. Kalau tak, dinasihatkan tukar produk lain. Saya suka sebab ni produk German. Umi saya yang sarankan. Agak mahal tapi berkesan. 


Sekejap saja saya guna Sebamed sebab tak sesuai sangat dengan kulit. Tapi jangan bimbang sebab kawan saya ada yang gunakan dan sangat sesuai dengan dia. Alhamdulillah kulit dia licin mulus. Sekarang saya jumpa satu produk yang sangat berkesan dengan kulit saya. Sayang sangat produk ni sebab muka saya sekarang licin dan memang tak ada jerawat lepas gunakannya. Tapi kalau timbul jerawat time bulan mengambang tu biasalah kan. Saya guna Tracia Teen *terbongkar sudah*  Kesan dia memang super miracle. Okay, facial foam dia dalam bentuk paste tau *rujuk Gambar 3*. Bukan buih. See? Saya dah cakap lain jenama lain strukturnya. Tapi apa yang penting saya suka sangat guna Tracia Teen. Berkesan. Kini saya menjadi pengguna setia. Hehe. Jangan risau, ini review tak berbayar pun eh.

Gambar 2

Gambar 3
Perbezaan ketara antara facial foam dan facial wash adalah, facial foam buat kulit wajah rasa kering lepas basuh, jadi, minyak semulajadi pada wajah akan hilang sama. Kalau facial wash atau cleanser, ia hanya akan membersihkan wajah tanpa menghilangkan minyak semulajadi pada wajah.


Tapi jangan bimbang ye sebab dua-dua bertindak untuk membersih. Okay, faham semua? Faham kan. Kalau faham sekian sahaja info yang saya boleh kongsikan. If ada kesilapan fakta atau apa-apa yang saya silap cakap sila maklumkan ya. Ada apa-apa soalan sila komen. Saya suka ditegur andai tersilap.


Bye.

Wednesday, November 21, 2012

Analoginya Begini

Assalamualaikum ♥


Sekarang tengah cuti semester. Baki masa nak melepak manja-manjakan mata pun dah tinggal dalam 5 hari je lagi sebelum berangkat balik ke Puncak Alam. Otak rasanya dah sedia nak terima ilmu inshaa Allah. Mintak-mintak saya dah bersedia mental fizikal. Belajar satu ibadah, saya perlu tanam dalam jiwa.

Kekadang kan, kita rasa kita sayang sangat akan sesuatu. Rasa terluka sangat kan bila ada orang yang turut adore apa yang kita sayang. Makna kata, awak ada seekor teddy bear. Ada seseorang ni pun suka teddy awak. Seorang ni lagi pun suka dekat teddy bear awak. Mereka nakkan teddy bear awak. Sedangkan awak sayang sangat teddy awak. Nak ke awak bagi? Tak faham ke saya sayang sangat dekat teddy saya. Ringkasnya, saya tak suka orang lain rampas atau suka atau cuba nak dapatkan teddy bear saya. Please jangan kacau and cari yang lain. Ini saya punya *tetiba emo melebih*


Sedih kan situasi saya sekarang? Entah kenapa manusia-manusia sukar nak faham. Adakah mereka terlalu sangapkan teddy bear saya? *marah sangat ni* Adakah mereka memang tak ada pilihan untuk pilih teddy bear yang melambak dekat pasaran sana? This is mine and please find another.

Eh kenapa saya update pasal perasaan ni. Baru beberapa minit yang lepas tekad tak nak emo-emo dalam blog. Tapi sincerely cakap saya memang macam ni. Kalau saya depressed or marah or sedih saya mesti nak kena tulis. Tapi bila dah ada teknologi macam ni, maknanya saya kena taip lah kan.

Whatever matter, saya tahu saya seorang yang kuat. Masalah-masalah remeh macam ni tak sepatutnya bagi influence kat diri saya. Kalau mereka-mereka tadi tu nak sangat teddy bear kesayangan saya, maknanya mereka terdesak sangat saya macam perlu 'let go' lah kan. Kesian mereka. Tapi mengalah tak bermakna saya kalah. Mungkin nanti saya akan dapat teddy bear yang lagi comel and better siapa tahu kan.


Thursday, October 4, 2012

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan

Assalamualaikum ♥


Adat lah kalau meja belajar serabai tak nampak rupa musim exam ni. Ohh, look. Tu budak kecik Physics yang kurang kasih sayang tu. Haa, yang warna oren tu lah.

Menyempat saja menyonteng blog walaupun setiap detik tu rasa macam setiap titisan air dekat padang pasir. Betapa precious nak cakap. Aku memang suka menaip. Merapu meraban. Walaupun sekarang sepatutnya aku picit kepala sambil *telan* telaah buku Physics. Alhamdulillahly, *pahal minah ni* setakat ni dah lepas dua paper. Paper MAT093 dan BEL260. Meaning ada pat subjek lagi yang bersisa berbaki. Besok PHY094. Mesti kome-kome rasa aku dah stress sampai lebam-lebam muka kan? Tak adalah. Cuma sampai lebam muka sebab jerawat-jerawat comel *eh* tumbuh, haaa itu ye.

Tadi lunch makan dekat Plaza Satelit B. Makan nasi lauk ayam goreng, sayur kacang panjang, sotong goreng, sambal tumis ayam dan segelas lemon pudina ais. Memang tetiap kali update blog, bab makanan takleh tinggal. Tengok tuan dia dah macam mana sekarang ni haa. Tahap kekenyangan dia memang tak payah cakap. They're ample to make me full all the day. Cis, kemain kau ye mentang tadi exam BEL260. 

Hmm. Tak boleh membebel banyak sangat. Nanti kesian si Physics kena anak tirikan. Ohya, carry marks dah dapat. Bersyukur dengan apa yang diperoleh sebab keputusan tu of course setimpal dengan apa yang diusahakan. Nak salahkan siapa kalau pun dapat rendah kan. Takpe, semangat dah boost sejak semalam lepas baca belog salah seorang senior PALAM. No, aku tak terlambat lagi untuk berusaha. Sampailah kaki *comel* aku tembus masuk dewan exam. Masa tu, tawakkal lah dan doa banyak-banyak sebab kan kita dah usaha sehabis baik. Err, tak. Kalau aku, aku mengaku aku tak usaha sehabis baik pun. In a nutshell, sampai di sini sahaja entri kali ini. Physics dah merajuk-rajuk tu haa. Doakan aku yang terbaik. Semampu aku inshaa Allah.

Ehh, maggie siapa sesat time musim final exam ni. Tak pantang makan langsung. 

Sunday, September 16, 2012

Curi Masa

Assalamualaikum ♥

Lama sangat dah tak update belog ni sebab sangat sibuk dengan dunia belajar. Terkejar sana-sini. Cehh, ayat takleh blah. I mean terkejar nak submit report, nak pergi kelas bila bangun lambat. Terkejar nak siapkan segala macam jotter, tutorial but thankfully segala lab untuk sem satu ni dah habis. Silibus Biologi dah habis. Yang lain pun dah sampai penghujung chapter dah. Means, final exam pun sudah dekat. So sekarang tengah sibuk prepare for exam dan juga Test 2 yang bakal menyenakkan perut beberapa hari lagi ni.


Sekarang ni aku just curi masa nak update blog yang dah tak nampak rupa ni. Kesian. Err, tadi makan malam aku melantak Nasi Goreng Bangkok Special dengan roommate, Diella. Ohye, lupa cakap. Diella roommate aku ni budak Dip. Nursing. Kelantanese dan sangat awesome. Lepas makan, terus naik bilik buat last bio lab repot pasal Urinalysis. Apekebenda budak asasi ni main dengan air kencing. Hmm, biasala. Buat eksperimen. Then, pergi ke FESKO. Festival Kolej UiTM Puncak Alam. Beli tudung, tengok persembahan dan yang penting dapat kupon. Hehe.


Okay, I think I should stop here. Bila mula menaip memang susah mau berhenti walaupun tadi hajatnya nak update barang sepatah dua ayat. Malam ni tak dapat tidur disebabkan overdose tidur siang tadi. So, need to study now. Bye.


Time buat Experiment 9: Urine and Kidney

Sunday, July 29, 2012

Moral Down

Assalamualaikum ♥


Muka sembap dan takde mood. Time ni study dengan bebudak Farmasi.

Hari ni hari kesembilan Ramadhan. Hari ni juga  aku ada test. Test 1. Test yang pertama aku hadapi selama hampir dua bulan aku berada di sini. Persediaan menghadapinya memang sangat kelam-kabut. Aku memperuntukkan dua hari untuk mengulangkaji subjek Foundation Mathematics. Ya, selama dua hari juga aku bersengkang mata tidak tidur. Test Math sudah lepas. Stress? Agaklah. Tapi takde sampai aku moral down. Ohya, sepanjang hari test itu berlangsung, kuliah,tutorial serta lab tetap berjalan seperti biasa. Kuliah Physics juga masih diteruskan dengan menghabiskan dua bab dalam masa satu hari. Again, dua bab sehari. Kepala aku sekarang sudah pandai pula berjinak-jinak dengan penyakit migrain. Terpaksa telan panadol dengan kerap untuk kurangkan rasa sakit yang mencucuk-cucuk itu. Disebabkan aku abaikan masa tidurku, di tambah pula dengan cuaca yang panas dan kurangnya minum air, aku telah jatuh sakit. Demam selesema. TEST 1 + DEMAM. Macam best je bunyinya kan? Satu hari aku tak ke fakulti. Kepala sangat sakit. Selesema dan batuk bersatu. Ya, aku terpaksa tak puasa hari itu. Petang, selepas siap mandi dengan harapan aku berdaya untuk melangkah ke Pusat Kesihatan UiTM, dan memang aku terasa sedikit segar lepas mandi. Bolehlah melangkah ke sana ditemani Shya. Tetapi, alangkah malangnya nasib bila doktor cakap tak boleh kasi MC. Katanya, suhu aku tidak mencapai suhu demam. Suhu aku 37.5oC. Macam mana nak capai, dah tu aku dah mandi berjam-jam tadi nak segarkan badan. Nak tak nak kenalah redha walaupun dah berapa kuliah, lab dan tutorial aku terlepas hari ini. Lantas aku sedapkan hati untuk buat surat tunjuk sebab sendiri. Balik saja ke bilik, terus aku taip surat. Kawan-kawan sudah risau. Aku demam, tak lama lagi nak ambil test Foundation Physics dan Chemistry. Kena sembuh cepat-cepat, kata Syafiq. Kau tak boleh press sangat diri kau, kata Amsyar. Ubat aku makan,tidur pukul 2.00 pagi. Kira awal lah kan daripada aku tak tidur langsung selama ni?


Test Chemistry dan Physics dah pun habis. Semalam study, dan surely tidur lewat dan tak lena. I took my test alone. ALONE in Dewan Peperiksaan 4 with other groups students. Aku call depa tak boleh. Nak tanya ambil test kat mana tapi. Sepi. Ahh, persetankan. Aku ambil je test kat sini. Sampai bila nak bergantung kat orang lain. Memang tawakkal tu’alallah la. Aku tak sebijak mereka. Tak serajin itu. Tak segenius kalian. Aku hanyalah seorang budak yang zero menagih ilmu. Macam mana jawab test tadi? Hancur. Ya, lepas tu aku rasa down gila-gila. Tapi aku tahan. Macam-macam soalan bermain di minda aku. Macam –macam sesalan bertakuk di lubuk hati. Tahan lagi dan tahan lagi. Aku rasa aku tak layak berada di sini. Aku rasa aku tak layak berkawan dengan meraka. Aku tak setanding mereka. Kenapa aku di sini? Siapa aku? Apa aku nak? Layakkah aku? Aku nak jadi seorang doktor gigi je pun. DOKTOR GIGI. Bukan minta nak jadi Perdana Menteri ke apa. Susah sangatkah? Y U NO LET ME BE A DENTIST? I'M GONNA CRY.


Aku terus berjalan. Ingin teruskan naik tangga atau tak? Ahhh, aku melencong ke toilet sebentar. Basuh muka. Sejukkan kulit. Telefon bergetar. Beberapa missed called Einshyrah, Efa Hase dan mesej Syafiq berbaur kebimbangan. Aku biarkan. Selepas itu aku berjalan. Tanpa perasaan. Menuju ke tangga untuk balik ke bilik dengan longlai. Saat itu memang aku sangat down. Tiba-tiba.. "Zetty, kau ambil test kat mana? Kami semua risau." Syafiq menyapa dari belakang. Aku menoleh dan memandangnya tanpa perasaan. Kenapa dia berjaya temui aku? Saat ini aku rasa aku tak perlukan sesiapa. Aku berpaling kehadapan semula. "Kau nampak stress sangat." Kata Syafiq lagi. Kali ini aku tak berpaling lagi. Satu patah perkataan pun aku tak balas. Ya, aku stress. Aku down. Aku berlalu meninggalkan dia. Langsung tak berpaling lagi. Laju kuberjalan menuju Kolej Kediaman. Laju juga air mata mengalir di pipi. Selaju langkahku kini. Pelbagai sesalan, persoalan bermain di benakku. Sebak. Kulihat ramai manusia menunggu di depan lif. Groupmates aku juga ada di situ. Aku tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Lantas aku daki tangga ke tingkat 5. Sejurus sampai, aku tak mahu bersua muka dengan housemates. Aku masuk ke rumah dan terus menonong ke bilik. Nasib baik roommate tak ada. Aku rebahkan badan atas katil. Memandang ke arah siling. Rasa menyesal memperlakukan Syafiq sebegitu tadi. Dia tak bersalah malah prihatin terhadapku. Apa aku buat ni? Otakku ligat mencerna segala apa yang terjadi. Seligat kipas siling yang berputar itu. Rasa bersalah bertandang di hati. Rasa tertekan menyelubungi diri. Seraya itu, ketenangan cuba mencelah masuk sedikit demi sedikit untuk meleraikan kekusutan.


Biarlah keputusan test aku yang pertama ini teruk. Bukan result itu yang bermakna tapi, sekurang-kurangnya dengan moral down aku tadi, aku mampu membina kembali kekuatan diri. Dari itu aku tahu di mana kelemahanku. Dan dari itu juga aku tahu macam mana ingin menyusun strategi seterusnya. Tidaklah aku terus berada dalam zon selesa. Macam umi dan abah pesan semalam. Jangan kelam kabut. Relaks. Selesaikan satu persatu. Positifkan diri. Terima kasih umi dan abah sebab concern mengenai anakmu ini. Biarlah kita study sedikit-sedikit tapi asalkan kita faham. Jangan pula study teruk-teruk bertungkus-lumus tapi tak masuk apa-apa. Terima kasih Eleena Ng atas nasihat itu. Ya, sekarang aku akan positifkan diri. Tenang dan selesaikan semuanya secara sistematik. Sekarang aku tak boleh rasa bebas lagi sebab tiga hari dari sekarang, test Biology pula akan menyusul.

Thursday, May 24, 2012

Virgin Coconut Oil (VCO)

Assalamualaikum 

First of all saya nak mintak maaf sangat-sangat sebab tulis pasal kak Mira. Kalau kak Mira terbaca entri ini seribu kemaafan Zetty pohon. Zetty kenal kak Mira masa lepas Zetty baca blog Zack Zukhairi. Sumpah blog dia sangat ohsem. Saya sangat suka baca setiap entri incik Zack. Lepas baca blog tu, nak tahu sangat siapa sebenarnya cik awek Zack sebab memang bertuah sangat siapa dapat abang Zack yang super spontan ni. Kak Mira memang bertuah.

So bila kenal siapa kak Mira, saya sangat teruja. Kak Mira sangat cantik dan sepadan dengan incik Zack. Lepas mengenali siapa kak Mira, tak lama tu kak Mira add saya di Facebook. Saya rasa gembira sangat. Err, adakah ayatku terlalu tak matang? Ohh, baru perasan kali ni Zetty berbahasa 'saya'. Eh poyonya engkau kan. Biarlah. Kali ni nak berbahasa saya jugak. Okay, sambung. Lepas selongkar pasal kak Mira, saya dapat tahu yang kak Mira ada blogshop blogshop dan jadi pengedar VCO (Virgin Coconut Oil). Secara langsung, kak Mira telah berkongsi rahsia kecantikannya.


Masa tu saya memang ada masalah muka dan sedang mencari produk yang sesuai. Alhamdulillah segala benda yang terjadi ada hikmahnya. Bermula baca blog Zack Zukhairi, saya kenal kak Mira. Lepas tu saya kenal produk VCO. Dalam masa terdekat ni saya memang rancang nak guna VCO. Sebab saya memang ada masalah jerawat. Walaupun sekarang jerawat hanya ada sebijik di muka, tapi saya tetap nak guna VCO untuk hilangkan segala jerawat yang nak muncul tak nak muncul tu. Macam tak lawas je. Hehe. Banyak lagi kelebihan VCO sebenarnya. Kalau nak tahu sila lawat blogshop kak Mira tu ye.

Kata kak Mira, awal-awal makan dan sapu VCO tu memang jerawat tu keluar semua. Release segala. After all lepas jerawat tu dah hilang barulah kulit kita start jadi cantik. Harap-harap macam tu lah. Selain VCO, ada juga jual collagen, fibre dan hair revitalist. Semua produk ni adalah dari rangkaian produk Catalyst. Selama ni ada juga dengar pasal Virgin Coconut Oil tapi VCO ni banyak sangat kat pasaran. Sampai saya jadi tak tahu nak guna jenama apa. So sekarang I got the answer. Thanks a lot kak Mira.

VCO ni kita kena makan. Dia dalam bentuk softgel capsule. Kalau nak sapu kat muka pun boleh. Cucuk je softgel capsule tu dengan jarum lepas tu boleh sapu seluruh wajah. Seeloknya sapu pada waktu malam sebelum tidur.

Kak Mira dengan Zack Zukhairi


Minta maaf sangat-sangat dekat kak Amirah Hussin dan abang Zack Zukhairi sebab copy gambar. Sesiapa berkenan nak kenal siapa Zack Zukhairi sila lawat blog realiti konspirasi beliau dan blog kak Mira. Credit untuk anda berdua.

Monday, May 21, 2012

Jodoh Pertemuan

Assalamualaikum ♥


Title tu yang tak tahan. Haha. Semalam pergi pejabat daerah Kuala Terengganu nak tandatangani perjanjian dengan kerajaan Malaysia sebagai pelajar Asasi Sains UiTM Puncak Alam disebabkan aku dapat elaun sebanyak RM1250 untuk setiap semester kalau tak silap. Sebelum tu pergi hantar borang Yayasan Terengganu. Then pergi window shopping dekat Busana D' Buluh Perindu kejap.

Penat-penat ke sana kemari tentulah perut pun berkeroncong bergendang. Umi suruh suggest kat mana nak makan. Agak lama fikir nak lunch kat mana. Tetiba teringat kat Restoran Pak Awi 2. Cantik, makanan kat situ boleh tahan sedap. Harga pun affordable. Restoran ayah kawan aku, Adam Zawawi. Tapi sebenarnya aku kenal restoran tu dulu sebelum aku kenal Adam. Lepas masuk SBP Integrasi Batu Rakit baru la aku tahu yang Adam tu anak tauke restoran tersebut. Tetengah makan, si otak sempat lagi berfikir. Hmm, mesti Adam takde. Lagipun restoran dia banyak cawangan. Mustahil kot dia ada kat sini. Hmm, aku apalagi. Terus balun makanan dengan berselera. Tup tup..

Conversation 1

Adam : Eh, Zetty!
Aku : Adam!
Adam : Buat apa sini? 
Aku : Err, buat medical. Hmm, medical check-up *muka malu, terkejut beruk*
Adam : Haah?
Umi : Dia buat appointment medical check-up.
Aku : Ehh, pakai macam ni kau pergi mana?
Adam : Aku pergi temuduga Yayasan Terengganu.
Aku : Mintak mana?
Adam : Jordan. Ehh, ni kedai ayah aku.
Aku : Aku tahu.

Ohh mak. Memang tak sangka jumpa Adam kat situ. Sebab kebarangkalian tu memang tipis. Apa tidaknya, tengah makan nasi pun dalam kepala asyik fikir. Ehh, Adam ada ke tak ni? Takde kot. Kat restoran cawangan lain kot. Kat rumah kot. Haha.Takde motip. Tetiba muncul memang mengejutkan. Macam tau-tau aje. Lepas makan-makan tu terfikir pulak. Nak cakap tak kat Adam nak pergi dah ni? Ishhh, kalau tak cakap sepatah dua macam kuajaq je. Masa tu Adam pun tengah melantak depan tibi.

Conversation 2

Aku : Err, Adam kau pilih Jordan ambil jurusan apa? Medic eh?
Adam : Eh taklah. Aku ambil Pengajian Islam. Kau pergi bila?
Aku : Ohh. Aku pergi 3hb ni.
Adam : Bulan berapa?
Aku: Bulan 6. Ehh, aku pergi dulu lah.
(Kringggg.. telefon Adam berbunyi)
Adam : Okay.. okay. Semula ya.

Hmm, then aku pergi. Singgah kat masjid kejap untuk solat Zohor. Umi pergi sekolah dia kejap lepas tu. After all, kami pulang ke rumah dengan lega. Medical check-up aku 29/5/2012 ni. It will be the most tiring and boring thing to be done I guess. Just like before. Masa dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh dulu.


Bye.

Thursday, May 10, 2012

Daging Rusa Oh Daging Rusa


Assalamuaikum. Tak jawab dosa kalau jawab sayang. Maria Elena sila jangan marah.

Err, syukur alhamdulillah sebenarnya sebab hari ni aku dapat makan daging rusa. Bukan la aku jakun sangat tak pernah makan tapi amat jarang sekali lah aku dapat makan daging rusa. Dulu setiap hujung minggu memang aku akan masuk hutan bawa selaras senapang untuk berburu rusa bersama ayah aku. Tapi life dah lain sekarang sebab masing-masing sibuk. Okay, itu tipu.

Seingat aku la, last time aku makan daging rusa masa aku lepas exam UPSR. Time kekecik dulu. Masa tu aku stay dekat rumah bapak sedara aku kat Kajang. Kononnya as a present lepas aku UPSR, Ayah Su aku yang baik hati tu belanja la makan Satay Kajang yang famous tu. Dapat la aku merasa daging rusa waktu tu. Sebenarnya masa tu aku diberi pilihan. Nak makan mekdi atau Satay Kajang. Macam lah aku tak pernah makan mekdi. So aku pilih Satay Kajang. Haha. Kalau dekat area rumah aku, aku teringin sangat nak makan satay dekat Satay Bibir Manis. Tapi tak pernah pun singgah situ. Selera aku tergoda sebab nama kedai tu je rasanya.

Ceritanya, suami jiran aku kerja dekat Tasik Kenyir. So, mereka yang berhati mulia tu berkongsi la rezeki Allah tu. Memang adat orang memberi kita merasa. Kami dah biasa bertukar-tukar juadah. Biasalah hidup berjiran. Aku memang rasa syukur sangat-sangat. Thank you Allah sebab baru semalam aku mengidam nak makan daging rusa.

Conversation semalam:

Aku : Umi, rasa nak makan daging rusa je. Mesti sedap kan? Manis.
Umi : Memang laa sedap. Ehh, kak Ida tak pernah makan daging rusa ke?
Aku : Pernah la. Ada makan dengan Ayah Su dulu.
Umi : Rasanya umi baru je makan yang Pak Har bagi tu.
Aku : Ye ke? Takde pun.
Umi : Kak Ida tak ada kat rumah la tu. Kan duduk asrama.

Begitulah dialognya lebih kurang semalam. Tup-tup hari ni terus rezeki Allah tu datang. Betapa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang terhadap hamba-Nya. Janganlah kita lupa untuk mengucapkan syukur keatas setiap rezeki yang diberikan. Bab makan semangat je aku. Akibat makan daging tu banyak sangat, badan aku jadi panas. Rasa macam nak demam. Tak tahu la pulak yang daging rusa tu tak boleh makan over sangat. Ahh, kan dah kena.

Hmm, hari ni aku malas nak sentuh pasal universiti. Besok nak hang out dengan Qemaa and Syera. Jadi ke tak aku tak sure. Setakat ni jadi lah. Ok, nak tidur awal. Bon Nuit. Kbai.

***


Nota kaki: Just my family called me Ida. Kat sekolah semua panggil Zetty.

Tuesday, May 8, 2012

Sebarkan Bahagia


Firstly, alhamdulillah atas kurniaan Allah Taala buat aku. Semakan UPU aku buat dengan rasa cuak, hati yang berdebar amat. Tangan yang sejuk kaku. Sambil mulutku terkumat-kamit berdoa supaya dapat UiTM dan tak dapat UNIMAS. Sebaik saja keputusan terpampang depan mata, aku kaget. Terus sahaja air mata berlinangan. Hati ini jadi sebak serta-merta. Betapa Allah sayangkan aku. Alhamdulillah.


Jadi ceritanya aku berjaya menempatkan diri di UiTM Puncak Alam. Aku sangat eksaited nak pergi tambah-tambah pulak ramai classmates aku dapat kat sana. Aasyraaf, Maizatul, Fienah. Yang budak kelas lain pun ramai dapat. Erra, Fazliana Lee, Najihah Muzairi Souza, Athirah Nadhirah, Dieyla dan ramai lagi kot yang lain aku tak tahu. Budak sekolah lain tak payah cakap la. Memang ramai. Hazwani Hashim, Aqilah, Nazirul Mubin. Apatah lagi bebudak group SBP94 kan? Takkan aku nak mention sensorang. Yang pasti memang berkampung la kiteorang kat sana nanti. Itu yang seronok. Apatah lagi lepas aku baca belog-belog alumni PALAM. Semuanya kata best. So, yeahh aku pergi!

Ada satu benda yang buat aku tak tahan ni. Masalah menunggu. Sungguh aku fobia. First sekali tunggu result SPM. Then kena tunggu result matrik pula. Lepas tu tunggu UPU. Lastly, tunggu result MARA. Ohh, sumpah aku penat menunggu. Nasib baik aku tak pohon KPLSPM dan Tingkatan 6. Kalau tak sampai bila harus aku menunggu? Lepas tunggu temuduga MARA kena pula tunggu keputusan MARA. Okay, MARA sila benci aku. UNIMAS sudah berjaya benci aku. Tahniah.

Baik, dengar kata keputusan temuduga MARA akan keluar pukul 8 pagi besok. Okay, sekali lagi aku menunggu. Tapi percayalah, PALAM dah berjaya curi hati aku, tambat hati aku kemas-kemas dekat 'tangga Batu Cave' nya. Tunggu sayang, Zetty pasti akan datang jika tiada aral melintang.

Seriously, aku sangat bahagia ketika ini. Tersangat bahagia. Bahagia berbanding semasa dapat tawaran ke Mesir. Itu sangat meresahkan aku. Tapi aku tahu di sebalik kebahagiaan sementara aku ini, aku bakal berhadapan dengan kesulitan pula. Ya Allah, permudahkan urusanku. Rabbi yassir wa la tu'asir. Baik, pendaftaran adalah pada 2 Jun 2012. Rasa sangat tak sabar nak memegang title mahasiswi. Hohoho. Kebahagiaan ini turut dirasai oleh kedua orang tuaku yang tak putus-putus tersenyum senang dan riang. Aku bahagia melihat itu semua. Aku bahagia melihat orang tuaku gembira. Sungguh. Aku sangat tak suka menyusahkan mereka.


Err, tahniah buat ex aku yang berjaya ke Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya. Aku tumpang gembira dan bangga. Hencik Harimau? Tak boleh bagitau dia dapat mana. Nanti tak memasal kantoi. Haha. Tapi alhamdulillah dia juga dapat program asasi di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Tapi katanya nak tunggu MARA. Same as me. Also proud of my friend, Syera Rahgni sebab dapat Asasi Pintar UKM.


Mostly kawan-kawan aku berjaya ke universiti. Ada juga yang dapat ke luar negara. Nubhan dapat ke Morocco. Ramai juga dapat temuduga JPA untuk ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis especially classmate aku Arif Hakam, selamat berjaya. Alhamdulillah.Tak kurang juga yang ke pelbagai Matrikulasi dan ke Tingkatan 6. Takpe, untung pergi Tingkatan 6 sebab biasanya lulusan STPM didahulukan untuk buat degree berbanding matrik.

So, bagi kawan-kawan yang tak dapat UPU/Matrik atau apa-apa sekalipun jangalah terlalu kecewa. Allah knows the best for us. Ingat, pintu rezeki bukan satu. Pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. La tahzan ya akhi, ya ukhti. Macam aku, semalam aku kecewa sangat sebab tak dapat UM. Tapi lepas tu Allah gantikan dengan kebahagiaan yang amat. Baru aku tahu bahawa asasi UM sangat tough untuk aku. He gave me UiTM yang mana sesuai untuk aku yang tak berapa genius. Lagipun UiTM senang nak dapat pointer tinggi kalau rajin. Tapi, aku pun tak boleh juga terlalu berpuas hati. Mungkin ada ujian di sebalik semua yang aku dapat. Wallahualam la kan? Okay, stop. Aku bukan berniat nak beri ceramah.

Ohh ya, today is Hencik Harimau's birthday. Sudah pun wish tadi. Hadiah? Err, my bad. Aku lupa nak pos awal-awal. That's all. Kbai.

Happy birthday wahai Hencik Harimau yang comel. Ihikkk!

RENUNGAN

Kadangkala Allah hilangkan mentari.. Kemudian dia datangkan guruh.. Puas kita menangis.. Mencari mana mentari kita.. Rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi nan indah.

Monday, May 7, 2012

Rejected

Assalamualaikum ♥

Huwaaa! Tengok je blog terus rasa nak peluk ketat-ketat and menangis terus. Macam tak nak je intro dah. Sedih semacam je. Tengok nie apa yang Incik UM dah buat kat Zetty. Sungguh kejam sekali. Sumpah aku merajuk 40 hari. Tak nak kawan.



So, hurmm. UiTM please be nice to me. Yang third choice is UNIMAS. Macam takut pulak kalau dapat sana. Lagi-lagi lepas dengar kawan-kawan story pasal orang yang pergi sana ramai kena 'buat'. Bertambah seram la aku. UNIMAS I beg you please hate me. Err, it is just few hours left before boleh semak UPU. Really aku rasa sangat berdebar. Sangat takut, resah gelisah. Takkan aku nak pergi matrikulasi kot? Tapi possible lah kalau dah takde pilihan lain. MARA satu lagi tempat aku gantung harapan. Kalau la boleh MARA, aku nazar puasa sehari. Betul, tak main-main. Takpelah, apa yang penting Allah knows what's the best for me.


Matrik Gambang


Tawaran Mesir. Memang tak lah kan.


Macam mana pun, aku yakin Allah telah tetapkan yang terbaik untuk aku. Cuma tipu sangatlah kalau aku tak rasa cuak langsung. Aku hanya mampu berharap yang terbaik dan ingin sekali melakukan yang terbaik. Tak kisah lah mana-mana pun, janji Allah itu pasti. Semua peristiwa yang akan berlaku telah pun tercatat sedari awal. I just can pray for the best and I believe that tawakkal is the greatest way for now. Dengan ini aku berjanji yang aku akan belajar bersungguh-sungguh. Tak kiralah di mana aku belajar. Where you start is not important, yang penting how you end it. That's all.


Wallahualam.

Saturday, May 5, 2012

Kembali Pulang

Assalamualaikum ♥


Ahh, lega rasanya sudah berhenti kerja. Yes, and coming home for sure. Really miss my comfort, peace, warm and beloved home. The rumah and segala isi perutnya. Rindu umi, adik-adik. Abah dah naik platform. Kerja. Cukuplah sebulan aku ada pengalaman kerja selepas SPM kaan. Haha. Dah terpangkah pun dekat buku wishlist aku. Gaji? Err, ada lah dapat dalam RM500 lebih untuk lebih kurang sebulan. Siap masuk akaun. Heyy, yang penting pengalaman, bukan duit. Nanti aku boleh story dekat anak-anak. Mommy kan, dulu-dulu kan, pernah kerja lepas SPM. Hahaha. Berangan lagi. Dah la pemalas update belog.

Gambar curi snap time kerja.


Okay, so sekarang rasa lega sangat-sangat. Boleh berada kat rumah dengan selamatnya. Err, nak buat preparation sikit. Nak stay bersama my dear family before separate apart untuk jihad menuntut ilmu. Result UPU akan keluar maybe 6 or 7 Mei ini and I'm very glad waiting for it. May Allah fulfill my willing to get UM or UiTM Puncak Alam, tak kisah lah. Asalkan dapat buat foundation dan dapat sambung degree in dentistry then.

Dalam masa terdekat ni cadang-cadang nak buat reunion for our Trio, bestfriend since primary school. Qemaa, Syera and me. Buat dekat-dekat je. Maybe around bandaraya Kuala Terengganu. Qemaa will be the  driver since aku sendiri takde lesen lagi. Uhuu, belum terpangkah dalam wishlist. Sangat lama tak jumpa. Tak hang out sama. Masing-masing busy dan sekolah pula lain-lain. Aku SBP Integrasi Batu Rakit, Qemaa SMK Pelong and Syera Sekolah Tun Fatimah. So, sebelum kitorang berpisah dengan lebih jauh, teringin juga nak jumpa.

Qemaa.


Syera.

Selalu je bila hapdet blog aku akan bercakap tentang so many perkara. Serabai kan? Tak pandai nak plot entri comel-comel. Beginilah jadinya. That's all. Just feel kinda relax and inspired bila lepas baca blog Dena Bahrin. She is 20 and just married. Congratulation dear sis Dena!


Nampak awkward, tapi itu yang manis.

Masih teragak-agak. Tapi itu yang manis.

Dena Bahrin is no longer a miss.

Wednesday, April 4, 2012

Surat Dari Bakal Suamiku





Assalamualaikum.


Kehadapan my future wife(s),


I menulis article ini bukan lah kerana dicabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. Err.. I menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s),

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you yang sebenarnya. Lagipun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check Facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat Facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di Facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even coklat tu jatuh ke lantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan sayang?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk rumah je jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.



My future wife (s),



You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. Bukan tak mampu. Tapi... Ehem.


Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, takkan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri kedua I kan, sayang?

Monday, April 2, 2012

Cerita Kerja

Assalamualaikum.


Hari ni merupakan hari pertama aku masuk bekerja. Juga merupakan kali pertama aku bekerja. Alah, kerja sementara tunggu nak masuk universiti. Kutip duit, kutip pengalaman. Duit boleh cari, pengalaman takleh beli tau. So, ceritanya aku bekerja dekat kantin sekolah SK Kubang Ikan, Chendering. Tinggal kat rumah mak sedara aku. Yelah, sekolah tu depan pagar rumah aje. Dekat sangat-sangat.


First day, apa yang boleh aku describe adalah menyeronokkan di samping penat yang amat dan habis sakit-sakit badan. Aku start kerja pukul 7.00 pagi sehingga 4.30 petang. Mak sedara aku hantarkan. Dia seorang cikgu yang disegani. Hehe. Sebut saja Cikgu Su. Pasti semua masyarakat sekolah kenal. Aku panggil Mak Teh. Mak Teh hantar aku. Dengan spontan aku keluar ayat, "Sila beri tunjuk ajar.." Alah, macam dalam drama Korea tu. Tauke kantin bernama Kak Amy. Dia terus bagi aku apron. Letak beg dalam bilik, bukak jam tangan. Takleh pakai waktu kerja. Nasib baik lah ada juga pekerja yang sebaya aku, Yani. Ada juga yang dalam 20-an, kak Asyikin dan kak Miza. Paling ramah dengan aku atau dalam erti kata lain, yang paling suka arah aku buat segala kerja ialah Kak Su. Okay, takpa na. Laa ni aku sabaq, satgi siap hang.


Walau macam mana pun, aku nak list juga kerja-kerja ngeri yang aku lakukan sepanjang hari ini. Mula-mula aku buat kerja menyuji, lepas tu menjual makanan, sarapan kejap, then sambung kerja-kerja menyuji, masa bebudak comot rehat, kena bertekak suruh beratur dan jual makanan. Hantar makanan dekat ruang makan guru, lepas tuh, kemas meja, lap meja, sapu lantai, mop lantai, jual lagi, jual makanan, jual air, isi air lada, sapu lantai sekali lagi, mop lantai, susun barang, angkat barang, susun duit, basuh ayam, letak ayam dalam freezer, bersih longkang, buang sampah, tutup tingkap. Hmm, pebenda lagi? Semua aku kena buat. Tu tak termasuk lagi arahan oleh Kak Su. Ohh, sungguh merana aku rasa untuk satu hari. Rehat hanya masa sarapan dan lunch. Aku sendiri pun tak caya i did such things!


So far so good lah, aku kena siapkan segala kerja sebelum dibenarkan balik. Hari ni dah kena tegur. Tauke suruh pakai kasut. Okay, my bad. Kerja kat tempat macam tu memang menuntut aku pakai kasut untuk tujuan keselamatan. Masa nak balik tu, Kak Amy bagi nasi minyak dan kuih-muih untuk setiap pekerja bawa balik. Okay lah tu. Kak Amy tu orang luar. Untung lah dapat pekerja yang rajin macam aku. Hihik.


Balik je rumah, terus aku rebah depan tv. Wahh, tak laratnya! Rehat-rehat kejap lepas tu mandi, makan. Mak Teh balik tanya terus aku. Okay ke tak kerja? Okay tu memang la okay. Ayah Teh pun tanya. Tapi, penat sangat-sangat ah. Petang tu aku tidur. Pukul berapa entah baru bangun. Rasa macam dunia ni berputar ligat. Badan aku pula rasa macam kena hempas dari ISS ke bumi. Tumit, betis, kaki, pinggang punyalah sakit. Yang lagi teruk, tangan aku especially jari-jari aku gatal-gatal dan membengkak. Biasalah kulit manja. Cis engkau. Tapi serius, allergic apa entah. Rasa gatal lepas buat kerja-kerja tadi. Mak Teh bagi minyak ubat suruh sapu. Aku terus text umi. Umi cakap aku allergic. Kalau tak tahan sangat umi suruh cari kerja lain. Tapi aku tetap cakap aku okay je.

The canteen. Tempat bebudak sekolah paling happy datang. Termasuk aku, masa zaman sekolah dulu.

Tangan bengkak lepas cuci pinggan.


Ya Allah, Kau kuatkanlah hamba-Mu ini untuk bekerja esok dan hari-hari seterusnya. Biarlah tahan sampai berbulan-bulan walaupun hati ni dah rasa rindu dekat umi dan bilik. Cepat-cepatlah surut wahai tanganku yang bengkak. Besok mahu kerja lagi.

Thursday, March 29, 2012

Khabar Kemalasan

Assalamualaikum ♥

Apa khabar orang kampong ?

Baik, di kemalasan ini aku paksa juga diri untuk update blog. Memang rasa malas sangat nak menaip. Konklusinya, aku tak boleh jadi kerani atau personal assistant, kan? Haha. Eh, tetiba.


Okay, baru-baru ni semua orang duk kecoh update blog pasal result SPM and isi UPU kan? Aku yakin seratus peratus. Berani potong jari apa. Berbalik pada result aku, alhamdulillah aku dapat 2A+ 4A 1A- 2B. Dapat B Fizik dan Additional Mathematics. Aku tak sentap pun sebab tak dapat semua A sebab aku memang tak target untuk Fizik dan Add Maths. Nak tahu rahsia? Aku tak pernah hayat pun lulus Add Math. Kiranya, aku syukur sesangat dapat B. Fizik pula, okay la sebab pernah lulus. Dapat D. Terkejut? Aku tak tipu sebab memang hakikatnya macam tu. Aku syukur sangat-sangat dah dan sempat buat sujud syukur. Alhamdulillah, Ya Allah.

So, memang pada dasarnya aku nak ambil Pergigian dekat UIAM. Tapi disebabkan Fizik aku tak dapat B+, aku hanya mampu bermimpi. At least aku kena dapat B+ untuk Fizik. Ahh, apakan daya. Bukan rezeki aku ke situ.

Sekarang abah dan umi nak aku sambung belajar dekat Timur Tengah ambil Pergigian. Tapi bila aku try minta tajaan Yayasan Terengganu, malangnya mereka dah tak hantar pelajar ke Mesir disebabkan faktor keselamatan. Hanya hantar ke Jordan. Aku dah sembang dengan timbalan pengarah yayasan tu. Beliau syorkan aku ambil Dentistry dekat Jordan. Wah, pucuk dicita ulam mendatang! Kalau dapat pergi Jordan pun bagus juga. Ya, aku akan cuba sedaya mampu. Harus buktikan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan guru-guru bahawa aku mampu ambil Pergigian. Aku takkan biarkan cita-cita aku berkubur begitu sahaja. Tidak sama sekali.

Tapi, sedang aku mengkaji, salah seorang pelajar Jordan pula cakap kalau nak belajar ke Jordan kena fikir banyak-banyak. Lagi-lagi kalau tak ambil Bahasa Arab. Memang lah mereka nyatakan, tutorial dalam Bahasa Inggeris, tapi jangan cepat gembira sebab kebanyakan pensyarah guna Bahasa Arab. Hanya beberapa potong je perkataan English yang keluar. Then, siap disertakan sekali video tutorial Anatomy yang sedang disyarahkan. Memang betul rupanya. Lemah semangat aku. Betul-betul kena atas batang hidung. Start situ, aku mulai sedih.


Pasal UPU pula aku sangatlah pening kepala. Buat pertama kalinya aku rasa macam mana rasa sakit kepala yang amat. Ternyata nak isi UPU lebih complicated daripada nak ambil exam SPM. Kaunselor aku cakap kalau nak pilih UIAM kena isi pilihan satu atau dua sahaja. Kalau nak pilih pendidikan pun kena isi pilihan satu dan dua sahaja juga. Semua column ada 8 dan kaunselor aku wajibkan isi semua. Yang jadi masalah, aku minat nak ambil Asasi Pergigian dan Asasi Kesihatan Bersekutu UIAM. Dalam pada masa yang sama aku juga minat nak ambil asasi Bahasa Inggeris UIAM dan asasi TESL yang lain. Macam mana nak isi ni? Sangat memeningkan. Lepas tu nak kena cari lagi beberapa course untuk penuhkan 8 column. Dua kali aku kemaskini.


Lastly, aku mintak khidmat nasihat senior aku, Lukman Hakim Abdullah. Aku just panggil dia incik Alien sebab dia genius sangat. Haha. Kemain dia marah aku panggil dia incik Alien. Tak pasal-pasal pula lepas tu dia panggil aku Ferrari. Sebab.. Err, rahsia. Meh nak cerita sikit pasal dia. Okay, aku tak kenal pun dia sebab dia ambil SPM tahun 2008. Tak sempat dengan aku. Kenal pun dalam Facebook. Sekarang ni dia sedang belajar Perubatan di International Medical University (IMU) dan tak lama lagi akan fly ke Eropah. Briefly, bakal doktor. Dia ni bijak tau. SPM dapat straight A's, A-level punya result pun gila gempak. Thanks to him sebab sudi tolong.

Tengok, ini keputusan muktamad aku untuk UPU:

1. Asasi Sains Hayat (UM)
2. Asasi Sains (UiTM)
3. Asasi Sains Hayat (UNIMAS)
4. Asasi Sains Kesihatan Bersekutu (UIAM)
5. Diploma Sains (UiTM)
6. Asasi Bahasa Inggeris (UIAM)
7. Asasi Sains (UMS)
8. Diploma Farmasi (UiTM)

Lukman Hakim Abdullah
Penasihat UPU aku. Hehe

Jadi, disebabkan oleh cerita yang tak enak pasal Jordan tu, aku mula berkira-kira untuk just ambil Asasi Sains Hayat dulu kat UM. Kalau dapat pointer 3.5 keatas boleh apply untuk ke Jordan. Tapi, abah tetap nak suruh aku terus pergi sana. Alahai, sekarang ni hati aku sangat berbolak balik. Memang la kalau boleh aku nak pergi oversea terus. Tak payah nak fikir kena skor asasi bagai. Sebab lepas skor asasi baru boleh pilih Medic, Dental and so on. Senang cerita kalau pergi Timur Tengah aku terus ambil Bachelor of Dental Surgery selama 5 tahun. Kalau pergi dengan MedicMesir boleh sangat. Aku dah pun dapat surat tawaran untuk Pergigian di Universiti Al Azhar. Tapi kena biaya sendiri. Kalau aku ni anak menteri takpe lah jugak. Hmm aku nak sangat jadi dentist. Sebab aku minat sejak kecil lagi. Ya Allah, permudahkan jalan aku. Sekarang pun aku start belajar sikit-sikit pasal Dentistry. Sanggup pergi ke perpustakaan negeri demi meminjam buku. Semangat tak nak kalah.

Aku takmau lah merapu banyak-banyak. Tunggulah result UPU dulu. Nantikan, sama ada aku akan ke Timur Tengah atau ke Universiti Malaya dulu untuk setahun. Lepas ni aku lambat sikit update kot. Sibuk.

Sunday, March 18, 2012

Cerita Buah

Assalamualaikum ♥

Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Hehe. Baiklah. Tetengah aku buka peti ais tadi, takde nampak benda lain. Buah oren dengan buah lai at the first sight. So, terlintaslah dalam fikiran nak buat entri pasal ni sikit. Hm, untuk pengetahuan, aku sangatlah susah nak makan buah walaupun aku tahu buah-buahan ni memang baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi buah oren. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin rasanya yang maha masam kot.


Hampir semua buah aku tak suka. Boleh bilang dengan jari kot buah apa je yang aku suka. Buah yang paling aku suka ialah buar pear. Tangga teratas lah tu kiranya. Longan, strawberry, durian, jambu batu, salak boleh la. Persimmon pun boleh. Nanas, no. Yang paling selera aku tak bagi peluang ialah buah oren dengan nanas. Kenapa aku anti sangat, sebab oren rasanya masam. Nenas rasanya masam juga, dan tajam. Boleh buat gugur janin kalau makan nanas. Mahu? Bagi ibu-ibu yang tengah mengandung, don't try this at home. Lagipun, lidah aku boleh jadi sengal and kebas kalau makan nanas. Kalau buah pear, bagi sebakul pun mesti habis punya.

Pear

Persimmon atau pisang kaki.
  
So, tahun lepas roommate aku ada ajar aku macam mana nak makan buah oren dan nanas. Thanks to Zafienah Salleh. Dia potong oren atau nanas kecil-kecil, taruk kicap sama gula sikit. Rasa dia memang sedap. Since then aku guna cara itu untuk makan benda alah tu. Haha. Try lah. Sumpah best. Nak dijadikan cerita, masa tinggal kat asrama tahun lepas, buah oren, apple, buah lai, belimbing dan segala jenis 'buah kering' yang dapat kat dewan makan aku tu campak je kat member-member yang gilakan buah atau hanya akan jadi hiasan je dalam loker aku. Dua tiga hari lepas tu kalau rasa nak makan, baru aku makan. In brief, aku makan buah ikut mood. Buruk perangai kan?


Okay, bercerita pasai family aku pula. Abah dengan umi sangat suka buat salad buah. Letak mayonis pastu campur apa lagi entah. Memang suka buat macam tu. Ada tu kalau rajin, abah buat banana split. Haha. Alah, abah memang pakar bab-bab western food. Tu memang bidang dia. Chef merangkap campboss offshore. Selalu kerjanya atas kapal. Kekadang duduk dekat pelantar minyak. Berbulan-bulan. Outstation buat kos tak payah cakap. Tang western abah memang terror. Tapi kalau eastern punya kena serah dekat umi. Balik-balik, mesti abah mahu gulai ayam umi. But now, abah kena control bab makan. Tak boleh makan makanan berlemak dan berminyak banyak sangat dah. Doktor sarankan banyak makan sayur dan buah-buahan. So, time abah ada kat rumah, salad mesti ada dalam peti hari-hari. Umi pulak, asal pergi supermarket mesti capai buah-buahan potong. Yang telah siap dipotong tu lah. Pernah beli tak? Okay, cukup. Melebih dah aku cerita ni.







Kalau nak bercerita pasal abah memang tak habis. Nanti aku buat entri khas pasal family. Alahai, aku mahu story pasal buah je. Ni mengarut sampai sini dah kenapa.


So, lagi dua hari aku akan hadap result SPM. Hencik Harimau pun sudah balik. Gembira sangat walaupun dia tak tahu. Tapi handphone aku tu takde lagi la berbunyi keluar nama dia setakat ni. Boleh campak masuk laut kot. Memang sunyi. Sejak-sejak berbadan dua single ni. Ahh, tak kesah pun. Lagi aman dunia. Reload jarang, jimat kos. Cas bateri jarang, jimat letrik. Sedapkan hati. Besok boleh bonus birthday from Celcom. Tapi bukan birthday aku sebab daftar atas nama abah. So, Birthday abah esok. Tak tahu nak call bergayut dengan siapa. Call Raja lah. Dulu selalu bergayut dengan Hencik Lebah. Huhu. Okay, cukup. Kisah silam tu.

Handphone sekarang.

Tuesday, February 28, 2012

MedicMesir vs Global Medic Network (GMN)

Assalamualaikum ♥

Bertemankan kipas yang setia meniup angin kat aku dan tuan puan nyamuk yang sedari tadi tak henti-henti mencuba serang kaki aku. Cilake punya nyamuk. Darah aku manis sangat ke? Ni aku nak cerita sikit pasal benda kat atas tu. Pasepa? Weh, aku tak dak modal nak habaq mai kat ang semua. Cukup kan? Kurang-kurang bertambah lah sedikit ilmu di dada ang tu. Haha. Gedik bebenar bunyinya loghat utagha.


Baik, dua-dua makhluk kat atas tu adalah agen 'placement' ke universiti luar negara. MedicMesir akan uruskan kalau ang berminat nak pergi belajar Medic dan segala mak nenek yang bersangkut paut dengan
Medic seperti Dentistry dan Pharmacy ke Mesir.


Aku tak boleh la nak explain panjang-panjang sebab tak pegi lagi taklimat tu. Akan pergi nanti. Heheh. Boleh dapatkan maklumat lanjut dekat MedicMesir. Credit to Ahmad Aufa, kawan aku yang habaq mai kat aku.

GMN pulak, function nya lebih kurang sama. GMN boleh tolong urus untuk minta offer letter dengan dean universiti terlibat dan akan uruskan semua macam benda including ang punya rumah sewa, tiket flight sekali. Kira sekali harung la. Beres? Dengan syarat ang kena lah bayar deposit kat depa dulu. Toksah mengeluh. Bukan ang bayar pun. Incik ayah dan puan emak ang bayar kan? Jangan tanya aku berapa sebab aku tak ingat. GMN boleh urus ang pegi Mesir, Russia dan Indonesia. Ini dia link Global Medic Network. Paham semua intan payung? Tak payah ang nak over sampai terangguk-angguk. Satgi jadi satu sindrom. Ang mahu?


Aku bukan apa, teringin sangat nak sambung belajar overseas. Tak dapat lain pun, Mesir pun jadi. Kihkih. Kalau result aku okay, oh alangkah bersinarnya bumi Arab itu dengan kehadiran bakal doktor gigi baru ini. Hewhewhew. Tolong doa sikit kat aku.

"YA ALLAH, KAU KURNIAKAN LAH KEPUTUSAN SPM YANG CEMERLANG KEPADA ZETTY ZUHARIZAM INI. SEMOGA BELIAU AKAN BERJAYA FLY KE OVERSEA DAN DAPAT COURSE PERGIGIAN. MAKBULKANLAH CITA-CITA MURNI BELIAU UNTUK MENJADI SEORANG DOKTOR GIGI SATU HARI NANTI. AMIN."

Haa, terima kasih daun keladi, lain kali doa lagi ya. Semoga ang pun diberkati Allah selalu. Amin. Ang nak fly sama aku pun boleh. Jom. Kita jumpa sana.


*Baik, sekian sahaja untuk entri kali ini. Aku malas tulis pepanjang. Jumpa lain kali. Tak payah cakap aku ngengada nak cakap utagha pulak.

** Cekidaut gambaq bawah nih.

Mansoura University.


Alexandria University


I.M Sechenov First Moscow State Medical University, Russia.


Universitas Airlangga, Indonesia.

Universitas Sumatera Utara, Indonesia (USU)
Universitas Padjajaran, Indonesia (UNPAD)
Institut Teknologi Bandung, Indonesia.


Sekian sahaja.